Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Thursday 1 September 2016

Cikgu rasa macamm.......


Assalamualaikum dan selamat malam ya Habibullah :)
Semoga semua berada dalam keadaan sihat. InsyaAllah..

Bermulanya hari ini bulan baru, SEPTEMBER !! ^^
Tajuk entry macam misteri sangat kan?? Actualy, taktahu nak letak tajuk apa ;p
So, hari ini saya rasa macam nak share sikit tentang aktiviti yang student saya buat. Selain daripada mengajar mengikut jadual dan KSPK, saya suka dedahkan murid saya dengan 'something new' ..  
Walaupun nampak macam susah untuk umur seperti mereka, tapi saya nak juga mereka ada pengalaman melakukan perkara tersebut.


Contohnya, saya akan berikan latihan kepada setiap murid, setiap murid akan dapat huruf berbeza,
Raziq- huruf A
Asyraf- huruf  K
Adam - huruf B
Marissa- huruf M
Dan, apa yang perlu mereka lalukan adalah, mereka perlu berfikir, mencari dan mengeja dengan sendiri perkataan yang bermula dengan huruf masing-masing. 
Mula-mula saya buat aktiviti ni, mereka macam 'blur' lagi, tapi saya terangkan juga sampai paham! hahahaha....Dan akhirnya, mereka dah mahir dah, orang kata dah expert laa.. Tiap kali bagi latihan macam ni, mereka semua dah excited..

okay, ini adalah contoh jawapan yang mereka bagi..macam-macam jawapan muncul! sampai saya waktu menanda saya akan gelak, pastu kene marah dengan murid ! kehkehkeh

Okay, apa rasional saya bagi latihan sebegini? 
Sebenarnya ia sangat bagus. Sebab??
Sebab ia mengasah pemikiran kanak-kanak untuk berfikir di tahap kritikal (critical thingking skills)
Kanak-kanak akan berfikir sedaya upaya untuk mencari perkataan yang bermula dengan hruf yang ditetapkan.
Dan, at the same time, murid belajar untuk mengeja. Waktu begini, saya akan cakap pada murid untuk eja perkataan itu sendiri. Dan waktu menanda, jika ada kesalahan ejaan, saya akan panggil murid dan tunjukkan cara mengeja yang betul! uhuhuhu..
Melalui aktiviti ini jugak, murid secara tak langsung belajar untuk membantu sesama mereka. 
contohnya
"Adam, awak dapat huruf apa?"
"Saya dapat huruf  B."
"ohhh..saya ada idea! B untuk bola!"
"ohhh..A'ahh laa..."

Macam tu laa selalunya conversations mereka... Kalau mereka dah siap dan ada rakan yang tak siap lagi, mereka akan tolong..Saya tak perlu suruh, inisiatif mereka sendiri membantu rakan mereka ^^



Selain itu, saya juga dedahkan murid saya dengan membuat Word Search. Ini pun pada mulanya, mereka macam susah nak faham, mula-mula saya buat bersama-sama mereka, tapi bila mereka dah faham, saya hanya bagikan kertas, dan mereka membuatnya sendiri.. Lama kelamaan, mereka jadi addicted sangat dengan Word Search ni..hahahaha..Sampai hari-hari minta nak buat Word Search!! *parahh laa cikgu nakk oii..hahahaha* 
Pada permulaan, saya dedahkan dengan Word Search yang mudah, yang khas untuk kanak-kanak, bila lama-lama mereka dah expert, saya dedahkan dengan yang sukar sedikit, yang standard sekolah rendah punya.. English dan Malay, dua-dua saya bagi mereka buat.
Dan apabila mereka dah give-up, tak dapat jumpa jawapan, maka berduyun-duyun laa kerumun cikgu nyaa ni, tanya kan jawapan..hahahaha..Cikgu layan je kann ^^

Raional saya bagi mereka Word Search ??
Sebabnya, dapat tajamkan penglihatan mereka dan menambahkan vocabulary mereka.
Apabila ada words yang mereka taktahu, mereka akan tanya cikgu, perkataan tu apa maskudnyaa..dari situ laa mereka akan belajar perkataan baru!
Melalui aktiviti ini juga, mereka banyak belajar bekerjasama, dan membantu rakan.. dan ini adalah tanpa suruhan cikgu, mereka melakukannya sendiri! ^^ 
Bagus Word Search ini, dapat leka kan kanak-kanak  daripada terus bergadjet.


Aktiviti hari Merdeka harituu..Word Search tentang kemerdekaan.




sebab tengah musim Pokemon, maka saya bagi Word Search Pokemon pada murid saya, mereka punya excited tuu,, fuhhh..seram ~



Word Search ni saya selalu Google jer, huhuhu... Banyak sangta, dari yang senang hingga lah yang susah.


Selain tu juga, saya juga bagi murid saya buat aktiviti mencari benda tersembunyi (Hidden Pictures)
Ini pun bagus, sangat bagus. Menajamkan penglihatan mereka. Dan apabila mereka dah jumpa gambar yang tersembunyi tu, punya laa riuh dalam kelas...
 " tengok ni..!! kita dah jumpa gambar singa kat mana.."
 "yes..! dah jumpa gambar payung kat mana.!"

Takkpun, agak-agak dah give-up, mereka suakan kat saya, tolong carikan jawapan..hmmm, biasa dahh..hahahaha...
 Saya pun bagi aktiviti tu semua pada mereka, adakala saya bagi mereka buat sendiri, ada masa, saya akan buat bersama mereka..Ikut sekali mereka jerit-jerit excited dapat jawapan, saja layankan mereka.
Sebab cikgu nya pun dah sama besar dengan murid, so cikgu pun jadi lahh murid sekali >< hahahaha..



Jadi, itu adalah serba sedikit aktiviti yang saya suka lakukan dengan murid saya. Dan murid saya pun suka lakukan aktiviti ini. Jadinya, guru suka mengajar, murid pun suka belajar! ^^
Sekian saja, jumpa next entry yaa.

Assalamualaikum



>By Teacher Diyanah<


  





No comments:

Post a Comment