Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

About Us

Selamat Datang ke Tadika AL KINDI!


Tadika Al Kindi telah diasaskan pada tahun 2014 dan mula beroperasi pada tahun 2015. Tadika ini membawa aspirasi dua orang pendidik berpengalaman yang mahu menyumbang dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Tadika Al Kindi menerima pelajar pertama seramai 23 orang pada tahun 2015 di Tadika Al Kindi Taman Sentosa, Bukit Beruang, Melaka. Pada tahun 2016, Tadika Al Kindi telah melebarkan sayap ke Pulau Mutiara dengan penubuhan cawangan kedua di Bayan Lepas.

Al Kindi menitikberatkan pembangunan sahsiah sebagai asas, pemahaman terhadap ajaran Islam sebagai panduan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap matapelajaran yang diajar. Tenaga pengajar Al Kindi dilatih untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan "learning is fun" dengan menggalakkan anak-anak menyelongkar dan mengalami sendiri pelbagai pengalaman belajar dan bereksperimen. Bahan-bahan pengajaran yang disediakan berbentuk visual dan dramatik dan memudahkan pemahaman anak-anak tentang kehidupan harian.



OBJEKTIF PENUBUHAN
  • Menyediakan pendidikan pra-sekolah kepada anak-anak berumur 4-6 tahun yang merangkumi 3M, asas agama (Fardhu Ain & Al-QurĂ¡n) dan Sains. 
  • Memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang kemahiran sosial ‘social skills’ yang berasaskan kepada akhlak dan budaya Islam dan Melayu. 
  • Membangunkan kemahiran kendiri dan karakter dari peringkat kanak-kanak – berdikari, keyakinan diri, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dsbg. 


VISI TADIKA
  • Menjadi tadika contoh yang menyediakan pendidikan holistic dengan menekankan pembangunan sahsiah dan agama sebagai asas. 
  • Menyediakan modul pendidikan yang memupuk semangat cintakan ilmu dan tidak berorientasikan peperiksaan. 
  • Menyediakan modul pendidikan yang menarik dengan memberi penekanan kepada pembangunan karakter, keyakinan diri dan kepimpinan. 


MISI TADIKA
  • Untuk melahirkan pelajar yang seimbang rohani dan jasmani. 
  • Untuk melahirkan pelajar yang cintakan dan dahagakan ilmu pengetahuan. 
  • Untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan menguasai kemahiran kendiri.



Pelbagai aktiviti menarik diadakan di Tadika Al Kindi. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh like
Facebook kami :


atau anda juga boleh layari :


Pelbagai informasi menarik yang anda perlukan, ada di situ. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda juga boleh terus menghubungi :


Tadika Al Kindi Taman Sentosa, Bukit Beruang, Melaka

Hubungi:

Puan Saadiah - 012-961 9200

Puan Zakiah - 019-392 5754

Tadika Al Kindi Bayan Lepas, Pulau Pinang

Hubungi:

Puan Zuhaira - 013-400 2270



Come and join us now. Let's explore the world together :)

1 comment:

  1. Aslm.Menarik dan bersistem.Ada jawatan kosong sebagai guru tadika ?

    ReplyDelete