Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Thursday, 14 December 2017

Part 1: Hari Anugerah dan Majlis Ramah Mesra 2017

Assalamualaikum semua!

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, saya nak bercerita tentang persiapan Hari Anugerah Al Kindi 2017. Seperti tahun-tahun sebelum, kami para guru akan sibuk dengan persiapan untuk persembahan murid. Bahkan anak-anak pun rasa teruja dan tak sabar untuk melakukan persembahan.

Kalau cikgu Farah sendiri, sejujurnya dari awal tahun cikgu dah plan berkenaan dengan persembahan murid. Dah mula survey-survey lagu.. tarian.. dan lain-lain. Idea cikgu ni bukan boleh dijangka, waktu dia datang kena cepat-cepat draft . Tapi idea ni jadi makin membuak-buak nak keluar bila nak masuk perayaan. Time tu memang rasa dah suntuk sangat padahal baru bulan 7. Alahai overnya! haha..


Tahun ni kami persembahkan 7 persembahan untuk ibu bapa dan tetamu yang hadir. Khas dari anak-anak Al Kindi. Bak kata Guru Besar Al Kindi, percubaan berani mati. ehheeh.. Bagi cikgu secara peribadi, cikgu tak rasa mcm banyak persembahan. Cikgu still rasa mcm persembahan tak cukup. Siap dah draft dialog untuk tambah persembahan. Idea tu macam-macam nak buat tapi takut budak pulak terlebih penat nanti nak buat semuanya. Persembahan dari Al Kindi Kids tahun ni adalah:

1. Hafazan
2. Qasidah Ya Hanana
3. Nyanyian berkumpulan Ainul Mardhiah
4. Bicara Berirama
5. Nyanyian berkumpulan Di Sana Cinta Di Sini Rindu
6. Tarian Zapin + Joget Berhibur
7. Tarian Bollywood beramai-ramai

Bila dah buat senarai macam ni barulah cikgu paghah perasan, uuuuuuiiii banyak rupanya persembahan. Tapi kenapa diaorang nampak macam tak penat je? Makin excited nak naik pentas adalah. ehhe.. Terkejut cikgu. Yang jarang join training pun bila dah naik pentas dia boleh ingat steps. Amazinggg !!! Bukan mudah sebenarnya kita nak ajar budak-budak ni. Apa yang penting, cikgu kena meletakkan keyakinan dalam diri kita boleh buat. Nothing Impossible. Kena percaya anak murid dan praktis setiap hari. You never know if you dont try. 


Cikgu Paghah pulak kadang-kadang over. Semuanya cikgu yakin boleh buat. Tapi keyakinan cikgu tu membuahkan hasil bila lihat anak-anak naik atas pentas dan mampu berikan yang terbaik untuk semua. Rasa nak nangis tengok masing-masing all out buat persembahan. Setiap anak-anak ada potensi masing-masing dan makin digilap makin bersinar. Alhamdulillah..

Anak-anak Al Kindi dah mula berlatih untuk persembahan ni seawal September. Ramai yang cakap masih awal lagi , cikgu je over. Tapi masa start bulan 9 tu pun bila cikgu tengok weeks left jadi kecut perut. Rasa macam tak sempat. Alahai.. Sebulan sebelum tu mula tengok macam-macam jenis bicara berirama, tarian, lagu sebab nk get the ideas. Bos pun sama membantu share video yang berkaitan. Setiap petang atau ada masa terluang, terperap jelah kat opis. Main handphone pun dok tgk video-video yang related. 


 Bulan 9 kami mula dengan Bicara berirama dan tarian. Qasidah ya Hanana anak-anak Al Kindi dah terer dah sebab awalnya kami plan nk buat persembahan Qasidah masa jamuan hari raya. Tapi memandangkan  jamu hari raya kami ada persembahan lain, kami bawa Qasidah ni untuk konvokesyen nanti.  Macam mana train untuk bicara berirama? Setiap hari kami bagi diaorang line by line. Dah kuasai dah ingat dah hafal barulah tambah yang baru. Sambil hafal dialog sambil buat gaya sekali. Berulang-ulangkali sebab budak-budak kecil ni kan kena diingatkan berulangkali. 

Sama juga macam kita yang dah besar ni. Hari-hari nak kena ingatkan kalau tak lupa. Kalau nak skip latihan tu, jangan terlalu lama takut nanti diaorang lupa teruih . ehhe.. Sebelum kami mula latihan bicara beirama, kami bagi tengok dulu video persembahan sekolah sekolah lain yang berkaintan dengan bicara berirama. Bila anak-anak dah biasa tengok, dah faham cerita. Bila kita buat, automatik diaorang akan cakap "ni macam dalam tv tu kan? mcm ni kan mcm tu kan" . 


Cikgu Paghah sentiasa percaya kalau kita nak anak-anak tu mudah belajar dengan kita, kita kena ambil hati dia dulu. Bila dia dah jatuh hati dengan kita, mudah je dia nak fokus apa yang kita ajar. Mudah je nak tiru gaya kita dan semakin mudah nak dengar apa yang kita cakap. Sama macam cikgu masa sekolah dulu. Cikgu adore sangat dengan cikgu cikgu ni. Jadi setiap subjek cikgu tu mesti cikgu nak skor. ehhee.. Tapi masa sekolah dulu cikgu lebih minat subjek membaca macam pendidikan Islam, Sejarah dan Bahasa Melayu. Ni subjek yang paling favret. Conclusionnya cikgu memainkan peranan yang sangat besar. 

Kalau boleh sebagai guru jangan skip walau seorang pun anak-anak. Semua mesti participate. Mesti at least kena bercakap walaupun sikit. Supaya masing-masing dapat merasa. Masing-masing dapat tunjuk bakat masing-masing. Alhamdulillah walaupun mula-mula memang payah nak dapatkan komitment mereka sebab diaorang rasa malu.. Tapi hari-hari training, cikgu pun dah jadi macam budak-budak. Salah gelak sama-sama. Cikgu salah memang kena tegurlah anak murid. 

Macam-macam suka duka lalui bersama. Ni baru part 1. Part 2 nanti cikgu letak gambar banyak-banyak ye. Jumpa di entry berikutnya . 


...CeriteraFarraMiera...

Monday, 4 December 2017

Suka Suki Kami !

Assalamualaikum..

Cuti sekolah kembali! Cikgu Farah pasti semua anak-anak pasti sedang bersuka ria mengisi masa lapang yang ada dengan pelbagai aktiviti. Ada yang pulang ke kampung dan ada yang cuti-cuti malaysia. Wow! Seronoknya! Anak-anak murid cikgu ramai yang balik kampung duduk dengan nenek. Teringat zaman cikgu masa kecik-kecik dulu. Tiap kali cuti sekolah, mesti nak balik rumah makwe (nenek) . Dari pagi sampai petang ada je aktiviti cikgu buat.

Hari ni dah masuk minggu ke-2 cuti persekolahan. Sekejab betul masa berjalan. Tak terkejar kita. Okaylah, ingat lagi post cikgu sebelum ni ? Cikgu ada buat ativiti menarik dengan anak-anak 4 tahun. Maklumlah minggu-minggu akhir mood anak murid dengan mood teachers pun dah pelbagai. Dengan persiapan untuk Majlis Anugerah (konvokesyen) anak-anak. Oh ye. Konvokesyen Al Kindi! Nak tahu lebih banyak tak? Surprisingly kami persembahankan 7 persembahan untuk tontonan ibu bapa dan alhamdulillah rata-rata ibu bapa gembira dengan setiap persembahan.



Percubaan berani mati bak kata guru besar Al Kindi. ehhe... Kami pun tak sedar sebanyak itu persembahan yang kami sediakan. Anak-anak kelihatan sangat teruja dan seronok. Boleh dikatakan setiap persembahan, masing-masing all out. Bab ni kita akan cerita dalam post yang berikutnya. Hari ni cikgu nak #throwback antara aktiviti anak-anak 4 tahun masa week last before school holiday.

Jom tengok gambar. Biar gambar berbicara. :)

































Seronok masing-masing buat aktiviti. Cikgu pun sama sibuk nak buat jugak. Antara mainan favourite cikgu masa umur cikgu baya-baya awak semua. Honestly Im gonna miss all of you. Tiap kali hujung tahun, (cehh ayat mcm dah bertahun-tahun kat al kindi. ehhe..) , bab nk berpisah ni cikgu sendu. Take time betul nak recover mcm awal tahun ni. Banyak sangat kenangan bersama kita sepanjang tahun ni dan alhamdulillah this is my first time pegang kelas awak dari awal hingga akhir sekolah. Cikgu sayang awak semuaa sepenuh hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak. 


...CeriteraFarraMiera...