Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Wednesday 24 August 2016

Teacher Diyanah :)


Assalamualaikum dan haii semua :)

Ini merupakan entry yang pertama saya garapkan di dalam blog ini, so saya rasa macam nak perkenalkan diri saya :D

Okay, saya merupakan salah seorang tenaga pengajar atau guru di Tadika Al Kindi (Melaka) ini,
berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, lepasan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, Kelantan. Saya ini kecik saje orangnya, mungkin sama besar dengan murid tadika :D

Menjadi guru tadika bukanlah satu paksaan, tetapi menjadi guru ini merupakan satu minat saya dan saya nak aplikasikan apa yang saya belajar ketika mengaji di Kelantan. Memang diakui, mengajar kanak-kanak ini memerlukan tahap kesabaran yang maksimum. Dengan keletah masing masing, ragam masing-masing, helahnya lagi. Tapi, itu merupakan satu cabaran. Setiap pekerjaan, setiap bidang pasti ada cabarannya, begitu jugaklah menjadi seorang cikgu kepada anak-anak kecil ini yang baru belajar mengenal dunia :)


Di tadika ini, saya merupakan guru bagi kelas 6 tahun. Saya juga dikenali sebagai "Cikgu Diyanah" ataupun "Cikgu Yana". Dalam tadika ni, saya juga dikenali sebagai cikgu yang garang :'(
Actually, tak garang pun, cumanya saya ada suara yang kuat, ditambah pulak saya suka buat suara acah acah garang :D 
Jadinya, murid kata saya garang :')

Walaupum dikatakan garang, tapi tidaklah sentiasa saya berperwatakan garang, ada juga saya akan bermanja, bermain, bergurau bersama murid-murid :)
Bertukar karakter menjadi 'harimau' bila waktu waktu tertentu saja, misalnya
apabila murid bergaduh, membuat kesalahan dan kes kes berat..hihihi

Teacher Diyanah rasa cukup setakat ini entry tentang diri Teacher Diyanah, jumpa lagi di entry entry yang lain :D
Assalamualaikum dan babai. 

*student 6tahun, sikit je, cuma 4orang :)



                                                                                                                         > By Teacher Diyanah<




6 comments:

  1. Sapa ngelat kena hantar kelas cikgu garang ye 😂😂

    ReplyDelete
  2. Sapa ngelat kena hantar kelas cikgu garang ye 😂😂

    ReplyDelete
  3. Garang tp comey.. hihi.. tq ajar raziq smpi boleh baca dgn lancar bm n bi.. muuuahhh2 ��

    ReplyDelete