Assalamualaikum semua...Lama rasanyaa tak bercerita dalam blog ni..huhuhu
Sedar tak sedar kan, saya, Teacher Diyanah dan setahun berkhidmat di Al Kindi ni..wuhuuuu ~~~
Since 22 Oktober 2015 until 22 Oktober 2016..
Ya, walaupun pada sesetengah orang setahun ni boleh dianggap macam terlalu muda lagi, tapi bagi saya ia dikira macam satu ruang yg sangat luas pada saya. Dalam tempoh setahun ni, saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar dulu, walaupun tidak sepenuhnya, tapi hari-hari saya belajar perkara baru daripada murid yang berbeza..Gittuu..
Memula rasa macam tak percaya jer..hihihi.. Tapi bila ingat balik, senyum sensorang jer..Macam-macam hal, macam juga saya belajar. setiap moments saya, dari awal hingga sekarang saya ingat lagi..Hmmm..
Saya apply Tadika Al Kindi ni masa saya dalam praktikal lagi..Gigih laa masa tu..Orang sibuk praktikal, saya sibuk cari kerja kosong di merata tadika..Saya jumpa Tadika Al-Kindi (TAK) ni pun melalui carian Google..Sesaje jelaa masa tu taip "tadika Melaka", dan TAK ni antara senarai yang keluar dalam carian saya tuu.. Waktu praktikal lagi saya dah start gigih emailkan resume saya kat bermacam-macam tadika..Saya ingat lagi, masa tu saya mengharapkan kat satu tadika ni, tapi di Johor. Since saya baca background tadika tu, saya rasa macam nak sangat ke sana, jadi teacher kat sana. Biasa la kan, kita hantar resume banyak-banyak, yang akan responnya hanya beberapa saja..Masa tu tadika yang saya nak sangat tu, tak respon apa-apa..huuuu, sadis~
Tapi untuk TAK ni, saya Whatsapp terus kepada majikannya. Direspon, dan diberitahu ada kerja kosong,huhuhuhu... Tapi disebabkan saya masih praktikal lagi, saya hold dahulu.
Habis saya praktikal, majikan TAK ni panggil saya untuk interview. Jadi, saya datanglahh..Ingat lagi masa tu saya datang pakai jubah ungu..wuuuu ~~~
Sampai petang, masa tu students tengah tidur, dan saya disambut oleh cikgu disitu (Cikgu Suria). Sementara nak tunggu majikan (Puan Zakiah & Puan Saadiah) say berbual laa dengan Cikgu Suria ni..Masa tu ada pulak students nak ke toilet dan mereka aka speaking (teacher, may I go to the toilet?) Dalam hati saya masatu, uuuuuu, speaking bakhanggg! *hahahahaha
Pumpang..pumpang..pumpang.. Saya pun di'interview' oleh majikan saya.
Soalan interview?? Mesti laa ingat lagi...hahahaha.. Tapi banyakkkk, jenuh pulak nak cerita ^^
Beberapa hari lepastuu, saya dapat tawaran bekerja di Tadika Al Kindi dan tempat tinggal disediakan..wuuhuuu~~ *Alhamdulillah
Tadika yang lain??? Diam saja, tak respon pun walaupun saya ada call, ada whatsapp..huhhuhu..Fikir masa tu, takpelahh..Allah nak letak saya di Melaka pulak..Dah puas dahh merantau negeri orang..
Maka, saya pun mula bekerja pada tarikh 22 Oktober 2015..!
Masa tuu datang naik teksi je, gandah-gandeh dengan baju laa iron laa apa laa semua tuu.. Disebabkan ayah saya kerja, jadinya saya sendiri yang suka rela nak naik teksi tu semua.. Selamat sampai tadika, maka bermulalahh sebagai cikgu..Yes im a OFFICIALLY TEACHER ^^
Dan saya dapat kelas 6 tahun, kekal hingga hari ini.
Pada malam pertama saya tidur di tadika, okay...Ini ada agak sadis... Saya boleh pulak taktahu kat mana suis dapur, dah sudahnyaa bergelap malam tu ! Makan dalam bilik, gara-gara cari suis lampu dapur tak jumpa, walhal belakang almari jer..kahkahkah ><
Gigih sental baju baju malam-malam, walhal mesin basuh elok terletak kat dapur tu..what the -_-
Okay, tu dulu, sekarang dah pandai ;p
Setahun saya mengajar di sini, maka setahun juga lah saya tinggal di tadika ini..Ada juga yang tanya, tak takut ke?? huhuhu.. Saya hanya mampu senyum dengan barisan gigi arnab :D
Daripada saya taktahu, saya belajar hingga tahu.. Daripada buat satu kerja, kini saya dah buat tiga kerja ;p . Jadi cikgu, buka kelas mengaji dannn penjual ais krim yang berjaya! hehehehe...
Dan selepas beberapa hari saya kerja di tadika ini, satu hari tu saya dapat call dari Tadika yang saya impikan dulu, panggil saya untuk interview..Masa tu rasa macam dah tawar hati, merajuk ! *ecehh ecehh.. Taklaa, masa tu saya fikir, sokay laa, saya dah mula kerja di sini, takkan nak berhenti tetiba pula..Jadinya, saya tolak tawaran tadika Johor, da teruskan dengan Tadika Al Kindi..Hidup Melaka!
hahahaha,..
Macam tu laa kisah saya, ingat nak cakap sikt, alih-alih dah terpanjang pulak..huhuhu..
Dulu tak reti sangat ni nak berborak dengan parents, sekarang Alhamdulillah.. Boleh dah la join mesyuarat tingkap petang-petang kat taman ni ;p
Nak beli ayam pun, pergi beli dengan jiran..Dah laa membeli ayam, siap minta daun pandan lagi..kahkahkah >< .. Petang-petang pun kalau rajin, saya akan jogging.. Pusing taman, suka tengok rumah kat taman-taman nii..Cantik belaka.. Balik jogging bermain dengan anak-anak jiran a.k.a murid saya juga..Tapi ada juga anak-anak jiran yang lain, kalau mereka nampak saya, mereka pun dah kenal..Pakat laa panggil "teacherr..teacherr..!" huhuhu...Rasa macam femes, macam Queen.! hihhihihhi ;p
Ohh yaa, ada beberapa parents juga ingat saya ni asal Kelantan..Tidak, saya asal Melaka, cuma lahir je tumpang negeri Johor ;p Membesar dengan jayanya di Melaka.! Saya hanya belajar saja di Kelantan.. Kawe makey budu, tapi lidoh pekat belacey lagi ;p Oyak Klate tu bulehh tapi ghupo siey (siam) huhuuhuhu..
Okay laa, saya rasa begitulahh kisah perjalanan saya, yang masih belajar bertatih ini..
Terima kasih juga kepada Puan Zakiah & Puan Saadiah sebab ambil saya bekerja masa itu, walaupun saya dengan students sama besar je *sobbs sobbs T_T
Disini lahh, saya belajar banyak perkara, di sinilah saya belajar betapa ikhlasnya sayang kanak-kanak itu, disinilah saya belejar untuk menyayangi tanpa balasan.
Mereka menangis, kita memujuk, mereka ketawa, kita pun ketawa, mereka silap, kita tegur/marahkan. Tapi dimarah macam mana pun, datang juga memeluk, meluah sayang..Fuhhh~~ Touching bakhangg..
Sekian,
>By Teacher Diyanah<
No comments:
Post a Comment