Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Friday 30 September 2016

Do you wanna build a snowman? ^_^

Assalamualaikumm..

Hello everybody.. Hehe.. Okaylah. Memandangkan esok cuti.. Dan tidak ada apa-apa program untuk esok, cikgu Farah nak kongsi aktiviti anak-anak 4 tahun hari ni. Memandangkan hari ni hari Jumaat.. Macam biasalah.. Automatik mood santai je.. Happy je.. Yelahh.. Sebab esokkan cuti. Hehe.. Mood relax je.. So, hari ni cikgu nak buat aktiviti yg tidak melibatkan buku. Aktiviti yang more to "Lets Have Fun Together" .



Nak tahu aktiviti apa? 😉

Jeng jeng jeng... Dah ada gambar pun.. Kantoi dah.. Hihi.. Say hellooo to Olaaafff.. Tapi Olaf cikgu ni tak adalah mcm Olaf dalam kartun Frozen tu.. Olaaff cikgu ni Olaaff yang paling simple in the world. Hehe.. Bila masuk kelas, anak-anak murid tengok atas meha cikgu ada gunting.. Ada gam.. Ada kertas warna warni dan yang paling penting sekali ada smiley face. Diaorang punya teruja tu toksah ceritalah. Teruja tahap dewa. Haha (ayat budak2 zaman sekarang) . 

"Wah.. Cikguu nak buat apa tu.. Banyaknya kertas warna warni.."
"Kita nak warna oren. Kita nak warna hijau. Kita nak warna pink. Kita nak warna kuning."

Mula-mula tu cikgu risau jugak kalau yang perempuan ni semua nak pink je.. Tapi Alhamdulillah, tak ada perebutan warna di sini hari ni.. Hehe.. Meriah sungguh kelas cikgu hari ni. Meriah dari biasa.. 




Untuk mengelakkan perselisihan faham sesama mereka, hehhe.. Cikgu Farah bahagikan mereka kepada kumpulan. Kumpulan 1 adalah Adni, Balqis, Zahirah dan Faiqa. Mereka dijadikan contoh untuk tunjuk dulu kat friends macam mana nak buat. Masing-masing teruja dan excited lebih lebih lagi bila nampak hidung Olaf tu.. Kata Balqis, macam carrot kan cikgu.. Hehe.. Kalau dalam cerita Frozen tu, Anna letak carrot tu kat hidung Olaf. Hidung Olaf memang terjadi daripada Carrot. Kan kan kan..

Okaylah, selesai je group pertama.. Group seterusnya pulak. Sepatutnya ada lagi dua kumpulan tapi disebabkan semua dah tak sabar, cikgu sekalikan semua. Buat sama-sama.. Bila buat sama-sama tu.. Memang tak menang tanganlah cikgu.. Masing-masing dah rak sabar nak ada Olaf sendiri bila tengok group pertama tadi dah siap. Tak sempatlah cokgu nak amik gambar group yang selepas ni.. Bila semua dah siap.. Baru cikgu dapat ambil gambar.. Kelam kabut jugaklah tiba-tiba cikgu cari handphone tak jumpa.. Rupa-rupanya anak-anak murid cikgu ni.. dah tolong kemaskan letak dalam buku iqra. Alahai anak-anak.. Terlebih rajin pulak 😅😅😅 .  






Amboi darwish.. Posing kemain.. Diaorang ni memang suka diri atas meja. Bila cikgu kata nak amik gambar, elok elok diri atas lantai, semua semua nak naik atas meja. Risau betul cikgu.. Nak amik gambar pun rasa tak tenang.. Heehhh



Olaf effa tak ada hidung. Hehe.. Cikgu tak perasan langsung. Maklumlah, dah ramai ramai kan.. Petang baru perasan tu pun sebab Rania bagitau.. Hidung effa tak ada.. Hehe..

Atas permintaan mereka. Suruh amikkan gambar. Hehee


Hari ni anak murid cikgu tak cukip kuota.. Adriana balik kampung... Kalau Adriana ada, cikgu rasa kak long tu pun memang excited sangat nak ada Olaf.. Tapi tak apalah. Nanti kak long datang, cikgu buatkan satu lagi untuk kak long okay? (Cikgu memang suka panggil Adriana kak long sebab adriana kan rescuer a.k.a problem solver.. Hehe..Adriana pun redhoo je la bila cikgu panggil kak long.)

Sebelum cikgu log out, hehe.. Hari ni kan.. Rania excited sangat cerita kat cikgu, Rania pakai tudung baru.. Beg baru.. So, dengan excitednya jugak cikgu Farah nak share gambar Rania dengan tudung barunya.. 




Muka stress.. Tp lepas ckg amik gambar, tersengih sengih dia..

***Sebelum Zahirah baca, Rania baca. Jadinya lepas nampak cikgu amik gambar Rania, memasing nak cikgu ambil gambar diaorang jugak.. Hehee.. 

Sekian sahaja coretan Cikgu Farah.. Andai ada terkasar bahasa, mohon dimaafi ye..


🌸...Ceritera Cikgu Farah...🌸


No comments:

Post a Comment