Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Thursday, 13 October 2016

Happy Teacher Day !



Assalamualaikum semuaaaaa...
Lama rasanya Teacher Diyanah tak menulis kat blog ni.huhu
Sibuk ? hmmm..Maybe juga.. Sebab sekarang Teacher Diyanah dah adakan kelas mengaji waktu petang dan malam. Tambahan pula sibuk buat ais krim...hihihi..
Jadi, ada masa terluang ni rasa macam nak berceloteh kat blog :D

Okay, masa duduk-duduk, tetiba saya teringat moment masa hari guru masa bulan Mei hari tuu..Best ?? Semestinya best dan sangat meriahhh..hihihi


Ni antara hadiah yang saya dapat, sebenarnya ada lagi, cuma tak dan nak selitkan dalam gambar je..hihi.. Banyak memang banyak sangat, dan macam macam saya dan cikgu yang lain dapat.. Dapat coklat (memang jam tu juga lah makannya hahahaha :p)
dapat lipstick (terus pakai pergi jenjalan ;p)
dapat shawl (melaram laa pakai kat tadika..feeling havoc sikit huhu ;p)
dan saya juga ada dapat papan landas, papan potong2 sayur tuu..dan saya rasa insaf..Sebab saya tak terror pun masak memasak ni, bila dapat hadiah ni saya rasa saya perlu berjuang untuk pandai memasak berbekalkan semangat anak murid saya pada papan landas ini !! *berkobar-kobar penuh api membara* hahahahaha..
Pastu ada juga dapat purse, boleh buat duit selit macam majikan saya selalu buat..hiihhihi..
Banyak sangat dapat, dan tak tercerita nanti rasanya..hahaha

Waktu pagi, murid datang seprti biasa..Cuma bezanya mereka datang penuh ceria dengan hadiah di tangan.. Excited bagi pada cikgu, dan ada yang siap beritahu sekali apa yang terkandung dalam hadiah tu..hahaha :D
Aktiviti dimulakan dengan menyanyi ramai-ramai..Macam macam lagu nyanyi, tapi malangnya, tak record pula ^^ *Ishhh rugi
Lepas menyanyi, bermulalah aktiviti..Kami mulakan dengan aktiviti indoor dahulu..

GAME 1
Game pertama adalah game murid menyolek guru..Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan..
Kumpulan 1, akan solekkan cikgu Diyana, kumpulan 2 akan solekkan cikgu Ain dan kumpulan 3 akan solekkan cikgu Habirah. Maka bermulalah sesi solek-menyolek..


muka suci sebelum disolekkan.


dan saya rasa saya cantikk sangat :D


siapa kata lelaki takde bakat menyolek?? Raziq telah membuktikan :p
mula kemain kata taktahu make-up, tapi bila tanya tahu aje function setiap make up..hahaha



GAME 2
Pertandingan makan tembikai..hihi.. Ni antara cikgu saja..Setiap cikgu ada penyokong dia, jadinya bila pertandingan ni berlangsung, bukan cikgu yang makan, murid yang tolong perabih kan kahkahkah :D.. Jadi nya siapa pemenang?? Takde siapa yang menang.! ihihihi


GAME 3
Game ketiga ini kami lakukan selepas makan pagi. Ini game Outdoor..Game cari gula dalam tepung..Agak ralat sebab tak record aktiviti masa hari tu..huhuu.. Masa game ni dilakukan, habis comot muka masing-masing..hihi..comel je semua..Ada juga yang kenakan cikgu..Datang dekat-dekat, ingatkan kenapa, tetiba dia lemparkan tepung..hahahaha..Comot sama-sama.. ^^
Game seterusnya, game passing-water.. Setiap orang diberikan cawan, dan air diisi dalam cawan orang pertama, dan mereka dikehendaki untuk serahkan air k dalam cawannya ke cawan kawan yang lain..Kumpulan siapa yang mempunyai kuantiti air yang banyak dikira sebagai pemenang..


Hero dan heroin kela s cikgu Diyana


kelas cikgu Habira


Cikgu ain da anak-anak





Sekian saja dari cikgu Diyanah. *senyum*
Assalamualaikum...






No comments:

Post a Comment