Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Monday 12 September 2016

Si Cilik Naik Haji : Labbaikallah (Part 2)

Assalamualaikum..

Cikgu Farah in the house. Alhamdulillah. Tengah-tengah raya ni kan, sempat cikgu Farah lari jab update blog. Hehe.. Kali ni cikgu Farah nak sambung cerita tentang apa pula aktiviti anak-anak murid cikgu. Baiklah, untuk hari pertama program Cilik Haji ni, anak-anak murid cikgu diberikan aktiviti mewarna dan menulis. Anak-anak 4 tahun ni memang suka mewarna. Nak tgk gelagat mereka sepanjang aktiviti? Jom kita tengok gambar. 😊









Selesai aktiviti menulis, cikgu sambung pulak dengan aktiviti mewarna. Part mewarna ni kalau yang perempuan, excited sangat. Warna warni. Kalau lelaki, tak ramai yang excited. Hehe.. terpaksalah cikgu "pujuk" anak-anak murid cikgu siapkan jugak dengan coklat. Hehe.. nampak je cikgu tunjuk coklat, semua excited nak siapkan. Hehe..












Cikgu.. penat... hehee.. bukan Anas je, yg lain pun. Hehe..










Day Two

Untuk hari kedua program, anak-anak murid diberikan aktiviti mewarna sekali lagi. Kali ni gambarnya lagi besar and majoriti anak-anak mengadu penat nak siapkan. Hehe.. alahai anak-anak.. macam-macam telatahnya.. hehee.. Nak bagitau anak-anak ni supaya warna gambar kaabah ikut warna yang betul, terpaksa cikgu amik replika kaabah yang kecil tu, nak bagi anak-anak jelas. Kalau tak, warna warnilah kaabah tu nanti. Hahaa. Jom kita tengok gambar mereka.. 






Cikgu.. penat... hehee.. letih benar mukanyaa tu..


Sempat merajuk diaorg bertiga ni.. hehehe.. 



Selepas aktiviti mewarna, barulah cikgu buat aktiviti tampal menampal. Nampaknya aktiviti yang ni, menarik minat anak-anak 4 tahun. Aktiviti yang ni tak adalah cikgu lepaskan anak-anak buat sendiri. Cikgu buat sama-sama dengan anak-anak. Panggil sorang-sorang datang depan. Aktiviti ni, anak-anak murid menampal rukun Islam. Cikgu menerangkan kepada anak-anak rukun Islam ada 5.. tapi cikgu tak tahulah anak-anak murid cikgu ni ingat lagi ke tak. Hehe..





















Disebabkan Adni masa mula-mula jadi role model untuk kekawan tengok macam mana aktiviti ni dilakukan, cikgu terlupa amik gambar..



Sekian sahaja aktiviti anak-anak 4 tahun sepanjang program cilik haji. Macam-macam ragamnya.. Tapi menghiburkan. Alhamdulillah, mudah-mudah sedikit sebanyak peroleh manfaat. insyaAllah Aamiin.. 


...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment