Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Tuesday 6 December 2016

Graduation Day Tadika Al Kindi 2016 !


Assalamualaikum wbt semua...Lamaaaaanyaaaaa tak update blog ni...hiihihihi... Cikgu Diyana rindu..huhu..
Busy gamaknya..Nak nak dah hujung tahun, macam macam program ada di tadika ni..
Misalnya, GRADUATION DAY ! 

Yaa, bila ada Graduation Day ni, makanya cikgu-cikgu semua pakat busy..Busy melatih anak-anak AlKindi ini membuat persembahan. Pada Graduation Day AlKindi pada tahun ini agak istimewa kerana bergabung sekali dengan AlKindi Bayan Lepas. Jadinya, jadi lebih meriah..! Ibubapa anak-anak AlKindi Bayan Lepas turut hadir di Melaka ini untuk sama-sama menjayakan Hari Graduasi anak-anak mereka. Tahniah dan terima kasih diucapkan..!! *smile*

Tema Graduation Day pada kali ini adalah 'ANGKASA LEPAS".. Sebab itulah pentas dihiasi dengan pelbagai jenis aliens ^^ , angkasa lepas lah katakan..hehehe.. 
Pada Graduations Day ini, AlKindi Melaka mempersembahkan 4 jenis persembahan, iaitu 

TILAWAH AL QURAN (SURAH AL MULK) 
BERCERITA (KISAH 5 PUTERI) 
CHORAL SPEAKING
TARIAN BOLLYWOOD

Macam mana kami cikgu-cikgu melatih meraka untuk kesemua persembahan ini? 
Secara amnya, kesemua persembahan ini mengambil masa 2 bulan untuk melatih mereka.
Untuk tilawah Al Quran, cikgu mengambil pendekatan dengan setiap hari mengaji bersama murid berkenaa. Untuk surah Al Mulk ini, murid hanya membaca dari ayat 1-10 saja. Persembahan tilawah ini hanya seorang saja murid yang terlibat ini adik Ahmad Asyraf bin Badrul Hisyam. Untuk bagi menastikan murid lancar membaca ayat, cikgu akan melatih murid sikit demi sedikit, apabila sudah lancar kesemuanya, barulah murid membaca terus dari ayat 1 hingga 10. Secara amnya, tidak susah nak training murid untuk lancar membaca Al Quran, cuma memerlukan ketekunan dan pengulangan yang berterusan. Namun, ibubapa adik Asyraf pun ada membantu di rumsh. Jadinya, adik Asyraf ini lebih cepat fasih membaca kerana adanya pengulangan bacaan di rumah. Terima kasih ibubapa Asyraf sebab sama sama membantu cikgu :D

Ahmad Asyraf tengan bertilawah :D


Untuk persembahan bercerita, macam mana murid menghafal skrip-skrip mereka??
Kami menggunakan cara hafalan secara berulang. Dalam persembahan ini, tukang membaca ceritanya adalah cikgu, dan pelakon-pelakonnya adalah anak-anak AlKindi, iaitu Rania Sofea (Puteri Sofea), Raisha Zamiah (Puteri Raisha), Izz Kaisa (Puteri Kaisa), Wan Lamyaa Nuhaa (Puteri Nuhaa) dan Ariesha Adriana (Puteri Adriana). Cikgu akan membacakan cerita, murid diterangkan tentang situasi cerita, dan waktu bila mereka bercakap. Pada mulanya, cikgu akan membacakan skrip dan murid akan mengikut. Untuk pastikan murid dapat ingat skrip mereka, murid akan berulang-ulang membacakan skrip mereka hingga hafal. Lama kemudian, murid sudahpun ingat situasi cerita, apa yang perlu dibuat, waktu bila bercakap dan sudahpun ingat skrip masing masing tanpa bantuan guru ! *yeahhhh.
Untuk mengelakkan ada murid yang lupa skrip, kami buat kaedah "bisik-membisik". Setiap murid dipesan awal-awal, kalau ada kalangan mereka yang terlupa skrip, kawan berdekatan perlu bantu rakan yang lupa dengan membisikkan kepadanya tentang skrip yang sepatutnya dicakapkan..Dan semua saling membantu, nampaka ada je kawan dia lupa skrip, terus kawan bisikkan..huhuhu..*teacher bangga

        https://www.facebook.com/zkea.samsi/videos/10154116117497634/

Klik untuk lihat persembahan bercerita : Pengembaraan 5 Puteri. ^^


Untuk persembahan Choral Speaking, kami pun menggunakan kaedah yang sama, iaitu hafalan berperingkat. Untuk Choral Speaking ini semua murid terlibat. itu yang meriah gamaknyaa..hahaha..Setiap kali berlatih, murid akan mengulang saja bait-bait ayat yang sama bagi memastikan mereka ingat dan ingat gayanya sekali. Apabila sudah lancar part A, barulah pindah ke part B pula. Dan seterusnya berlatih secara penuh dengan gaya. Bagi Choral Speaking, Cikgu Diyana sendiri yang jadi conductor. Cikgu Diyana dengan murid pun macam takde beza..hahahaha. Memang diakui laa, bila membuat latihan ini murid mengadu penat, letih..Tapi kami bagi rehat sekejap pastu sambung semula ;p 
Klik link untuk tengok persembahan Choral Speaking.

                                   https://www.facebook.com/zkea.samsi/videos/10154116138417634/



Untuk persembahan tarian pula, kami biasakan murid-murid dengan lagu dan setiap step diajar berperingkat. Bila murid sudah dapat step 1, beralih pula ke step 2, dan begitu la seterusnya sehingga murid ingat setiap step. Apabila murid dah ingat setiap step, cikgu tak perlu dah nak beritahu step apa yang perlu dilakukan. Secara automatik, murid dengar lagu, mereka sudah tahu step apa yang nak dilakukan. Jadinya, pasang saja lagu, murid boleh membuat pergerakan sendiri. Secara totalnya, semua ini mengambil masa 2bulan latihan, setiap hari lakukan latihan secara disiplin. 


Secara totalnya, memang mengambil masa 2 bulan untuk latihan kesemua persembahan ini. Caranya?? hari-hari kami buat latihan. Walaupun murid-murid mengeluh penat, tapi latihan tetap dijalankan...hihihi
Dan kami bersyukur kerana semua berjalan dengan jaya sekali. Persembahan berlangsung seperti apa yang diharapkan. Syabas untuk anak-anak AlKindi ! *yeahhhh .



Sorotan Hari Graduasi Tadika Al Kindi ;
















Wednesday 16 November 2016

Let's Explore The World Together!

Salam,

Long time no see.. Tengah-tengah dok membaca blog, teringat blog tadika ni.. Dahh lama x menulis nuliss kat sini.. Memandangkan sesi persekolahan pun hampir tiba di penghujungnya, mulalah cikgu Farah nak throwback2.. Tak tahulah nak start dari mana. Terlalu byk kenangan yang happy2 bersama mereka. Malam ni cikgu Farah cuma nak share gambar masa aktiviti little scientist bersama mereka. Sebelum ni ada jugak buat little scientist tp byk gambar2 lama tu kena cari balik. Dah byk sgt gambarnya 😅😅😅

Little Scientist : Science On The Beach .

Untuk aktiviti kali ni, anak-anak didedahkan dengan keadaan persekitaran laut dan antara persoalan yang dilontarkan buat mereka adalah,

  • Apa yang ada di laut.. 
  • Aktiviti apa yang kita boleh lakukan di tepi pantai. 
  • Mengenal haiwan2 yang ada..
  • Mengenal warna dan bentuk melalui mainan yang diberi

Setiap murid dibekalkan dgn kotak hijau masing2. Masing-masing akan sangat teruja bila cikgu sebut je nak main kotak hijau. Memandangkan setiap pagi akan dimulakan dgn kelas iqra, awal2 dah pesan kalau kelas bising, kita tak main kotak hijau.. And thanks to Adriana sebab berjaya mengawal kelas. Semua kawan2 dengar kata Adriana. Semuanya senyap. Behave sgt.. Terpegun cikgu.. Rasa nak ketawa pun ada bila tgk Adriana cuba tiru gaya cikgu nk tarik perhatian kawan2.. Ada bakat jadi cikgu Adriana ni.. Hehee.. Okaylah jom tgk gambar. Dah lama tak share gambar..




























Dalam proses pembelajaran, sudah pasti keadaan kelas memang akan bersepah luar biasa. But it's okay dear. Yang penting awak-awak semua dapat faham dan dapat belajar sesuatu dari aktiviti kita ni. Habis je aktiviti, anak-anak dah boleh sebut seashell sambil tunjuk kulit kerang tu kat cikgu. Cikgu bahagia. 


...Ceritera Cikgu Farah...