Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Friday 2 September 2016

Say Hi to ZAIM

Assalamualaikum ya Habibullah :)
Salam Jumaat buat semua, semoga sentiasa di bawah peliharaan-Nya

So, semalam ada pelajar baru di tadika ini. hehehe..Baru pun tak laa baru mana, sebabnya sebelum ni pun selalu jer dia datang ke tadika. Namanya ialah Muhammad Zaim ! ^^
Actually, Zaim ni anak kepada 'owner' Tadika Al-Kindi ni, Puan Saadiah.. Perancangan awalnya pun memang nak masuk kan Zaim ke tadika ini, namun disebabkan Zaim ada masalah kesihatan, jadinya baru sekarang dapat masuk sekolah ^^

Okay, hari pertama datang sekolah, memang menangis. Itu perkara biasa..Tapi, dia nak berdukung jer..Nasib laa ringan..hahaha..Kalau tak, jenuh cikgu.. Bila saya nak turunkan dia, dikeraskan nya kaki..Aduhh~
Maka, nak menyambut murid yang lain datang pun, dukung dia sekali, sebelah kendung Zaim, sebelah tangan lagi buka pagar. Hahahaha...Dah persis seorang ibu mendukung anak je :D
*berangan la kejap jadi ibu, even tu anak orang ;p*


Sedih sedih, hisap susu..hihihi


Tak lama tu, baru lah okay..Berhenti menangis, walaupun sedu sedan tu ada lagi.. Mulanya, taknak masuk kelas 4tahun, dia duduk di depan je, lepas rehat, baru dia mahu ke kelas. Itu pun, dia tak bergaul. Main secara sendiri jer. 


HARI KEDUA

Hari ni, hari kedua Zaim kesekolah. Masih menangis ketika papa hantar ke sekolah, tapi tak lama. Sekejap saja. Dan, dia dah boleh masuk ke kelas ^^ 
Saya tak mengajar Zaim, seba Zaim masuk kelas 4thaun, Cikgu Farah punya kelas. Tapi tadi saya ada masuk kelas 4tahun, dan saya nampak Zaim dah boleh main bersama dengan kawan yang lain..Walaupun belum cukup mesra lagi, tapi bila dia berinteraksi dengan rakan, itu pun satu perkembangan yang baik ^^
Walaupun muka dia habis hitam-hitam, tak tahu la apa dia main bersama rakan, sampai comot mukanya, tapi bila lihat dia dah boleh bergaul itu pun dah hebat. 


Untuk menghantar anak kecil ke sekolah, memang mereka akan menangis, tantrum, jadinya, ibubapa mesti kena hati kental..Hantar, dan balik..Biarlah anak menangis pun, percayalah, nanti mereka akan berhenti juga. Bila mereka mula berkawan, mereka sendiri jadi enjoy, bila dah enjoy di sekolah, kat rumah mesti mereka akan bercerita pasal kawan je dengan mama papa mereka :D


Dan, itu serba sedikit hari ini, 
Jumpa next entry..Banyak nak diceritakan, cuma taktahu bila nak menaipnya..hahaha

Assalamualaikum, 






>By Teacher Diyanah< 

No comments:

Post a Comment