Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Sunday 4 September 2016

Cikgu Customer Service 😉

Assalamualaikum..

Selamat Malam buat semua pembaca di Al Kindi Duniaku. Agaknya Cikgu Farah ni memang lagi suka menulis waktu waktu macam ni kot. Malam.. suasana yg tenang.. sejuk dan mendamaikan jiwa. Fikiran pun agak tenang dan tidak serabut.  Alhamdulillah..


Cikgu Customer Service. Apa ke pelik bunyinya tu Cikgu Farah oi.. hehe.. Bukan apa, tiba-tiba teringat tawaran kerja bank as Customer Service Officer beberapa minggu yang lepas di Shah Alam. Kalau ikutkan tarikh offer letter, esok 05.09.2016 adalah tarikh untuk saya melapor diri. Tapi atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa tolak tawaran tu dengan rela hati.. insyaAllah.. Allah knows best. Mungkin Allah nak saya spend time lama lagi dengan anak-anak di sini. :)

Okaylah, kalau ikutkan secara umumnya, customer service ni melibatkan pekerja untuk berhadapan dengan bermacam-macam ragam customer setiap hari. Sebarang pertanyaan, sebarang masalah, customer akan rujuk customer service. Kalau di bank pulak, tugas sbg Customer Service Officer bukan sahaja melibatkan kerja-kerja membuka akaun, penukaran kad. Malahan ia jugak akan berhadapan dgn pertanyaan atau masalah from customer. Tapi kan Cikgu Farah, apa kaitannya dengan pekerjaan sebagai guru tadika? Perbandingan yang sangat jauh bak langit dan bumi. Hehe..


Persamaannya adalah di tadika, cikgu-cikgu akan berhadapan dengan pertanyaan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Kalau dalam entry sebelum ni, anak-anak suka mengajukan pertanyaan "kenapa.. kenapa.. dan kenapa.." . Cikgulah yang bertanggungjawab utk menjawab setiap butir pertanyaan anak-anak.. Kalau anak-anak nak pergi toilet, cikgu juga yang akan dicarinya untuk meminta kebenaran. Bukan itu sahaja, boleh dikatakan setiap yang anak-anak nak buat, akan tanya cikgu dulu.

Kalau anak-anak tak reti nak pakai baju atau pampers, cikgu yang akan bantu anak-anak..  Kalau nak minum air kat dapur, cawan tak sampai nak amik, cikgu yang tolong amikkan..  Kalau anak-anak main lego dalam kelas, penat nak buat lego tu bentuk mcm kawan, dtg kat ckg.. mintak tolong cikgu buatkan. hehe.. Kalau anak-anak Al Kindi merajuk, cikgu jugak yang jadi tempat untuk mengadu. Selalunya dalam kelas anak-anak 4 tahun, masalah utama yang hampir setiap sengah jam mesti ada aduan ialah masalah tak nak kawan.

Cikgu, dia tak nak kawan dengan kita..
Cikgu, tadikan.. A tak nak kawan dengan B..
Cikgu.. tadi dia buat kita..
(Mulalah kedengaran tangisan murid-murid. Bila cikgu tanya, rupanya isu tak nak kawan tak nak kawan..)

Ada pulak yang Cikgu Farah dengar,
"Awak, nanti jangan kawan dengan dia sebab dia bla..bla..bla.." (isu ketidakpuasan hati dgn tindakan rakan mereka. Contohnya masa ckg bagi latihan, diaorg berebut nak guna pemadam atau pensel warna. Hehe)

Peak hour yg cikgu rasa paling banyak terima aduan bila anak-anak ni main sama-sama dan bila anak-anak ni buat latihan.. Kejab-kejab ada aduan. Kejab kejab ada wartawan pencen melaporkan berita semasa. Hahaa..

Serba serbi masalah yang perlukan penyelesaian, anak-anak akan cari cikgu berharap cikgu dapat do something to solve the problem. Kalau anak-anak mengadu bab bab tak nak kawan ni, cikgu selalunya akan panggil nama..contohnya "Puteri.. kenapa tak nak kawan Aisyah.. " . Cikgu dengar dulu penjelasan Puteri baru lah cikgu akan cakap "Mana boleh main tak kawan tak kawan. Nak masuk syurga tak? Kalau nak masuk syurga, kenalah kawan.. tak boleh tak kawan tak kawan ni..Salam kawan.. mintak maaf.."




Bila dah bab bab bersalam ni, kalau yang lelaki, kejab je settle masalah. Kalau perempuan, lambat sikit. Hehe. Mesti ada ego ego sikit.. baru baik.. kadang-kadang rasa mcm refleksi utk diri kita yang perempuan ni. Kalau merajuk, lambat nak reda rajuknya. Hehe.. Jadi cikgu ni kena serba tau.. Pernah dulu masa saya tak reti nak main lego tu.. ada murid datang mintak tolong saya buatkan tapi saya tak reti terus dia cakap "Apalah cikgu ni.. dah besar besar pun tak tahu..Apalah cikgu, senang je nak buat ni tapi cikgu tak tahu.." hahaa. Aduhai.. malu cikguu time tu.. Sekarang ni insyaAllah dah reti. Dah boleh join sekali anak-anak 4 tahun. Kadang-kadang diaorg sendiri mintak tolong cikgu buatkan. Penat katanya.. hehe..

InsyaAllah cikgu tak rasa sedih pun tolak offer kerja tu. Cikgu pilih untuk bersama awak awak semua buat masa ni selagi Allah izinkan. Cikgu sayang awak awak semua. Banyak sangat aduan hari hari sampai cikgu pening kepala nk settlekan semua masalah tapi cikgu seronok spend time dengan awak semua. Cikgu harap awak awak pun seronok dengan cikgu ye. Sekian sahaja untuk malam ni. Selamat Malam.. Mimpi indah :)





...Ceritera Cikgu Farah...

1 comment: