Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Friday 10 March 2017

Simple Art and Crafts: Bunny, Duck Roll Tissue

Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang penuh barakah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari jumaat kan hari penghulu segala hari. Banyak amalan-amalan sunat yang digalakkan. dan antara yang dipraktikkan di tadika adalah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Amboi, pejam celik pejam celik, dah hari Jumaat balik. Fuh.. Pantas sungguh masa berlalu.. Tak tersedar dik mata sebab terlalu asyik dengan murid-murid. So, macam mana hari anda hari ni? Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja. :)

Okaylah , hari ni cikgu Farah nak share art and crafts yang cikgu Farah pernah buat. Untuk hari ni punya art and crafts, nanti cikgu Farah akan update ye. Bulan lepas, antara koleksi art and crafts cikgu Farah ialah Bunny, duck roll tissue.



Waaaahhh.. Comelnyaa.. Colourfulnyaaa.. Walaupun ckg x kreatif mana tapi cikgu cubalah demi anak-anak murid ckg. Aktiviti ni pun senang je nak buat. Boleh guna roll tisu atau boleh je guna kertas warna. Disebabkan stok tisu roll ckg byk. Jadi ckg rasa, ada baiknya buat guna roll tisu. Keras sikitkan. Mounting board tu digunakan untuk bagi bunny and duck ckg stable utk duduk atau berdiri.

Kita mulakan dengan bahan-bahan utama.

Gam, gunting, pisau, kadboard ke namanya mounting board? Hehe.😅 , marker pen untuk tulis nama dan lukis-lukis , googly eyes, double sided sellotape and also roll tisuu..

Dah ada bahan-bahan ni semua? Jadi mudahlah untuk mulakan aktiviti art and crafts anda. Cara-caranya:

1. Potong roll tisu kepada 3 bahagian. Gunalah pembaris untuk ukur dan bahagikan atau pun nak senang, agak-agak je sizenya.

2. Potong jugak kadboard keras tu berbentuk segi empat sama/rectangle.

3. Setiap murid akan mendapat 2 bahagian roll tisu yang telah dipotong. Beri mereka pilihan untuk memilih warna yang mereka inginkan utk galakkan kanak-kanak agar mahir dalam membuat keputusan(decision making). Gamkan roll tisu tersebut dan minta anak-anak untuk gulungkan roll tisu di atas kertas warna. Sebagai tenaga pengajar, awak kena demo dulu kat mereka. Baru mereka akan faham.

4. Dahh siap gulung, awak kena tolong guntingkan kertas warna tu supaya cantik je ikut size roll tisu tu. Gunakan gama atau double sided sellotape untuk anak-anak tampal googly eyes mereka. Bagi yg memilih bunny, awak tolong buatkan telinga dan mulut. Bagi yang pilih duck, awak tolong buatkan tangan dia.. Senang je 😉

5.  Siap! Lakukan aktiviti bersama-sama..

Bolehlah gunakan marker pen tadi untuk tulis nama masing-masing. Senangkan? Simple je. Kat rumah pun boleh buat sama-sama. Sambil-sambil anak-anak pilih kertas warna, pilih googly eyes, mereka jugak dpt polish pengetahuan mereka tentang warna. Sambil-sambil tu jugak, bykkan komunikasi dgn anak-anak. Cthnya, duck tinggal kat mana. Bunny makan apa. Macam mana bunyinya.

Have fun guys! Jangan stress stress buat art and crafts sebab art and crafts itu sendiri aktiviti untuk kita release tension dan untuk anak-anak enjoy ikut kreativiti diaorang.






Dan sesungguhnya, art and crafts juga memerlukan pengorbanan. Baju terpotong masa potong kadboard. 😭



...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment