Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Tuesday, 25 October 2016

Happy Anniversary...


Assalamualaikum semua...Lama rasanyaa tak bercerita dalam blog ni..huhuhu
Sedar tak sedar kan, saya, Teacher Diyanah dan setahun berkhidmat di Al Kindi ni..wuhuuuu ~~~
Since 22 Oktober 2015 until 22 Oktober 2016..
Ya, walaupun pada sesetengah orang setahun ni boleh dianggap macam terlalu muda lagi, tapi bagi saya ia dikira macam satu ruang yg sangat luas pada saya. Dalam tempoh setahun ni, saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar dulu, walaupun tidak sepenuhnya, tapi hari-hari saya belajar perkara baru daripada murid yang berbeza..Gittuu..

Memula rasa macam tak percaya jer..hihihi.. Tapi bila ingat balik, senyum sensorang jer..Macam-macam hal, macam juga saya belajar. setiap moments saya, dari awal hingga sekarang saya ingat lagi..Hmmm..

Saya apply Tadika Al Kindi ni masa saya dalam praktikal lagi..Gigih laa masa tu..Orang sibuk praktikal, saya sibuk cari kerja kosong di merata tadika..Saya jumpa Tadika Al-Kindi (TAK) ni pun melalui carian Google..Sesaje jelaa masa tu taip "tadika Melaka", dan TAK ni antara senarai yang keluar dalam carian saya tuu.. Waktu praktikal lagi saya dah start gigih emailkan resume saya kat bermacam-macam tadika..Saya ingat lagi, masa tu saya mengharapkan kat satu tadika ni, tapi di Johor. Since saya baca background tadika tu, saya rasa macam nak sangat ke sana, jadi teacher kat sana. Biasa la kan, kita hantar resume banyak-banyak, yang akan responnya hanya beberapa saja..Masa tu tadika yang saya nak sangat tu, tak respon apa-apa..huuuu, sadis~
Tapi untuk TAK ni, saya Whatsapp terus kepada majikannya. Direspon, dan diberitahu ada kerja kosong,huhuhuhu... Tapi disebabkan saya masih praktikal lagi, saya hold dahulu.

Habis saya praktikal, majikan TAK ni panggil saya untuk interview. Jadi, saya datanglahh..Ingat lagi masa tu saya datang pakai jubah ungu..wuuuu ~~~
Sampai petang, masa tu students tengah tidur, dan saya disambut oleh cikgu disitu (Cikgu Suria). Sementara nak tunggu majikan (Puan Zakiah & Puan Saadiah) say berbual laa dengan Cikgu Suria ni..Masa tu ada pulak students nak ke toilet dan mereka aka speaking (teacher, may I go to the toilet?) Dalam hati saya masatu, uuuuuu, speaking bakhanggg! *hahahahaha
Pumpang..pumpang..pumpang.. Saya pun di'interview' oleh majikan saya. 
Soalan interview?? Mesti laa ingat lagi...hahahaha.. Tapi banyakkkk, jenuh pulak nak cerita ^^

Beberapa hari lepastuu, saya dapat tawaran bekerja di Tadika Al Kindi dan tempat tinggal disediakan..wuuhuuu~~ *Alhamdulillah
Tadika yang lain??? Diam saja, tak respon pun walaupun saya ada call, ada whatsapp..huhhuhu..Fikir masa tu, takpelahh..Allah nak letak saya di Melaka pulak..Dah puas dahh merantau negeri orang..
Maka, saya pun mula bekerja pada tarikh 22 Oktober 2015..!
Masa tuu datang naik teksi je, gandah-gandeh dengan baju laa iron laa apa laa semua tuu.. Disebabkan ayah saya kerja, jadinya saya sendiri yang suka rela nak naik teksi tu semua.. Selamat sampai tadika, maka bermulalahh sebagai cikgu..Yes im a OFFICIALLY TEACHER ^^
Dan saya dapat kelas 6 tahun, kekal hingga hari ini.

Pada malam pertama saya tidur di tadika, okay...Ini ada agak sadis... Saya boleh pulak taktahu kat mana suis dapur, dah sudahnyaa bergelap malam tu ! Makan dalam bilik, gara-gara cari suis lampu dapur tak jumpa, walhal belakang almari jer..kahkahkah >< 
Gigih sental baju baju malam-malam, walhal mesin basuh elok terletak kat dapur tu..what the -_-
Okay, tu dulu, sekarang dah pandai ;p
Setahun saya mengajar di sini, maka setahun juga lah saya tinggal di tadika ini..Ada juga yang tanya, tak takut ke?? huhuhu.. Saya hanya mampu senyum dengan barisan gigi arnab :D

Daripada saya taktahu, saya belajar hingga tahu.. Daripada buat satu kerja, kini saya dah buat tiga kerja ;p . Jadi cikgu, buka kelas mengaji dannn penjual ais krim yang berjaya! hehehehe...
Dan selepas beberapa hari saya kerja di tadika ini, satu hari tu saya dapat call dari Tadika yang saya impikan dulu, panggil saya untuk interview..Masa tu rasa macam dah tawar hati, merajuk ! *ecehh ecehh.. Taklaa, masa tu saya fikir, sokay laa, saya dah mula kerja di sini, takkan nak berhenti tetiba pula..Jadinya, saya tolak tawaran tadika Johor, da teruskan dengan Tadika Al Kindi..Hidup Melaka!
hahahaha,..

Macam tu laa kisah saya, ingat nak cakap sikt, alih-alih dah terpanjang pulak..huhuhu..
Dulu tak reti sangat ni nak berborak dengan parents, sekarang Alhamdulillah.. Boleh dah la join mesyuarat tingkap petang-petang kat taman ni ;p 
Nak beli ayam pun, pergi beli dengan jiran..Dah laa membeli ayam, siap minta daun pandan lagi..kahkahkah >< .. Petang-petang pun kalau rajin, saya akan jogging.. Pusing taman, suka tengok rumah kat taman-taman nii..Cantik belaka.. Balik jogging bermain dengan anak-anak jiran a.k.a murid saya juga..Tapi ada juga anak-anak jiran yang lain, kalau mereka nampak saya, mereka pun dah kenal..Pakat laa panggil "teacherr..teacherr..!" huhuhu...Rasa macam femes, macam Queen.! hihhihihhi ;p

Ohh yaa, ada beberapa parents juga ingat saya ni asal Kelantan..Tidak, saya asal Melaka, cuma lahir je tumpang negeri Johor ;p Membesar dengan jayanya di Melaka.! Saya hanya belajar saja di Kelantan.. Kawe makey budu, tapi lidoh pekat belacey lagi ;p Oyak Klate tu bulehh tapi ghupo siey (siam) huhuuhuhu..

Okay laa, saya rasa begitulahh kisah perjalanan saya, yang masih belajar bertatih ini..
Terima kasih juga kepada Puan Zakiah & Puan Saadiah sebab ambil saya bekerja masa itu, walaupun saya dengan students sama besar je *sobbs sobbs T_T
Disini lahh, saya belajar banyak perkara, di sinilah saya belajar betapa ikhlasnya sayang kanak-kanak itu, disinilah saya belejar untuk menyayangi tanpa balasan. 
Mereka menangis, kita memujuk, mereka ketawa, kita pun ketawa, mereka silap, kita tegur/marahkan. Tapi dimarah macam mana pun, datang juga memeluk, meluah sayang..Fuhhh~~ Touching bakhangg..

Sekian,
>By Teacher Diyanah<

Sunday, 16 October 2016

Berkursus di Skudai Johor

Assalamualaikum..

Hi readers. Apa khabar? Lama sungguh rasanya tak menulis di sini. Baiklah, malam ni tak ada apa sangat nak diceritakan. Sekadar nak panas-panas enjin untuk menulis bulan ni pulakkan. So, hari ni Cikgu Farah nak kongsi gambar-gambar masa kursus kat Skudai sebelum ni. Kursus bahasa Inggeris with Coach Ridz and Coach Sha. Throwback. Hehe..


Demi anak-anak murid tercinta kan, in order to improve our English, gagahkan juga ke sini.. So hari Jumaat petang lepas anak-anak tadika dah tidur, kami mula berangkat ke Melaka Sentral. Perjalanan selama lebih kurang 3 jam menaiki bas terasa sangat lama.. Dah lama tak naik bas travel jauh-jauh.. Masa zaman-zaman belajar dulu, yela.. Memang muka naik bas je. Memandangkan bas akan berhenti di Larkin, kami minta utk diturunkan di Bus stop sri putri skudai. Sampai situ, tanya orang2 sekitar nak cari hotel pulak. Alhamdulillah Allah permudahkan. Menapak lah berjemaah melintas jalan untuk ke hotel. Dan Alhamdulillah kawasan hotel dgn tempat berkhusus dekat sangat. Ingatkan jauh sbb tanya orang, kemainlah dia explain sana sini. Mcm jauh sangat. Aduihh..

So, keesokkan harinya, mulalah khusus.. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Dah lama sangat bertangguh nak post, cikgu farah terlupaa. Hehe.. Sebelum kita layan gambar sepanjang aktiviti berlangsung, dalam kita nak mahir bahasa Inggeris ni, kita kena banyak tanya. Ask, ask and ask. Jangan malu bertanya. There is no such a stupid question for those who don't know. Then, biasakan diri untuk bercakap dalam bahasa Ingeris. Make new friends. Tapi biasalah, kita dibesarkan dalam suasana yang mana bila kita cuba cakap Inggeris, akan ada pihak yang cuba menjatuhkan. Sbb tu kita jadi tak confident nak speaking.

Tengok bangsa lain, bila dia speaking.. Tak kisahlah grammar ke apa semua terabur ke laut. Diaorg tetap speaking as long as apa yang diaorg nak sampaikan tu difahami oleh pihak yang mendengar. Jadinya bila hari-hari diaorg speaking, English pun improve. Kena rajin membaca article2 atau buku2 dalam bahasa Inggeris. Dengar lagu, tengok liriknya sekali. Kalau baca buku, cuba duduk kat dlm bilik then say it out loud. Tak pun, record suara kita nyanyi dlm bahasa Inggeris then dengar balik. Macam-macam tips perkongsian sepanjang kursus. InsyaAllah kalau ingat, cikgu Farah kongsi lagi ye. Kena refer notes balik. Hehe..

So jomlah kita tengok gambar-gambar sepanjang program. (Tak sempat nak amik gmbr guna phone sendiri sebab sibuk dengan aktiviti2 program. Jadi gambar-gambar ni di ambil dari pihak urus setia program.








































Thursday, 13 October 2016

Happy Teacher Day !



Assalamualaikum semuaaaaa...
Lama rasanya Teacher Diyanah tak menulis kat blog ni.huhu
Sibuk ? hmmm..Maybe juga.. Sebab sekarang Teacher Diyanah dah adakan kelas mengaji waktu petang dan malam. Tambahan pula sibuk buat ais krim...hihihi..
Jadi, ada masa terluang ni rasa macam nak berceloteh kat blog :D

Okay, masa duduk-duduk, tetiba saya teringat moment masa hari guru masa bulan Mei hari tuu..Best ?? Semestinya best dan sangat meriahhh..hihihi


Ni antara hadiah yang saya dapat, sebenarnya ada lagi, cuma tak dan nak selitkan dalam gambar je..hihi.. Banyak memang banyak sangat, dan macam macam saya dan cikgu yang lain dapat.. Dapat coklat (memang jam tu juga lah makannya hahahaha :p)
dapat lipstick (terus pakai pergi jenjalan ;p)
dapat shawl (melaram laa pakai kat tadika..feeling havoc sikit huhu ;p)
dan saya juga ada dapat papan landas, papan potong2 sayur tuu..dan saya rasa insaf..Sebab saya tak terror pun masak memasak ni, bila dapat hadiah ni saya rasa saya perlu berjuang untuk pandai memasak berbekalkan semangat anak murid saya pada papan landas ini !! *berkobar-kobar penuh api membara* hahahahaha..
Pastu ada juga dapat purse, boleh buat duit selit macam majikan saya selalu buat..hiihhihi..
Banyak sangat dapat, dan tak tercerita nanti rasanya..hahaha

Waktu pagi, murid datang seprti biasa..Cuma bezanya mereka datang penuh ceria dengan hadiah di tangan.. Excited bagi pada cikgu, dan ada yang siap beritahu sekali apa yang terkandung dalam hadiah tu..hahaha :D
Aktiviti dimulakan dengan menyanyi ramai-ramai..Macam macam lagu nyanyi, tapi malangnya, tak record pula ^^ *Ishhh rugi
Lepas menyanyi, bermulalah aktiviti..Kami mulakan dengan aktiviti indoor dahulu..

GAME 1
Game pertama adalah game murid menyolek guru..Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan..
Kumpulan 1, akan solekkan cikgu Diyana, kumpulan 2 akan solekkan cikgu Ain dan kumpulan 3 akan solekkan cikgu Habirah. Maka bermulalah sesi solek-menyolek..


muka suci sebelum disolekkan.


dan saya rasa saya cantikk sangat :D


siapa kata lelaki takde bakat menyolek?? Raziq telah membuktikan :p
mula kemain kata taktahu make-up, tapi bila tanya tahu aje function setiap make up..hahaha



GAME 2
Pertandingan makan tembikai..hihi.. Ni antara cikgu saja..Setiap cikgu ada penyokong dia, jadinya bila pertandingan ni berlangsung, bukan cikgu yang makan, murid yang tolong perabih kan kahkahkah :D.. Jadi nya siapa pemenang?? Takde siapa yang menang.! ihihihi


GAME 3
Game ketiga ini kami lakukan selepas makan pagi. Ini game Outdoor..Game cari gula dalam tepung..Agak ralat sebab tak record aktiviti masa hari tu..huhuu.. Masa game ni dilakukan, habis comot muka masing-masing..hihi..comel je semua..Ada juga yang kenakan cikgu..Datang dekat-dekat, ingatkan kenapa, tetiba dia lemparkan tepung..hahahaha..Comot sama-sama.. ^^
Game seterusnya, game passing-water.. Setiap orang diberikan cawan, dan air diisi dalam cawan orang pertama, dan mereka dikehendaki untuk serahkan air k dalam cawannya ke cawan kawan yang lain..Kumpulan siapa yang mempunyai kuantiti air yang banyak dikira sebagai pemenang..


Hero dan heroin kela s cikgu Diyana


kelas cikgu Habira


Cikgu ain da anak-anak





Sekian saja dari cikgu Diyanah. *senyum*
Assalamualaikum...