Assalamualaikum ya habibullah sekaliannn (:
Semoga sentiasa sihat dan berada di bawah jagaan Allah (:
Okay, hari ini, pada tanggal 8 September 2016, Tadika Al Kindi telah mengadakan Simulasi Haji Cilik, iaitu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang ibadah-ibadah Haji.. Walaupun mereka masih kecil, tapi mereka juga perlu diberi pendedahan dan pengalaman tentang Haji ini. Selalunyaa kursus Haji ini untuk golongan dewasa, namun dengan mengekalkan konsep yang sama, cuma cara penyampaian maklumat yang diolah supaya sesuai untuk kanak-kanak.
Selepas aktiviti kemerdekaan, kini Al Kindi mengadakan pula SIMULASI HAJI CILIK 2016.
mereka bertalbiyah ^^
Selepaas bertalbiyah, saya menunjukkan cara memakai ihram bagi lelaki, dan modelnya adalah Dawood :D
Tapi disebabkan kena buka baju, Dawood menangis, malu katanyaa ><' tapi mujur sekejap, lepas tu macho balik dah (:
Wajah suci Haji Asyraf ^^
Haji Raziq maluuuu...
Bersedia untuk tawaf
hajah-hajah ^^
Hajah Rania sedih nak tinggalkan family..hmm
Hajah Adni..Bersendirian sebelum berangkat..huhu
Jemaah haji yang paling tua rasanya..huhuhuhu
Hajah Syasya..nampak tenang..
haji Asyraf..gembira untuk menunaikan haji.
Hajah Adrianna..kak long dah insaf..huhu
Hajah yang paling kecik..hihi
Sahabat..
Hajah Balqis...Sesuci embun pagii..
Haji Amsyar..
Bersahabat laa dengan orang yang membawamu ke jalan Allah..
Okay, setelah semua siap dengan pakaian ihram masing-masing, semua berada dalam keadaan yang sangat gembira.. Berlari-lari sampai tercabut ihram, *adehhhh~~
Cikgu pun menunjukkan dahulu cara membuat pusingan tawaf, kemudian barulah murid membuatnyaa..
ini adalah model Kaabah kami, hanya kotak yang dibalut kertas hitam saja (:
mereka sedang bertawaf..lengkap 7 pusingan..huhuhu
Dan, di bawah ini pula video mereka melontar Jamrah..Cikgu lambat rekod, ini dah saat-saat akhir ni..huhu
Takbirrr....!!
Selesai mengerjakan ibadah-ibadah wajib haji, anak-anak semua keletihan..Panas katanya..hihihihi..
Selesai, mereka semua masuk ke dalam tadika..Makan pagi, dan selepas makan pagi, disambung lagi dengan aktiviti 'indoor' pulak..
Membuat "Hajj Map". Murid membuat "Hajj Map" secara berkumpulan. Ini sebagai ulangkaji semula tentang ibadah-ibadah haji yang mereka telah lakukan.
kumpulan satu
kumpulan dua
kumpulan tiga.
Untuk simulasi haji di Tadika Al Kindi ini, setiap murid mendapat modul. Dalam modul terdebut, terdapat beberapa aktiviti..Tapi, berbeza untuk setiap umur. 4,5,6 tahun berbeza modul. Habis aktiviti 'outdoor', murid masuk ke kelas masing-mmasing dan meneruskan Simulasi Haji dengan modul masing-masing dengan bimbingan guru.
modul 6 tahun.
antara kandungannya..
antara kandungannya.
Untuk 4tahun, isi kandungannya lebih ringan, namun input masih sama..begitu juga dengan 5tahun..
Esok, InsyaAllah akan habis modul ini, dan murid akan membawa pulang untuk dikongsi bersama ibubapa ^^
Sorotan.....
termenung rindukan ibu ayah :(
sedih bercampur hiba..jemaah terkandas, tak dapat melakukan ibadah-ibadah haji. Terlepas flight katanya..
Takpe, tahun depan masih ada..
menunggu dan terus menunggu..the little haji and hajah (:
tak bertahallul lagi ni, itu yang rambut panjang lagi ><
Pe khabar hajahh...
"ehhh Haji Anas,, tag haji terbalik ni..mehh saya betulkan"
- Haji Amsyar.
Penuh dengan semangat.!
Amboi Hajah Mia, Hajah Nina, comey nau posingnya..hehehe
Mendengar taklimat sebelum tawaf.
Wajah bahagia..
"tepi sikit laa ji, nak bergambo jugak" - Haji Anas.
Berehat sebentar..Say cheese (:
Maka, sekian sahaja setakat ini, ada masa, ada ruang, ada rezeki jumpa lagi next entry. Teacher Diyanah jetlag ni..Nak pergi berehat kejap, huhuhu
Bye, Assalamualaikum ^^
>By Teacher Diyanah<
No comments:
Post a Comment