Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Wednesday 28 September 2016

Awak suka cikgu apa??

Assalamualaikum dan selamat malam semua...
Semoga semua berada dalam keadaan yang sangat baik dan dibawah Rahmat-Nya.

Okay, hari ini dalam kelas 6 tahun, saya mencuba sesuatu yang baru..jeng..jeng..jeng..
Okay, selepas semua murid membuat lembaran pengukuhan Bahasa Melayu mereka, saya berikan mereka sehelai kertas yang mempunyai tajuk "CIKGU KESAYANGAN SAYA". Dalam lembaran ini, murid-murid dikehendaki untuk menulis tentang cikgu kegemaran mereka. Sama ada Cikgu Diyanah, Cikgu Habirah atau Cikgu Farah. 
Tujuan ini dilakukan?? 
Memandangkan 6 tahun semua sudah pandai membaca dengan lancar, maka saya ingin melatih mereka untuk membina ayat, mengolah idea dan mengilustrasikan idea mereka untuk dijadikan sebuah cerita.
Ya, agak sukar, pada waktu permulaan ini pun, masih dengan bantuan saya sebagai guru. Namun, saya percaya, dengan ada langkah permulaan, mereka dapat merasai pengalaman, dan ini akan membuatkan mereka akan terbiasa dengan perkara baru ini. 



Jadinya, mereka pun berasa sangatlah teruja nak menulis tentang cikgu kesayangan mereka tu. Saya pun rasa excited jugak, excited nak tahu siapa yang menulis pasal saya..Yang jadikan saya cikgu kesayangannya *confident itu penting* kahkahkah..
Dapat saja kertas, masing-masing tekun menulis..Mula-mula saya intai kertas Marissa, tengok dia menulis tentang Cikgu Farah..Okay lagi, hati tabah lagi.. Intai pula kertas Raziq, ohhh menulis tentang Cikgu Farah juga, saya okay lagi..Intai pula kertas Adam, ehhh Cikgu Farah jugak, dalam hati saya masih cekal lagi..
Sebelum intai kertas Asyraf, berharap agar dia menulis tentang saya, kahkahkah... Bila saya intai, dia ralit bercerita tentang Cikgu Habirah. dan saya rasa eerrmmm....

Benarlah orang kata, 'expectation is the root of heartache'

Dan saya rasa sadis sangat..hahahaha...masih mampu senyum lagi, dalam hati dah siap sedia nak buat 'post-mortem' sorang-sorang murid lepas ni. kahkahkah :p
Namun, setiap daripada mereka ada idea tapi tak tahu macam mana nak terjemahkan dalam bentuk ayat, maka saya yang berikan ayat kepada mereka dan mereka menulisnya sendiri. Dapat saja ayat daripada saya, suka mereka menulis tanpa mengetahui hati saya pada ketika itu *sentap*..hahahahaha ><'

Selepas semua siap, ini hasilnya 

ini Raziq punya.. Ayat romantis habis


ini Marissa punya..

Adam punya.. Adam taknak lukis sebab dia kata dia tak reti lukis :D


Dan ini Asyraf punya. Asyraf sorang saja yang menulis sendiri, means idea dia sendiri, langsung tak bertanya guru..dan paling sweet rasanya sebab dia saja yang biasakan diri dengan nama, kalau yang lain biasakan diri sebagai 'saya' hihihi


Dan ketika saya menanda kertas mereka, mereka berempat duduk bersama di belakang saya dan mereka berbisik sesama mereka *mereka ingat saya tak dengar*
"takde seorang pun tulis pasal Cikgu Diyanah kan??"
"A'ahh...shh shhh diam..nanti cikgu dengar"

Walhal saya dengar dengan jelas sambil baca sendiri apa yang mereka tuliskan. Sentap gamaknya cikgu pada ketika itu...sobbss sobss T_T

Habis menanda, saya tak lengah lagi nak jalankan 'post-mortem' dengan setiap murid...
First, saya panggil Raziq..

C : Raziq, kenapa awak tak tulis pasal cikgu tadi?
R : ermm sebab cikgu pernah ambil kereta Hot Wheel kita, pastu cikgu ambil lego kita, pastu cikgu ambil 
      kad kita, pastu cikgu ada marah kita pastu cikgu bla bla bla  *sangat panjang list yang Raziq bagi, tak
       mampu ingat semua ><*
C : okay, banyak rupanya sebab Raziq tak pilih cikgu tadi..okay okayyy..
R : ada lagi cikgu, pernah sekali tu cikgu blaaa blaa blaa *cikgu tak ingat sebab banyak Raziq cakap*
C : Okayy okayyy, enough.... *hahahahaha kalau tak tahan panjang lagi cerita dia*

Kemudian saya panggil Adam pula
C ; Adam, kenapa tak tulis pasal cikgu tadi ?
A : Sebabbb... haaa sebab cikgu pernah ambil pensil kita, cikgu pernah marah kita, cikgu pernah ambil
      mainan kita, blaaa blaaa *ada yang saya tak ingat, namun listnya tak sepanjang list Raziq :D*
C ; Ohhh,, okayyy cikgu dah faham..

Diteruskan lagi dengan mangsa seterusnya, Marissa
C : Kenapa Marissa tak tulis pasal cikgu tadi ?
M : Sebab cikgu pernah marah kita.
Jawapan yang paling ringkas..haha

Mangsa terakhir, Asyraf.
C : Kenapa awak tak tulis pasal cikgu tadi?
A : ermm... entahlahh..kita pun taktahu *lalu tersenyum dan berlalu pergi*
Jawapan paling ringkas! syabas... ahahaha

Maka, begitulah gamaknya kisah hari ini..
Sentap? Terasa? hahahaha..
Biasa saja.. Mereka masih kecil, apa yang menyenangi mereka itulah yang disukakan..
Menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada Yang Kuasa nikmat di dunia.

sungguh-sungguh..

khusyuk sangat...


malu sebab ternampak cikgu snap gambar dia..hihi


left handed..


p/s: next lesson, Cikgu Diyanah akan buat lagi task macam ni tapi khas untuk Cikgu Diyanah saja..kahkahkah..Cikgu nak paksa juga mereka menulis tentang cikgu Diyanah *gelak jahat*

Okaylah, nak sambung makan,
babai, Assalamualaikum.



>By Teacher Diyanah<



3 comments: