Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Thursday 1 September 2016

4 Tahun : Warna Warni Kemerdekaan :)

Assalamualaikum,


Image result for hello september


Alhamdulillah.. Bulan Ogos selamat melabuhkan tirai and say Hello to September ! Mudah-mudahan bulan September ni lebih banyak diwarnai dengan kegembiraan. InsyaAllah Aamiin.. Dua hari lepas, sebelum negara bercuti pada 31 Ogos untuk meraikan kemerdekaan, Al Kindi tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan kemerdekaan negara ke-59. Memandangkan Cikgu Diyanah telah menceritakan tentang keseluruhan suasana sambutan kemerdekaan di Al Kindi , boleh klik sini >> MERDEKA !!! .

So, hari ni cikgu Farah cuma nak cerita tentang anak2 murid cikgu sahaja. Kelas 4 Tahun :) Nak ceritakan seorang demi seorang tu, mungkin cikgu perlukan 2 entry jugaklah sebab kelas Cikgu Farah terdiri daripada 11 orang anak2 yang comel, cantik, hensem, manis.. 4 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Dalam 11 orang ni, ada seorang murid yang berusia 3 tahun. Siapakah dia? Nak berkenalan dengan si kecik molek sorang ni? Okay, jom kita lihat gambar dulu.


One person is missing here.. Amsyar.. Time ni Amsyar tengah merajuk.. Cikgu tak ingat dengan siapa Amsyar merajuk.. 

Buah hati pengarang jantung cikgu. hehe.. Dah dapat teka mana satu si kecil molek tu? Yang betudung kuning, ber "headband" bunga pink di kepala. Nama diberi Dhia Wazeefa. Cikgu2 panggil Effa je.. Kekadang A-pah. haha.. Bijak budaknya. Kalau bercakap tu, petah sungguh. Kadang-kadang cikgu jadi speechless tak tahu nak respond macam mana. hehe.. Pernah satu hari tu, cikgu tengah sibuk buat kerja di hadapan, kelas agak bising kerana suara anak2 memenuhi setiap ruang kelas dengan karenah masing-masing. Effa berdiri atas kerusi sebelah cikgu and said "Semua diam. Jangan bising.." . Alahai Effa... tergelak cikgu dibuatnya..

Sambil menulis, sambil, bercerita ye. Saya rasa begini lebih mudah. Jadi kalau nak tahu macam mana karakter anak-anak murid Cikgu Farah, kenalah rajin-rajin bukak.. rajin-rajin baca blog Al-Kindi ;) . Majoriti anak-anak 4 Tahun ni memang mengikut tema. Macam-macam gaya cikgu nampak. Ada yang ala-ala pendekar.. Ada yang jadi junior Tunku Abdul Rahman, segak berbaju melayu. Ada yang seperti Allahyarham Sudirman, berbaju bendera segak bergaya, ada jugak yang tampak seperti Princess Red Riding Hood berbaju gaun bendera dan sekali pandang seperti orang2 portugis.

Untuk aktiviti kelas 4 tahun, saya memilih untuk membuat aktiviti mewarna menggunakan ibu hari. Tak kisahlah kalau ada yang nak guna jari lain. Asalkan guna jari tangan bukan jari kaki. hehe. Ingat lagi entry cikgu Farah sebelum ni? Nak tahu apa terjadi pada kertas lukisan bendera cikgu tu? Jangan terperanjat ye sebab karya mereka sangat kreatif. Sukar cikgu nak gambarkan apa yang cuba diluahkan oleh anak2 ni.. hehe

Bendera 4 Tahun.. haha. Tak tahulah nak bagi respond macam mana. Speechless.. Seraamm.. haha.. Menyempat je Amsyar ni nak posing-posing


Sekurang-kurangnya aktiviti mcm ni boleh merangsang perkembangan motor halus dan meningkkatkan koordinasi mata dan tangan :)

Selesai aktiviti mewarna, tiba-tiba Adrianna datang dekat cikgu. Adriana yang tshirt kelabu ada tulisan nama dia kat tshirt. Sepanjang aktiviti, memang bising betul mulut Cikgu Farah nak terangkan pada anak-anak murid warna bendera yang betul. Tapi yang mencabarnya, bila anak murid terlalu gembira bermain dgn watercolour. Cikgu cakap apa pun, tak berjaya.. sobsobss.. (sedih..) . Okay, sambung cerita tentang Adriana atau kat sini cikgu2 gelar Adriana "kak long kawasan". Bukan sebab Adriana ni suka buli orang ke apa . No.. Sebab Adriana ni ada satu aura yang luar biasa, cewaah... hehe. Kalau dalam kelas tu, ada kawan-kawan yang bergaduh manja ke, merajuk tak nak kawan lah apa lah.. diaorang akan mengadu kat Adriana.. dan Adriana mula memainkan peranannya sebagai "kak long" menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. hehee. Yang paling mencuit hati, Adriana sorang je yang berani keluar kelas untuk buat aduan kat Cikgu Diyanah (kelas sebelah je) , kalau aduan Adriana kat cikgu Farah tak dapat respond. hehe.. Kak Long.. Kak Long.. 

Hi kawan-kawan. Nama saya Adriana.. Ariesya Adriana.. Kak Long kawasan tau. Jangan main-main dengan saya. hehe

Sambung cerita tentang Adriana, lebih kurang beginilah dialong antara Cikgu Farah dan Adriana, 


Adriana: Cikgu.. (sambil berjalan menuju ke arah saya seusai membasuh tangan) .

Cikgu Farah: Ye Adriana.. 

Adriana: (Sambil melihat bendera di baju dan bendera yang telah siap di warna.) Bendera tu macam ni kan warna dia.. (tunjuk bendera kat baju sendiri) .

Cikgu Farah: Ye Adriana.. Dah banyak kali cikgu cakap. Adriana tak nak dengar.. sobsobss..

Adriana: Bendera tu salah kan cikgu (sambil mengalihkan lirik matanya memandang bendera yang diwarna bersama rakan-rakan..)

Cikgu Farah: Ye.. salah Adriana.. (Adriana buat muka sedih terus berlalu meninggalkan cikgu. Pergi main dengan kawan-kawan lain. hehe)


Kegigihan dan kesungguhan terserlah.. sangat. heheh

Cikgu Farah hanya mampu tersenyum melihat gelagat Adriana dan rakan-rakan. Alahai anak-anak murid.. macam-macam ragam ye.. Manalah cikgu-cikgu ni tak rasa terhibur melayan awak semua..Awak semua ni kelakar tau.. Aktiviti mewarna ni je dah ambil masa yang lama. Sebab tu cikgu pilih nak buat aktiviti ni. Cikgu nak anak2 murid cikgu terdedah dengan keadaan yang mcm ni. Bermain dengan watercolour walaupun comot-comot tangan baju semua., Kenal warna-warna bendera, berkongsi bersama rakan-rakan. Secara tak langsung,aktiviti sebegini dapat membina semangat kerjasama dan bekerja secara berpasukan dalam diri anak-anak.. 

Mudah-mudahan anak2 murid cikgu really enjoy the day and have fun together. Tak kisahlah apa yang terjadi dengan bendera cikgu tu. Asalkan awak semua happy.. Memori sebegini akan terus tersemat dalam diari kehidupan anak-anak dan insyaAllah bila tiba kemerdekaan tahun akan datang, mereka akan bercerita pengalaman mereka berarak sambil menyanyi lagu merdeka, pengalaman mereka melakukan aktiviti mewarna bersama rakan-rakan dan paling penting kenangan bersama antara mereka yang telah pun terukir indah dalam hati setiap anak-anak Al-Kindi.. InsyaAllah.. Gambar2 sepenuhnya boleh dilihat dalam entry cikgu Diyanah ye. 

Sampai di sini dulu untuk masa ni. Jumpa di entry seterusnya, insyaAllah. :)
Jom cuci-cuci mata kejab tengok gambar.. :) 



Hang Tuah dah pakai singlet je.. Panas.. hehe.. 





...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment