Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Tuesday 30 August 2016

Teaser Kemerdekaan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Masih diizinkan Allah membuka mata dan bernafas dengan sempurna. Untuk entry kali ini, Cikgu Farah nak bagi teaser sikit tentang sambutan kemerdekaan di Al Kindi. Sebelum tu, Cikgu Farah ingin menceritakan serba sikit sahaja secara ringkas tentang kemerdekaan. 
 
Gigih Cikgu Farah siapkan untuk aktiviti kelas 4 tahun. Nak tahu apa yang akan terjadi? Kena tunggu next entry.. ;)

(Untuk makluman, sejarah ringkas ini Cikgu Farah copypaste dari Kenali Sejarah Malaysia)

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka merupakan sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik.Melaka terletak diantara Asia Timur dengan Asia Barat dimana kedudukan Melaka mempunyai potensi untuk dijadikan pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula pada 1511 dimana Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.
Tanah Melayu dijajah oleh portugis selama 130tahun (kalau tak silap)..Kemudian pada tahu 1641 Melaka jatuh ke tangan penjajahan Belanda setelah portugis tewas dengan Belanda.. Pada tahun 1824 Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris-Belanda..


Al Kindi dah siap-siap beratur, nak ke mana tu? Nak tau? Kena tunggu next entry. 

Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk dan pembesar tempatan. Hal ini telah menimbulkan beberapa buah penentangan daripada pembesar pembesar tempatan contohnya Dol Said, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, dan ramai lagi..

Kesannya,pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mempunyai kesedaran untuk mendapatkan pendidikan.Maka muncul golongan berpendidikan yang mule memperjuangkan semangat nasionalisme.Mereka menggunakan pelbagai cara untuk manyampaikan ideologi mereka.
Dalam usaha mereka untuk bebas daripada tangan penjajah mereka dikejutkan dengan kedatangan Jepun pada tahun 1941.Namun disebabkan berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960.

Karya Kreatif by Cikgu Habirah. Credit to Cikgu Habirah..  Good Job !
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Begitulah secara ringkasnya berkaitan kemerdekaan Malaysia. Kemerdekaan itu bukanlah merupakan satu proses yang mudah. Ia disulami darah dan air mata.. Begitu juga dengan proses untuk mengekalkan kemerdekaan. Generasi kita masa kini haruslah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, cintakan tanah air agar kemerdekaan Malaysia terus berkekalan dengan izin Allah selama-lamanya.. Aamiin.. 



Memandangkan entry kali ni hanya sedikit sahaja teaser kemerdekaan, kenalah bersabar untuk menunggu entry seterusnya apa yang bakal dilakukan oleh anak-anak murid di Al Kindi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 59. Mungkin entry ditulis oleh cikgu-cikgu yang lain pulak. Nak tahu, kena tunggu. More to write and more to share ;)



..Ceritera Cikgu Farah..

No comments:

Post a Comment