Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Tuesday 30 August 2016

MERDEKA !!



Assalamualaikum semua ^^
Memandangkan malam ini, tepat pukul 12, kita akan sambut Kemerdekaan negara yang ke 59, maka untuk opening entry kali ni, saye belanja video deklamasi sajak dari murid 6tahun... *maaflaa, mereka baru belajar, so intonasi tuu agak kurang, tapi saya bangga dengan mereka, mampu membaca dengan lancar sangat!*

Hari ini, merupakan hari sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah, Tadika Al Kindi. Maknanya apa ??
Maknanya banyak sangat aktiviti yang best, dan paling meriah bila ibubapa semua semangat hiaskan anak mereka dengan pakaian bendera! Fuhhh..Memang kreatif habis laa..terbaik ibubapa Tadika Al Kindi ni ^^ Jommm layan pakaian-pakaian kreatif murid Al Kindi ni 

Abu Dawood dengan baju melayu benderanya..Smart habis ! hihi

Muhammad Darwisy Hayyan.. Sampin bendera.. Macam Tunku Abd Rahman, tp versi junior ^^

Ahmad Anas..From head to toe bendera ! Persis pendekar melayu..

Adam Rifqi & Ariesya Adrianna.. Baju tempah khas untuk sambutan Merdeka hari ni.. Hebat !

Dhia Wazeefa.. Berkebaya dan berlilitan bendera. Si kecik ni laa pemenang untuk Pakaian Kreatif..huhu

Hidayah Alina..Jubah bendera..Sopan jer ^^


Ardi Balqis.. Comel sangat dengan baju gaun benderanya.. ^^


Raqib & Amsyar.. Actually di belakang bajunya ada bendera, dan di sisi tangan  pula diikat dengan bendera..Patriotik ssangat ^^


Menarikkan ?? Teacher pun rasa happy jer hari ni ^^ 
Pada awal pagi, seperti biasalah, Morning Circle, dan amali solat Subuh. Sepatutnya jam 8;30pagi ada perarakan, tapi memandangkan hujan, murid masuk ke kelas masing-masing dahulu, habiskan kelas mengaji, dan guru pun mula menghias murid masing-masing. Macam saya, murid 4 orang jer, memang cepat jela siapnya :D ahhahaha..   

Kelas 5 tahun, muncung masing-masing merah jer, cikgu Habirah rajin, siap solekkan lagi murid perempuan dia ^^

Kelas 6 tahun..Nampak tak cikgu yang excited lebih haaa..


Kelas 4 Tahun, bersama Cikgu Farah.. Nampak sikit sebab nyaa ada yang taknak bergambar. Malu gituu


Dalam pukul 10;00 pagi, hujan baru reda... Dan kesempatan ini digunakan dengan sebaik mungkin untuk membuat perarakan! Semangat murid berarak sambil menyanyi lagu Tanggal 31.


semangat sangat...

candid sangat --'






Barisss...sedia !



Balik dari berarak, murid makan pagi dahulu, kemudian, diteruskan lagi dengan pertandingan mewarna untuk kelas 5 & 6 tahun, dan 'finger print flag' untuk 4tahun dengan bimbingan cikgu Farah. Masing-masing tekun mewarna, yelaaa, nanti siapa yang warna cantik, dapat hadiah..huhuhu..

Aktiviti kelas 4tahun.. Pendekar melayu dah buka baju dah :D

Taraa....ini hasilnyaa hihihihi....


5&6 tahun tengah khusyuk mewarna !

Demi kemenangan, ku redah ranjau duri..hihihi


Lepas mewarna, 6tahun membuat aktiviti Word search pula ^^

Hadiah menanti para pemenang..hehehehe



Haaa, itulahh aktiviti di Tadika Al Kindi pada hari ini..Best ?? Memang best ! Hinggakan pulang ke rumah, murid excited bercerita dengan ibubapa masing-masing tentang apa yang dilakukan..Anak-anak happy, ibubapa pun happy jugak! yeayyy...

Dan ini adalah wajah wajah pemenang untu hari ini.. yeayy !! Congrates sayang :)


Sorotan hari ini ;

Peace...nama saya Zahirah !

Adianna..Nampak gangster, tapi sebenarnya sangat manja ^^

Sentiasa senyum..Hadif Amsyar


Adni dan Rania..best friend forever ni..


Anas dan Darwisy..Sama kecik sama comel


orang penting ni, pegang bendera..hihi


ehh..ehh..Eefa tengok apa tuu?? hahaha


kawad sambil menyanyi...

peacee...

anak-anak teruna 4tahun.. hiii ^^

3 ekor kumbang bersama sekuntum bunga ^^


Adni say hi !


cikguuu niii..


Maka, hari sambutan Kemerdekaan Tadika Al Kindi pun berakhir dengan happy sekali..
cikgu Diyanah jadi pengarah, ambik video sana sini, Cikgu Farah jadi mamarazzi, ambil gambar senyap senyap, Cikgu Habirah pulak jadi polis trafik! Jaga lalu lintas, kawal murid-murid..hihihi..Bestkann...

Semoga, anak-anak ini mebesar dengan jiwa patriotik, jiwa sayangkan negara, dan mampu memberi jasa yang terbaik buat negara. Amin.
Denagn kesempatan ini, Kami, warga pendidik dari Tadika Al Kindi ingin mengucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-59
#SEHATISEJIWA !!

Semoga negara Malaysia sentiasa di bawah Rahmat yang Maha Esa, dan diberkati sentiasa. amin..






                                                                             >By Teacher Diyanah<

















Teaser Kemerdekaan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Masih diizinkan Allah membuka mata dan bernafas dengan sempurna. Untuk entry kali ini, Cikgu Farah nak bagi teaser sikit tentang sambutan kemerdekaan di Al Kindi. Sebelum tu, Cikgu Farah ingin menceritakan serba sikit sahaja secara ringkas tentang kemerdekaan. 
 
Gigih Cikgu Farah siapkan untuk aktiviti kelas 4 tahun. Nak tahu apa yang akan terjadi? Kena tunggu next entry.. ;)

(Untuk makluman, sejarah ringkas ini Cikgu Farah copypaste dari Kenali Sejarah Malaysia)

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka merupakan sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik.Melaka terletak diantara Asia Timur dengan Asia Barat dimana kedudukan Melaka mempunyai potensi untuk dijadikan pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula pada 1511 dimana Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.
Tanah Melayu dijajah oleh portugis selama 130tahun (kalau tak silap)..Kemudian pada tahu 1641 Melaka jatuh ke tangan penjajahan Belanda setelah portugis tewas dengan Belanda.. Pada tahun 1824 Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris-Belanda..


Al Kindi dah siap-siap beratur, nak ke mana tu? Nak tau? Kena tunggu next entry. 

Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk dan pembesar tempatan. Hal ini telah menimbulkan beberapa buah penentangan daripada pembesar pembesar tempatan contohnya Dol Said, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, dan ramai lagi..

Kesannya,pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mempunyai kesedaran untuk mendapatkan pendidikan.Maka muncul golongan berpendidikan yang mule memperjuangkan semangat nasionalisme.Mereka menggunakan pelbagai cara untuk manyampaikan ideologi mereka.
Dalam usaha mereka untuk bebas daripada tangan penjajah mereka dikejutkan dengan kedatangan Jepun pada tahun 1941.Namun disebabkan berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960.

Karya Kreatif by Cikgu Habirah. Credit to Cikgu Habirah..  Good Job !
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Begitulah secara ringkasnya berkaitan kemerdekaan Malaysia. Kemerdekaan itu bukanlah merupakan satu proses yang mudah. Ia disulami darah dan air mata.. Begitu juga dengan proses untuk mengekalkan kemerdekaan. Generasi kita masa kini haruslah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, cintakan tanah air agar kemerdekaan Malaysia terus berkekalan dengan izin Allah selama-lamanya.. Aamiin.. 



Memandangkan entry kali ni hanya sedikit sahaja teaser kemerdekaan, kenalah bersabar untuk menunggu entry seterusnya apa yang bakal dilakukan oleh anak-anak murid di Al Kindi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 59. Mungkin entry ditulis oleh cikgu-cikgu yang lain pulak. Nak tahu, kena tunggu. More to write and more to share ;)



..Ceritera Cikgu Farah..

Say Hi To Cikgu Farah :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Dapat jugak Cikgu Farah update blog untuk pertama kalinya dalam dunia Al Kindi ni. Salam perkenalan, salam pertemuan buat mereka-mereka yang telah mengenali saya atau baru hari ni tengah baca-baca blog ni, baru kenal saya. hehee.. Cikgu Farah ambil alih kelas 4 Tahun. hehe. menggantikan cikgu Ain.


Untuk entry pertama ni, eloklah kalau saya perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Nurfarah Umirah binti Abd Rashid. Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Kewangan dari UiTM Shah Alam/Puncak Alam. 2 Tahun berada di Shah Alam manakala tahun terakhir, batch kami dipindahkan ke Puncak Alam sebab fakulti baru dah siap. hehe. 

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana saya boleh berada di Al-Kindi sebagai salah seorang tenaga pengajar di sini. Alhamdulillah.. Ini rezeki saya buat masa ni. Alhamdulillah, Allah berikan anak-anak ini untuk saya, jadi saya terima dengan sepenuh hati tanggungjawab ni. Saya senang bersama mereka dan saya seronok bersama mereka. Walaupun tiada pendidikan secara formal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, namun pengalaman dalam kehidupan seharian, perkongsian ilmu dan idea dari orang sekeliling dan juga pengetahuan dari segi bacaan sedikit sebanyak membantu saya dalam bidang ini.


Semasa awal2 kelas. Masih di bawah bimbingan cikgu Ain ketika ini.

Sebelum murid-murid cuti berhari raya.

Hi Amsyar


Walaupun pada awalnya saya akui, saya hampir give up melayan karenah kanak-kanak ni pada hari pertama sesi persekolahan tanpa bantuan Cikgu Ain. hehe.. (seminggu pertama saya bersama Cikgu Ain. Cikgu Ain menerangkan segala yang berkaitan dengan anak2 murid dan juga tadika) . Yelah, mungkin disebabkan saya masih baru. Terasa saya dibuli oleh anak2 tadika. Hampir menangis saya dibuatnya. hahaa.. Alhamdulillah hari demi hari, semuanya menjadi lebih baik. 

Sesungguhnya, tanggungjawab mendidik dan mengajar itu bukan mudah. Kesabaran, kesungguhan, kecekalan hati yang sangat tinggi diperlukan untuk berhadapan dengan mereka. Pelbagai karenah, ragam dan tingkah laku yang boleh kita lihat hari-hari. Ada kalanya menguji kesabaran cikgu dan ada kalanya sangat mencuit hati cikgu. Moga Allah permudahkan perjalanan Cikgu Farah pada hari-hari yang mendatang. Jumpa lagi pada entry seterusnya. InsyaAllah..  Keep it up, don't give up !



 ..Ceritera Cikgu Farah..  



Monday 29 August 2016

Anak anak saye ^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu lagi kite ^^ hihihi...
Hari ni, saya rasa macam nak share tentang perihal anak anak murid saya (6tahun).. Memandangkan murid saya tak ramai, yakni 4 orang jer, jadinya saya rasa macam nak share tentang perihal setiap seorang..huhuhu.. Kalau murid saya 20 orang, saya rasa saya tak buat entry macam ni, jenuhh ohoii nak bercerita tentang setiap seorang.. hahahahaha ^^

Marissa


Okay, murid saya ada empat, dan hanya seorang saja perempuan, yang selebihnya lelaki. Ibarat sekuntum bunga dikelilingi oleh kumbang kumbang lah gituu...huhuhuu...
Marissa, mendengar kata, seorang yang pengemas, kalau saye minta tolong letakkan buku, tak perlu pesan susun cantik cantik, dia sendiri akan letak dengan kemas, teratur. Buku tu dia susun memang betul je ikut susunan.. Tulisannya sangat kemas, kecuali alau dia nak cepat, tulisan akan jadi haru biru sikit :D Mewarna pun begitu juga, kemas, pandai match warna yang betul..Walaupun dia seorang je perempuan, tapi dia sangat susah untuk menangis..orang kata, hati kental laa.. Seingat saya, sekali saja dia pernah menangis, itupun saya marah dia, lepastu saya keluar kelas *teacher merajuklah konon* saya masuk kelas semula, tengok dia dah menangis..huhu.. terkejut saya, itulah kali pertama saya tengok dia menangis pastu takde dah.. Dan dia juga yang berani berbanding murid lelaki yang lain..huuuu~~
Buktinyaa ?? Murid lelaki lain lari nampak lipas, dia ?? Rilex jer, macam takde apa..Saye sendiri menjerit tengok lipas tu lari terkedek-kedek, dia boleh senyum je -_-  *malu teacher*
Marissa ni juga seorang yang pemalu..Ya sangat pemalu, nak nak pada awal persekolahan dulu. Tapi sekarang, kurang dah...Confident level pun dah meningkat sedikit berbanding awal awal sekolah dulu.. Kalau dulu, suruh datang ke depan, dia susah sangat, suruh membaca di depan, dia akan senyum jer, dan tak akan bersuara ! Sekarang, beza dah.. Mampu bersuara selantang murid lelaki yang lain! Yeayy..! I'm a happy mama ^^ hahahaha... Sekarang pun, kalau minta pendapat, dia berani dah untuk mengutarakan pendapat dia.. Tak diam dahh ^^
Sangat manis apabila dia senyum, ada lesung pipit di kedua-dua belah pipi dia.. Memang manis, jealous teacher T_T . 
Kalau murid lelaki saya menangis dalam kelas, Marissa lah tukang pujuk..Ayat yang dia guna 
"dahhhh, jangan menangis lagi, cikgu marah sebab cikgu sayang awakla..nanti kalau cikgu tak marah, awak tak pandai"
Saya selalu bila jadi macam ni, saya akan perhatikan jer.. Memberi ruang kepada murid untuk selesaikan masalah mereka dengan sendiri..Kalau dah kronik, baru masuk campur ^^
Dan itulah, MARISSA ^^

Ahmad Asyraf

Okay, masuk kepada cerita anak lelaki pulak ^^. 
Asyraf, selalu senyum, seorang yang rajin. Kalau saya cakap, "tolong sesiapa tutupkan kipas"
Maka, dialah akan pergi dulu, walaupun selalu berebut dengan yang lain --' Memandangkan dia seorang yang kidal, maka dia seorang yang kreatif! Suka benda yang berwarna warni, dan suka buat hal sendiri. Kalau kawan-kawan suka mewarna sama-sama, tapi dia tidak. Dia tak suka hasil dia sama dengan yang lain, dia akan buat lain yang tak sama macam kawan dia. Ayat yang sinonim yang dia selalu tanya kat saye, "cikgu, cantik tak Asyraf punya?" "cikgu, tadikan...dia kan...taknak kawan Asyraf" . Dan apa yang saya selalu perhatikan, setiap kali masuk kelas selepas amali solat Subuh, setiap murid akan ambil kerusi dan duduk di tempat mereka, tapi Asyraf, dia akan sediakan kerusi untuk saye dulu, baru dia ambil unttuk dia, saya tak minta pun.. mulia pekertinya ^^. Dan, perlakuan itu menjadi ikutan murid yang lain. Sekarang ni kekadang dia yang sediakan kerusi saya, kekadang murid lain pulak. Asyraf juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sangat berbanding dengan awal persekolahan dulu. Bagi saya, perubahannya agak ketara. Membaca sekarang sudah lancar, either english or malay. Kalau sekarang ni, waktu membaca saya akan berikan pelbagai jenis bahan bacaan, dan murid akan memilih sendiri dan membaca secara bebas, sekiranya ada perkataan yang tak tahu, murid akan merujuk pada cikgu. Asyraf juga dah Berani nak suarakan pendapat, kalau dulu, banyak diam, malu lah senang kata nak bercakap ni, hihihi... Waktu mengaji Iqra pun masing-masing pakat berlumba dah sekarang ni..Kejap dia paling depan, minggu depan, yang lain pulak berada di depan. hahaha.. Asyraf pula kalau kena marah dengan cikgu, dia akan kata kat cikgu, "taknak kawan! *sambil memalingkan badan dia kebelakang*, fuhh dahsyat jugaklahh kalau dia dah merajuk :D, lagi dia merajuk lagi saya suka sakat ;p hehehehehe.. Dan dulu, Asyraf ni kalau membaca suara dia slow jer, sayup sayup je..Sekarang dah kuat dahh.. huhuhu.. Waktu solat pun, azan ke iqamat ke, dah kuat, tak perlu dah cikgu suruh kuatkan suara..Such a good boy! ^^



Muhammad Adam Rifqi

Okay, anak lelaki seterusnya adalah Adam ^^, actually dalam kelas, saya kekadang saya panggil dia Rifqi. Agak-agak panggil nama Adam banyak kali tak menyahut, saya panggil pula dengan nama Rifqi...Dan dia akan berleter, "ishhh cikgu ni, panggil Adam laa," "kenapa cikgu panggil kite nama Rifqi??" dan bla bla bla... hahahaha.. Adam, ada senyuman yang manis, dihiasi dua lesung pipit di dua-dua belah pipinya, dia juga merupakan seorang murid yang penuh dengan soalan, dan soalan soalan dia agak ekstrem --' . Selagi tak dapat jawapan, dia akan bertanya, hinggakan buat soalan matematik, dia akan pertikaikan kenapa jawapan nombor 1 dan jawapan nombor 2 tak sama! hahahahaha.. *pening cikgu* 
Adam, dia sebenarnya seorang yang pemalu, ya sangattt pemalu..Bila dia malu, dia akan tutup muka dia, pipi jadi merah, dannnn tersengih jer...Kalau keadaan yang terlalu mendesak, muka dia boleh berubah menjadi pucat ! hihihi.. Tapi dalam kelas, so far okay, tak terlalu pemalu, yelaa dalam kalangan kawan kawan je kan..Kalau waktu Morning Circle, dia akan malu bila suruh berdiri..hahaha.. Kalau pada awal persekolahan, dia selalu/mudah menangis, nak nak masa mama dia hantar ke sekolah, boleh dia lari kejar mama dia ;p,  tapi sekarang dah tak dah, dia pun susah sangat  nak menangis.. Dah pandai bergaul.. 
Waktu belajar, mudah nak ajar dia, sebabnya dia seorang murid yang cerdas, cepat tangkap apa yang diajarkan..Dan dia sangat suka subjek Matematik!..Kalau bagi berhelai-helai kertas soalan Matematik pun dia enjoy jer buat.. 
Awal persekolahan dulu, saya ada puji kata dia macam Korea, yelaa rambut panjangnya, menutup mata lagi, kan ala-ala Korea tu..hihihihi.. Dannn sampai sekarang kalau dia ingat, dia akan cakap
"cikgu, muka kite ni ada macam Korea takk? Dulu cikgu ada kata kite macam Korea"
Dankalau saya jawab tidak, dia akan cakap lagi pasal Korea, hingga lah saya mengiyakan yang dia tu persis Korea ! hahaha.. 
Adam juga merupakan seorang murid yang terlalu teliti ataupun prefectionist..Bukan sikit tapi banyak.. Hinggakan kalau warnanya tercomot sikit, dia akan berusaha untuk padam. begitu juga kalau menulis, tulisannya sangat cantik, tersusun rapi, bulat bulat jer. Boleh dikatakan, setiap benda yang dilakukan mesti cantik. kalau tak cantik dia akan resah.
Tapi, waktu art and craft, biasanya Adam kurang berminat, masuk je waktu ar and craft, murid yang lain sibuk buat, dan Adam akan cakap dengan saya "cikgu, cikgu tolong laa kite ni, kita tak pandai laa nak buat ni" *muka sedih habis* makanya, saye lah yang akan buat bersama dengan dia. huhuhuhu..
Dulu pun, waktu solat, suara dia slow jer, kalau suruh azan, sayup sayup je suara, tapi sekarang Alhamdulillah, lantang dahh ^^ . Molek sungguh.



Muhammad Raziq Zharfan

Okay, anak lelaki yang last, Raziq.. Dalam kelas pun, kalau panggil dua tiga kali tak menyahut, saya akan panggil nama Zharfan pulak, baru laa menoleh..huhu.. Ini pun manis, ada lesung pipit di pipi. Seorang murid yang aktif, gemar bergurau dengan rakan dannn boleh tahan kelakar dia ni..hahaha..
Di tadika ini, Raziq macam Abang Long la, apa dia cakap murid lain senang jer ikut. 
Walaupun luar gangster, tapi dalaman dia sangat lembut...Sensitif sangat..Marah sikit, dia akan diam jer, pastu mengalir je air mata..Masa nilah nanti dia akan menyorok bawah meja ke, duduk menyelit celah rak buku ke..Bagi dia layan perasaan,nanti saya pujuk balik, pastu dia okay dah..Kiranya, cepat merajuk, cepat juga lahh baiknya..Manja pun ya juga dia ni...Kekadang saya tengah duduk menyemak buku latihan, nanti tiba-tiba je dia datang, peluk saya dari belakang..hahaha.. Takpun, kalau saya acah-acah marah dia, dia pujuk saya balik, buat suara manja dia tuu, ambil tangan saya diciumnya lahh, dipeluk-peluknya lah..hahahaha...Kelakar je kekadang tuu..Nak marah pun tak jadi. 
kalau ketika buat kerja sekolah, saya tegur dia sebab silap, terus terkeluar dari mulut dia "ohhh, sorry sorry cikgu, japp kite betulkan balik". Sejuk jer hati dengar..hihihi
Raziq, excited dalam semua perkara. Senang kata, tak susah laa nak tarik minta dia nak belajar tu..Belajar apa pun, seronok jer dia. Dan dia juga sangat suka tolong kawan dia.. Contoh, dia dah siap kerja tapi kawan tak siap lagi, dia akan cakap "mehh sini laa saya ajar awak" makanya, dialah yang bantu kawan dia.. Kalau dia pun taktahu, baru dia akan bertanya saya.
Walaupun luarannya nampak aktif/lasak tapi dia sangat prihatin. contoh ?? Kalau adik dia menangis, sungguh-sungguh dia datang memujuk..Macam-macam cara dia pujuk adik dia :D Sehinggalah adik dia stop menangis.. Waktu menyusu pun, ada masa masa tertentu, dia akan meriba adik dia..hahaha..sweet sangat ^^
Such a good boy !


Dan,
itulah cerita serba sedikit tentang 4 orang anak saya di tadika ini..hihihi..
Banyak perubahan yang dialami, itu semua berkat pertolongan mama/papa mereka di rumah.
Kalau saya seorang, mahu mati lemas terkapai-kapai saya rasa. hahahah ^^
Alhamdulillah dengan apa yang dikurniakan.

Jumpa next entry, Assalamualaikum.




                                                                                                                                >By Teacher Diyanah<