Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Sunday 25 September 2016

Tengok gigi sikittt ^_____^



Assalamualaikum semua, Teacher Diyanah lagi dan lagi...hihihi
Okay, pada 23 September kelmarin, Tadika Al Kindi telah mendapat lawatan kesihtan daripada Klinik Pergigian Ayer Keroh. Dalam lawatan ini, anak-anak didedahkan dengan cara menggosok gigi dengan betul, cara penjagaan gigi, dan pemeriksaan gigi oleh nurse-nurse gigi..hihihi

khusyuk mendengar nurse berceloteh cara cara nak jaga gigi..hihi





 


Nurse ajar tentang gigi (:


Selepas itu, mulalah sesi pemeriksaan gigi oleh nurse dengan anak-anak Al Kindi..Pada mulanya, ramai takut, yelaaa mereka ingat nurse nak cabut gigi..huhuhu..Walhal nak check saje :D
Tapi, kejap je takut tu semua, lepas tu dah okay dah..Malah yang excited pun ada ! hahaha..
Jom tengok gambar setiap murid ^_^

semangat nak kena check (:


say aaaaaa...

nurse puji gigi Adam sangat cantik.! huhu

Marissa pun dapat pujian gigi cantik dan bersih.





















Masing-masing gembira lepas nurse check gigi..huhuhu.. Selepas saja sesi pemeriksaan gigi, setiap murid diajar pula cara menggosok gigi. Masa ni lah masing-masing excited tunjukkan berus gigi comel masing-masing. Yang lelaki berus gigi Spider-Man nya, yang perempuan pula, banyak gambar Princess...Comel sungguh laa..

sebelum gosok gigi, nurse bahagikan dulu ubat gigi pada setiap murid (:

perempuan tudung masuk dalam, kalau tak habis basah nanti..hihi

menanti dan terus menanti.

anak-anak bujang tengok apa tuuu? huhu

jaguh Al Kindi (:

ikut apa nurse ajar tuu.. aaaaaaa

"awak gosok lah gigi, ikut nurse ajar tu" - Zahirah

brushh..brushh..brushh



Nurse sedang ajar cara menggosok gigi..

sebelum menggosok gigi..ceria je masing-masing



selesai menggosok gigi, maka selesailah lawatan pertama, InsyaAllah akan menyusul lagi dua kali lawatan kesihatan gigi ini di Tadika Al Kindi..InsyaAllah, lawatan seterusnya pihak Klinik Pergigian Ayer Keroh akan mengadakan rawatan pergigian kepada anak-anak Al Kindi..Kalau ada kerosakan, gigi akan di rawat. InsyaAllah..Sebelum pulang, satu borang makluman telah diserahkan kepada ibubapa sebagai makluman tentang tahap kesihatan gigi anak-anak mereka. Selepas ini, InsyaAllah akan lebih banyak aktiviti, yang berfaedah yang akan dijalankan. InsyaAllah..
Sekian sahaja, Assalamualaikum.





>By Teacher Diyanah<

No comments:

Post a Comment