Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Saturday 25 March 2017

Lawatan Sambil Belajar ke UPSI

Assalamualaikum, hi readers. Apa khabar? Hari ni cikgu Farah nak kongsi cerita menarik tentang lawatan kami ke National Child Development Research Centre (NCDRC) , UPSI, Tanjong Malim, Perak. Objektif program ini adalah untuk

  • Melawat "state of d art" premis NCDRC yang dibina khas mengikut ergonomik kanak-kanak.
  • Mempelajari bagaimana pembelajaran melalui eksperimentasi dan pengalaman dapat merangsang minda kanak-kanak

Alhamdulillah kami di sini diberi kesempatan untuk menyertai lawatan ini. Seawal 2.30 pagi kami dah bangun dan bersiap-siap untuk ke Jabatan Pendidikan Unit Swasta Melaka memandangkan dalam tentatif memyatakan bas akan bertolak seawal 4.00 pagi. Alaahai mengantuknya tu.. Sampai je jabatan dalam pukul 3.40 pagi dan bas bertolak 4.++ pagi. Penantian satu penyeksaan okay. Dengan hujan renyai-renyai memang tak sabarlah ank naik bas dan tidur. heheh..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam, Alhamdulillah kami sampai awal dari jangkaan. Sementara menunggu program bermula jam 9.00am. Sepanjang program berlangsung, kami dibawa untuk melihat sendiri tadika dan taska di sana. Bagaimana pembelajaran berlangsung, suasana sekeliling tadika dan taska serta diberi peluang untuk melihat sendiri hasil kerja anak-anak di sana. Subhanallah.. Cantik sangat taska dan tadikanya. Rasa macam bukan kat Malaysialah! Superb awesome! 

Sedikit maklumat mengenai NCDRC bagi yang tertanya-tanya atau mungkin baru pertama kali dengar dan baru tahu tentang kewujudan tempat ni. 

NCDRC dibangunkan di UPSI sebagai sebuah pusat rujukan kebangsaan bagi menjalankan penyelidikan berkaitan perkembangan dan pembangunan kanak-kanak, penyelarasan isu-isu atau hal ehwal berkaitan kanak-kanak. Malaysia dalam pelbagai aspek.

NCDRC juga bertanggungjawab mewujudkan pangkalan data kanak-kanak Malaysia dengan kerjasama pihak kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara langsung dengan isu asuhan, kesihatan, kebajikan, pemakanan, perundangan, keselamatan dan pendidikan awal kanak-kanak. Kami diberi kesempatan untuk bersama dengan Pengarah NCDRC, Dr Sopia Md Yassin.

Antara yang dikongsi oleh Prof bersama kami. 
Perkongsian ilmu dari Prof. 
Saya suka mendengar setiap butir bicara yang dikatakan oleh Prof. dan sepanjang Prof berkongsi ilmu, gaya dan cara percakapan Prof mengingatkan saya dengan seorang penulis novel terkenal, kak Aina Emir. Walaupun jarak usia antara cikgu Paghah dan kak Aina sangat jauh namun tu bukan penghalang untuk kami menjalinkan persahabatan. Alhamdulillah sehingga kini persahabatan kami masih utuh..



"We want to create children who hunger for books.."(Prof Dr.Sopia)


Kanak-kanak sejak dari kecil harus dibiasakan dengan buku. Antara cadangan Prof dan telah diaplikasikan di NCDRC adalah Take Home Book Programme. Setiap anak-anak akan dibekalkan satu buku untuk bawak balik dan parents akan bacakan buku untuk anak-anak. Sama ada di sekolah mahupun di rumah, kita kena creates the culture. Parents pulak tengok perkembangan anak-anak dan rekod sama ada anak-anak boleh sebut atau tidak, lancar atau tidak..  (Parent's remark) . Kalau bagi anak-anak bawak balik buku untuk buat bacaan, pastikan ada tarikh dan parents ada ulas. Ini untuk memastikan ada kerjasama dari parents untuk sama-sama membantu anak-anak berjaya.

Selain itu, kata Prof lagi, lebih banyak bahasa didedahkan kepada kanak-kanak adalah lebih baik dan sekurang-kurangnya dua bahasa. Misal kata kita nak dedahkan anak dengan bahasa Inggeris, jangan hanya bercakap yang basic, cuba juga untuk bercakap seperti kita menuturkan bahasa ibunda kita. Itu lebih baik untuk perkembangan kanak-kanak.



Okay, berkenaan dengan Quality Learning in a Nature Rich Environment. Ianya terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Learning through project
2. Learning through play
3. Enrichment

Setiap hari, (kalau tak silap sayalah) , 15 minit ke 20 minit hendaklah diperuntukkan untuk Free Flow Play. Apa tu free flow play? Free Flow Play ni adalah aktiviti yang dipilih sendiri oleh anak anak tapi tetap guru kena ada banyak bahan. Biarkan mereka


Play with Imaginations and Creativities..


Pernah dengar tentang Bilik Snoezelen??? Kat bawah ni adalah Bilik Snoezelen. Bilik terapi untuk kanak-kanak di sini. Teruja sangat bila masuk sini. Baru tahu tentang kewujudan bilik macam ni. heh.. Apa kebaikan bilik ni? 
  • Lebih tenang menggalakkan pernafasan bertambah baik (Suasana yang santai, menenangkan) 
  • Menyediakan situasi yang ideal untuk pembangunan hubungan terapeutik dan rangsangan deria. 
  • Pakej terapi lengkap, menangani kedua-dua kecekapan motor kasar dan keperluan emosi, dengan matlamat menggerakkan setiap orang ke arah peringkat tertinggi yang mungkin berfungsi. 
  • Peluang untuk relaksasi, eksplorasi dan ekspresi diri.Sebagai aktiviti bagi anak yang mengalami masalah tingkah laku dan gangguna emosi. dan dapat membangunkan dan membina kepercayaaan dan keyakinan pada diri sendiri.





Seterusnya kami di bawa melawat tadika dan taska. memang rasa macam tak nak balik je. ehhehe. Memandangkan kami ramai, jadi dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan ke taska dan kami ke tadika. Kalau ramai-ramai nak pergi tempat yang sama nescaya berlaku kesesakan lalu lintas! haha.. Jom tengok gambar!


 




Baiklah, kalau kita tengok pada gambar, di sini no work book untuk anak-anak. Masing-masing dibekalkan dengan kertas A4 yang telah dilipat dua, dijadikan scrap book. Kenapa di NCDRC mereka tiada work book? Bila kita buat macam ni, lebih mudah untuk melihat tahap perkembangan kanak-kanak jadi guru akan lebih mudah untuk menilai prestasi anak-anak dari umur 4 tahun hingga 6 tahun. Apapun, dokumentasi tetap perlu. 

Dokumentasi sangat penting untuk prove perkembangan kanak-kanak dan guru sendiri boleh nampak. Mungkin bulan pertama, anak-anak masih belum boleh tulis huruf. Tapi berganjak ke bulan seterusnya, mereka dah mula menunjukkan perkembangan. Sebab itu support dokumen tu sangat penting untuk guru-guru.

Cikgu Ida. Alhamdulillah banyak perkongsian ilmu daripada tak tahu jadi tahu. 

 










 

Dewan makan untuk anak-anak di sini



Bilik memasak. Anak-anak jadi chef. hehe

Tenang dan nyaman je rasa..


Memandang banyak perkara yang saya masih perlu belajar, jadi perlulah banyakkan jugak bertanya dengan mereka yang lebih berpengalaman. terima kasih cikgu Ida 

Okaylah masa untuk balik! alhamdulillah pengalaman yang bermakna. Ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah cikgu akan kongsi dengan anak-anak di tadika. Wait and see okay! Setiap anak-anak dijadikan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai ibu bapa, kita harus kenal anak kita dengan lebih mendalam di mana kemahirannya dan kekurangannya. Jangan marah kalau anak-anak kita kurang dalam akademiknya, mungkin Allah beri dia kelebihan dan kemahiran dalam bidang lain. Setiap dari mereka berbeza-beza. Tak perlu samakan anak orang lain dengan anak kita. Mereka juga harus diberi ruang dan peluang untuk berkembang. Ibu bapa hanya perlu membimbing mereka agar tidak terkeluar dari landasan. :)

Dan penting juga untuk ibu bapa sedar, bahawa tugas mendidik ini tidak seharusnya diletakkan 100% atas bahu cikgu.. Ibu bapa juga perlu memberikan kerjasama memantau perkembangan anak-anak. Katakan dalam satu hari tu terlalu sibuk dengan urusan kerja, luangkanlah sedikit masa around 15 minutes to 30 minutes bersama anak-anak. Quality time together kerana pada hakikatnya, anak-anak lebih banyak masa dengan ibu bapa berbanding guru. Ibu bapa dan guru kena kerja bersama. Guru tak boleh kerja sorang-sorang..





...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment