Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Tuesday, 10 January 2017

Welcome 2017 ! yeayy..


Assalamualaikum semua.
Lama rasanya Teacher Diyana tak bercerita dalam blog tadika ni :D

Diam tak diam,  dah masuk tahun 2017.! Masuk tahun baru, maka students nyaa juga yang baru.. hehehe
Jika dahulu kelas 6tahun hanya 4orang murid saja, tahun ni lain pula. Murid 6 tahun kali ini seramai 6 orang...naik dua angka, yeayyy jugak lahh tu. hahaha

Ohhh yaa, kepada pembaca/ibubapa baru, suka saya nak kenalkan diri saya..ihikk.. Saya, Teacher Diyana, merangkap Teacher untuk kelas 6 tahun. Saya yang mana ? Cikgu yang paling pendek tuu, saya lahh tu.. hehehehe..

Masuk minggu ke-2 ni, murid dah pun mula masuk ke kelas masing-masing. 4tahun bersama Cikgu Farah, 5 tahun bersama Cikgu Habirah, dan 6 tahun bersama saya, Cikgu Diyana. Dah masuk kelas ini, maka cikgu akan ambil peluang untuk mengenali setiap murid dengan lebih dekat lagi. Menganalisa kelebihan dan kelemahan murid supaya guru dapat bersedia awal dengan kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan kepada murid. Berbalik kepada kelas saya, kelas 6 tahun, hari ini saya pun mula menjalankan sedikit aktiviti 'pemanasan badan' untuk melihat sejauh mana tahap pembelajaran students saya. Dan masa ini jugalah untuk saya berborak-borak dengan students saya. Macam-macam kami borakkan.Ada yang nampak pemalu, tapi bila buka satu topik, haaa, MasyaAllah...Dia punya excited nak bercerita tuu, cikgu tak sempat nak gelak, dia dah gelak berdekah dulu. Cerita tah habis lagi, dia dah gelak dahh..hahahah adeyhh~

Berbeza dengan tahun lepas, students saya 4orang yakni 3lelaki dan seorang perempuan. Ibarat dia, sekuntum bunga, dikelilingi dengan 3 ekor kumbang..hahahaa..
Tahun ni pula, 5 orang perempuan dan seorang saja lelaki. Ibaratnya pula, 5 kuntum bunga dan seekor kumbang..hahahaa..
Mereka adalah, Puteri, Waafiya, Kaisa, Damia, Hawa dan Amar.

Cerita di dalam kelas tadi,
Disebabkan Ammar sorang saja lelaki maka dia pun cakap;
"hmmm, saya sorang je lelaki..yang lain semua perempuan..hmmm..macam mana ni..saya nak pilih siapa nak kahwin dengan saya? Ramai sangat perempuan ni..yang tu ke, yang tu ke, yang tu..??"
Dan cikgu pun, Allah...tepuk dahi ginii..haahaha.. Jauh bebenor fikirnya.! :D

Selepas itu, saya pun mengadakan art and craft activities dengan merekka. So, aktiviti kita hari ni, membuat crown.! Suka laa mereka, siap je tu, masing-masing feeling princess dan king.! King yang dikelilingi dengan princess-princess yang comey comey gituu..

AL-FARABI 2017

Adlana Waafiyah

seekor kumbang, Ammar Syidqi

Amni Damia

Hawa Marissa

Puteri Arysyafakila

Izz Kaisa








Okaylaa..sekian saja, Assalamualaikum.

>By Teacher Diyana<