Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Thursday 8 September 2016

"mengutip pengalaman"

 

Assalamulaikum….



Hai, nama diberi Nor Habirah..boleh panggil saya cikgu habirah…berasal dari Melaka…anak jati Melaka. Berkelulusan Diploma Pengajian Islam & Pembangunan Sumber Manusia di Kolej Universiti Islam, Melaka. Saya merupakan guru kelas 5 tahun.

Inilah first time saya ada blog, tu pun blog tadika... Hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman menjadi cikgu tadika. 

Bidang perguruan bukan bidang saya. Tidak pernah terlintas pun nak  menjadi seorang cikgu walau sekadar cikgu tadika tapi disebabkan minat dengan anak – anak kecil, akhirnya dapat juga. Ada juga yang bertanya"Tak penat ke jadi cikgu tadika??"Tak geli ke cuci najis budak-budak ni"? Senang jek jawapan saya…” Tak  ada kerja yang tidak penat. Saya akui mula-mula tu ada jugak perasaan geli, tapi bila dipikirkan balik sampai bila nak geli??nanti dah ada anak kena juga buat semua kerja ni. Dan sekarang kerja mencuci najis ni dah menjadi  satu kebiasaaan bagi saya…

Pada permulaannya memang kekok dan buntu kerana tiada asas mengajar dan tiada asas menjaga anak-anak kecil seramai 26 orang.. Namun setelah menghadiri pelbagai kursus dan bimbingan dari guru-guru di situ segalanya berjalan dengan lancar. Teknik-teknik dan kaedah-kaedah yang dipelajari saya salurkan pada anak-anak didik saya. InsyaAllah saya cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak kecil di Tadika AL Kindi.

Ok lah…rasa nya sampai di sini jek…jumpa lagi…



No comments:

Post a Comment