Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Saturday 22 April 2017

Fashion Show!

Assalamualaikum dan selamat pagi to all readers! Almost 2 weeks cikgu Paghah tak menulis kat blog ni. Al maklumlah, semenjak dua menjak tiga menjak ni, (banyak pulak dia punya menjak, hehe) , kami di Al Kindi agak busy dengan aktiviti di tadika dan yang paling menariknya, minggu ni kami adakan khas untuk anak-anak Al-Kindi sempena dengan tema pakaian dan aksesori, Al Kindi Kids  Fashion Show !



Fashion Show kami bertemakan: Pakaian Tradisional Kaum di Malaysia. 
Objektif kami mengadakan Fashion Show ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak di Al Kindi tentang kepelbagaian kaum dan budaya yang ada di Malaysia. Walaupun mereka masih kecil, kita didik sedikit demi sedikit. InsyaAllah bila dah meningkat dewasa, tahap pemikiran dan pemahaman semakin tinggi, automatik mereka akan faham sendiri dan paling best, anak-anak Al Kindi akan mengimbau semula kenangan mereka meperagakan pakaian masing-masing sewaktu usia mereka 4 tahun - 6 tahun.


Alhamdulillah, syukur .. Majlis berjalan dengan lancar. Sambutan masyaAllah.. sungguh luar biasa! Masing-masing cantik handsome bergaya dengan pakaian tradisional masing-masing. Macam-macam kaum ada.. Ibu bapa pun ada turut serta menyertai event kami. Maaf kalau ada kekurangan dari pihak kami. 

Alamak! Banyak pulak cikgu Paghah ni pot pet pot pet. Jomlah kita tengok gambar sepanjang majlis berlangsung semalam! Cikgu Paghah tak tipu tau. Memang meriah sangat! Siap ada persembahan Bollywood dari anak-anak Al Kindi. memang mengimbau kenangan sungguhlah! Kali ni memang ramai muka baru dan mereka semua berlatih sendiri dengan kawan-kawan! Sekejab je dah dapat steps! Subhanallah.. hebat sunggu anak-anak Al Kindi ni! 


Sesungguhnya mengambil masa yang sangat lama untuk cikgu Paghah nak tarik perhatian anak-anak murid cikgu ni amik gambar. Tapi tak apalah. 4 tahun kan.. Inas is missing. Tak hadir.. 


 


Terkejut cikgu tengok piya semalam. Memang nampak mcm indian sangat! Baju cantik! Boleh menari dah ni. ehhe


Amboi kak long.. garangnya muka.. hehe
Amboi skirt dia kembangnya. Cantik !
Amoi mari.. berpayung, cantik!
Anggun berkebaya Balqis nama diberi. :)

 
fuh baju Ammar.. kalah Shah Rukh Khan ni! hehehe


Macam nak menari zapin dah masing-masing yang berbaju melayu ni. ehhe. Boleh tubuhkan team zapin Al Kindi. hehe


 


Yaqzan! memang nampak macam apek apek sangat. Kalau orang tak tahu, mesti ingat yaqzan ni cina.. Yelah.. nama pun ada mixed chinese kan. heheh

Cehhh.. kemain sangat adik beradik dua orang ni tau. Pandai posing
Alololo.. Baju awak cantik sangat macam kareena kapoor! 
Cikgu rasa macam ada dekat sabah sarawak. heheh Kreatif mama eefa gayakan eefa guna barang apa yang ada.


 

 

 

Pakaian mewakili kaum yang ada di Malaysia. Cikgu bagi contoh satu satu untuk semua tengok. ehhe..









 






Arissa muka macam tu sebabnya sebelum tu dia menangis.. takut belon meletop lagi. hehe



Macam macam ragam.. hehe
Ajak sorang sorang selfie. nak berkumpul sesama, macam macam ragam. ehhehe




Sesi penyampaian hadiah untuk kanak-kanak yang terpilih. Memandangkan hadiah cikgu limited je.. Ada yang cikgu akan bagi naik cuti nanti ye sayang.. Tapi tak dapatlah nak bergambar macam kawan-kawan awak ni.. Tecer Paghah heartbroken sangat! sobsobsss..


 

 


 Lagi sorang pememnang dah balik. hehe.. Piyaa..


Dan Pemenang keseluruhan untuk pakaian terbaik.. dimenangi oleh Arisya Adriana! 


 

Tahniah semua! Sebenarnya cikgu bagi hadiah ni untuk suka suka je. Semua yang datang semalam semuanya yang terbaik di mata cikgu. Semuanya hebat-hebat. Cantik-cantik sangat.. Cikgu nak happykan semua orang tapi cikgu manusia biasa. Kadang-kadang khilaf.. Cikgu tak berniat nak hampakan hati anak-anak Al Kindi.. dan cikgu takut sangat kalau itu terjadi. Kalau boleh cikgu taknak hampakan hati awak semua. Maafkan cikgu.. :'(


...Ceritera Cikgu Farah...

2 comments: