Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Friday 3 March 2017

It's Friday ! Hooraa Hooreyy

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh barakah. Hari ni cikgu Farah pasti anak-anak murid dah tak sabar nak bercuti esok. Jangan kata anak murid, cikgu-cikgu pun excited tiap kali tiba hari Jumaat. hehe.. Ibu bapa yang tengah berfikir-fikir nak buat aktiviti apa dengan anak-anak, bolehlah cuba Simple Art and Crafts: Ikan Sepit Baju kat rumah tu. Sambil-sambil isi masa terluang.. Mudah je tau.


Sambil-sambil tu jugak, ada aktiviti menarik yang Cikgu Farah nak kongsikan hari ni. Aktiviti ni hanya menggunakan kertas latihan mewarna. pensel warna atau crayon ataupun watercolour dan pemada ( in case anak-anak guna pensel warna and nak padam kalau diaorg ni tersalah warna..) 

Nak tahu aktiviti apa? 

Teruskan lagi membaca ye. hehe.. 

Aktiviti ni highly recommended untuk ibu bapa di luar sana yang nak memberi pendedahan awal kepada anak-anak dalam usaha untuk mengenal nombor dan juga mengenal warna. Benda basic kan.. 3 tahun pun dah boleh cuba.. Banyak aktiviti yang boleh kita buat untuk kenalkan mereka dengan warna antaranya colour by number. Setiap worksheet yang diberikan mengandungi arahan. Contohnya nombor 1 hendaklah diwarnakan dengan warna merah. Nombor 2: Orange dan begitulah seterusnya.

Macam mana aktiviti dijalankan? Kita kenalkan anak-anak dulu dengan nombor dan warna. One by one.. Okay, katakan nombor 1. Tunjuk Cikgu Farah mana nombor 1? Okay good.. Nombor 1 kena warna dengan warna merah.. Merah dalam bahasa Inggeris red. dan begitulah seterusnya mengikut kreativiti cikgulah ye. Ni contoh je hehe.. nak murid Cikgu Farah ada yang kenal bahasa Inggeris tapi bahasa Malaysianya tak tahu pulak apa dia. hehe.. tu yang kena sebut dua-dua baru diaorang tahu.








Amazing ! Menarikkan? Alhamdulillah anak-anak dah mula ada improvement kenal warna. Dah tahu dah mana satu biru, hijau, kuning, oren, merah. Nombor 1 hingga 5 pun dah bolehlah kuasai. Majoritinya yes. Berjaya.. 

Slow progress is better than NO progress.

Jom kita tengok gambar sepanjang aktiviti dijalankan :)














Sekian sahaja cerita kita hari ni. Next entry kita berkongsi lagi cerita lain ye.. Moga sentiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kesabaran yang sangat tinggi menghadapi karenah manusia sekeliling.. Aaamiin..

...Ceritera Cikgu Farah...


hahahaha.. tapi esok cikgu farah masih bekerja ye. Jangan lupa masih ada kekosongan kelas untuk program Intensif Membaca.

No comments:

Post a Comment