Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Thursday 25 August 2016

Penantian

*biarku nantikan dirimu...auuchh

Assalamualaikum dan haii... Selamat pagi semua :) Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Okay, tajuk entry agak jiwang, tapi jiwang sikit jer, tak banyak pun ;p

Okay, setiap pagi, menjadi rutin saya akan buka pintu tadika detemani angin sepoi sepoi bahasa hihihi, menanti kedatangan murid dan guru yang lain akan menyusul kemudian memandangkan masing-masing tinggal luar dari kawasan kejiranann Al Kindi. Cuma saya saja yang tinggal di tadika ini, so setiap pagi saya akan buka pintu tadika. 
Kepada parents yang ingin hantar anak anak awal ke sekolah pun tak menjadi masalah, hanya perlu inform, dan saya akan buka pintu tadika lebih awal berbanding hari biasa iaitu pada pukul 7.00 pagi.
Parents yang terlambat mengambil anak pun tak perlu risau, hanya perlu inform terlebih dahulu, dan murid tersebut akan berada di bawah jagaan saya memandangkan saya tinggal di sini. Cumanya, akan dikenakan bayaran 'overtime' mengikut kadar masa lambat.

Kecuali, hari Jumaat, saya akan pulang awal, sebab saya akan balik ke rumah 'asal' saya, kat Jasin jerr ;D

Kebiasaannya, pada student yang datang awal pagi ni, saya akan mengajar membaca sedikit. Yela, waktu pagi pagi ni keadaan otak masih dalam keadaan segar, jadinya waktu inilah yang sesuai ingin diajar anak-anak ini ;)
Takpun, kekadang saya akan berbual, bersoal jawab dengan murid. Tetapi, selalunya macam dah menjadi satu tradisi,apabila murid datang, mereka akan mencapai sebarang buku yang ada di tadika ini, tanpa paksaan :D
Walaupun adakala membacanya sekejap, sekadar melihat gambar gambar di dalam buku, namun, secara tidak langsung murid juga sedang belajar, tapi deengan cara mereka tersendiri.

Kanak-kanak yang didedahkan dengan buku sejak kecil *walaupun buku habis koyak rabak*  akan cenderung untuk minat membaca apabila mereka meningkat dewasa kelak. Sebab itu, apabila nampak anak-anak menyelak-nyelak buku, biarkan mereka. Mereka sedang belajar, cuma kita yang tak tahu ;')
Diakui, rasa geram jer bila tengok buku yang kita beli, mereka koyak-koyakkan, tapi dari situ, kita, sebagai guru/ibubapa boleh nasihatkan mereka, dengan kata-kata yang senang difahami, contohnya macam ni ;
" jangan la koyakkan buku ni, kesian buku ni, mesti sakit dia kena koyak*sambil buat suara acah acah sedih*"

" kalau adik koyakkan buku ni, nanti tak dapat nak baca dah.adik tak dapat baca, mama pun tak dapat nak baca jugak. Lainkali jangan koyakkan, baru boleh kita baca sama-sama"

Contoh ayat jetu, hihihi... bagi anak anak yang kecil, boleh diberikan mereka buku bergambar, colourful, dan bersaiz besar, kerana mata kanak-kanak ini tak sama penglihatannya dengan kita yang dewasa, jadinya memerlukan gambar, perkataan yang besar besar belaka >.<

Okaylah, teacher yang acah acah garang ni nak start mengajar dah ><
Assalamualaikum, jumpa di next entry ;)




                                                                                                                             >By Teacher Diyanah<


1 comment:

  1. betul..pagi-pagi bila jenguk ke dalam, masing-masing pegang buku. Petang lepas minum petang pun pegang buku juga. Buku koyak...redha.

    ReplyDelete