Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Friday 28 February 2020

Apa Itu Psikomotor?

Kemahiran fizikal seperti pergerakan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, melalui aspek motor halus dan motor kasar.

Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan anggota badan seperti tangan, kaki dan pergerakan badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran ini dapat meningkatkan koordinasi mata tangan, kaki, mata dan lain-lain.

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah.

Antara tumpuan utama anak-anak alkindi berumur 4 tahun adalah untuk meningkatkan kemahiran psiko-motor ini melalui pelbagai aktiviti berbentuk play and learn.

Alkindiduniaku - comeback episode

Alhamdulillah... setelah sekian lama blog ni bersawang, kami akan muncul lagi dengan pelbagai perkongsian dan infomasi ilmiah berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Banyakkkkk sangat yang hendak dikongsikan, cuma masa agak terbatas kerana founder Alkindi beberapa tahun kebelakangan ini sibuk menyiapkan thesis PhD. Syukur semuanya telah selesai, maka telah tiba masanya blog ini diaktifkan semula.

Apa terjadi dalam beberapa tahun ini? Banyak..sangat-sangat banyak. Ada yang manis, ada yang pahit, payau semuanya ada. Ada peristiwa-peristiwa menyedihkan juga berlaku seperti kehilangan pembantu kami yang sangat disayangi. Berjuang dalam bidang yang sangat kritikal ini begitulah...ada pahit dan manisnya, namun ia merupakan pengalaman paling berharga dan mudah-mudahan ia akan membawa kami ke jalan syurga.

Untuk pembukaan entri kali ini, kami kongsikan gambar-gambar kenangan secara random dari beberapa batch sebelum ini. Kalau ada parents yang terbaca entri ni, rajin-rajinkan drop komen ya! jujurnya, kami sentiasa rindukan anak-anak Alkindi yang telah meninggalkan kami ke bangku sekolah mahupun bertukar ke tadika lain.












Yang ni dulu cikgu add, esok-esok cikgu tmbah lagi. Tengah malam ni nak korek album mata pun dah tak boleh buka.