Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Friday 16 September 2016

Awak yang TERISTIMEWA 😉



Awak yang teristimewa,
Kerana awak berjaya membuatkan cikgu jatuh cinta setiap hari..
Awak yang teristimewa,
Kerana awak memberikan kebahagiaan di setiap hari-hari cikgu..
Awak yang teristimewa,
Kerana melalui awak, cikgu belajar sesuatu yang lebih bermakna tentang kehidupan..
Awak yang teristimewa,
Kerana melalui awak, cikgu sentiasa punya kekuatan dan semangat untuk terus tersenyum dan bergembira..

Sesungguhnya awak memang istimewa. Awak macam ada super power, ada magic. Bila mana cikgu tengah sedih, awak bawak cikgu bersama-sama dalam dunia awak.. Dan dalam dunia awak, cikgu terlupa siapa diri cikgu. Kita main sama-sama. Gelak sama-sama.. Indahnya nikmat yang Allah beri.



Setiap dari awak, punya keistimewaan yang tersendiri. Setiap dari awak berbeza antara satu sama lain. Di masa hadapan kelak, setiap dari awak akan berjaya dalam bidang awak yang tersendiri. Perjalanan awak masih jauh. Usah berasa gusar. Usah berasa bimbang. Semuanya bakal awak tempuh dengan jayanya. Binalah kekuatan dan keyakinan yang sangat kuat dalam diri. Agar saat dirimu tersungkur jatuh, kamu akan terus bangkit membina semula impian dan harapan yang kamu cipta.. 

Awak akan sentiasa di hati cikgu selamanya dan cikgu akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu. Awak yang teristimewa. Sangat teristimewa.. (Mudah-mudahan bila awak dah besar nanti, awak terjumpa coretan cikgu untuk awak ni.. Hehe)


Lots of Love,
Cikgu Farah 😊














No comments:

Post a Comment