Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Wednesday, 14 September 2016

Kem Membaca Ekspres-I




Okay, assalamualaikum semua, semoga semua sihat sejahtera (:

Pada 9/9/2016 iaitu hari Sabtu, kami guru-guru Tadika Al Kindi telah menghadiri Kem Membaca Ekspres-I di SK Malim. Kem ni memberi pendedahan cara mengajar membaca kepada kanak-kanak dengan cara yang mnyeronokkan.! Dan BBM yang diajarkan kepada cikgu cikgu pun mudah sangat. Memang senang laa nak buat, bahan pun guna bahan yang terdapat di sekeliling saja..*senang kerja cikgu..hihihi*


Pengenalan suku kata dalam bentuk nyanyian.


Cikgu Faridah (:


khusyuk nii khusyukk..


Masa ni ada game, saya wakil untuk table saya ^^


Dalam kem membaca ni, memang macam-macam yang diajarkan. Di Malaysia, terdapat 3 kaedah membaca:

1) Mengeja - cara zaman-zaman kita belajar mengeja dulu (ba..ju)

2) Fonik - kaedah ini kebanyakan tadika guna dan ia lebih kepada English. Untuk Malay pun ada jga foniks, tapi untuk ujian linus darjah1, Bahasa Melayu tidak akan guna foniks, akan guna sebutan biasa seperti B- disebut 'bii'. Kalau foniks, B disebut sebagai 'beh'.  Tetapi, ujian Linus English, akan digunakan foniks. Jadi, penting juga foniks nii untuk anak-anak, bagi memastikan mereka lepas untuk Linus darjah1 nanti. Kelebihan foniks ni, tak kira untuk Malay atau English, anak-anak akan cepat belajar membaca. NAMUN, syaratnya, kalau anak-anak dah didedahkan dengan foniks, maka mesti dihabiskan ajar mereka. Jangan dibiarkan mereka belajar foniks ini separuh jalan. Kalau belajar separuh jalan, akan menjadi kepayahan kepada anak-anak. Menjadi kekeliruan pada mereka. Namun, ada juga anak-anak yang TAK BOLEH dengan foniks ini. Kalau dah cuba, tak boleh juga, JANGAN DIPAKSA. Ajarkan mereka dengan kaedah lain pula. Walaupun foniks ini ramai guna pada masa kini, tapi tak salah kalau nak ajar anak-anak dengan kaedah membaca zaman-zaman kita dulu. Lain budak, lain cara penerimaannya..

3) Pengecaman suku kata.
Okay, untuk kem membaca yang cikgu Al Kindi pergi ini, Ekpres-I, menggunkan kaedah ini, iaitu mendedahkan murid dengan pegecaman suku kata. Dan apa yang kami pelajari di kem ini, murid akan diajarkan mengenal suku kata, abjad-abjad dalam bentuk nyanyian! Yerr, banyak sangat lagu yang kami belajar masa di kemtu. Dah rasa macam masuk kelas vokal pulak, kejap-kejap menyanyi, kejap-kejap menyanyi..hahahahaha.. Cikgu sampai kat rumah, tengah memasak pun dok menyanyi lagu-lagu ABC tu semua, fuhhh nasib tak hangit masak masa tu..kahkahkah..
Dan cikgu Faridah pun ajar cikgu cara buat BBM (bahan bantu mengajar) yang sangat simple, dan ibubapa pun boleh buat di rumah.

salah satu game yang boleh dipraktikkan. "Pukul Suku Kata"
Letakkan petikan suku kata, anak-anak di beri pemukul lalat, ibu sebut, anak kena tepuk suku kata yang disebut. Contoh, ibu sebut "ba", anak kena pukul suku kata "ba". Game ni best main satu kump 5 org ^^

abaikan cawan, lihat pada kertas hijau. Game "Bingo". Kalau game "Bingo" ditulis nombor, tapi kali  ni digantikan dengan suku kata. Kaedah main masih sama. Ibu boleh main berdua di rumah ngan anak-anak ^^

Dengan menggunakan cawan polistrin, boleh dibuat 'roda' suku kata. Actually menggunkan 4 cawan,
tapi lupa snap pulak ^^. Cara ini pun sangat mudah dan seronok, boleh dibawa kemana-mana. Dan yang penting, kalau hilang, tak rasa ralat..hihihi


"cikgu-cikgu tak boleh bekerja sendiri"
- Cikgu Faridah Salleh

Ya, semua ingin melihat anak-anak mereka pandai, berjaya, hatta cikgu pun inginkan murid mereka berjaya dengan cemerlang, gemilang, terbilang! Umum mengetahui tugas cikgu adalah mengajar daripada tak tahu kepada tahu, mendidik supaya terdidik. Namun, cikgu ga juga memerlukan bantuan. Ya bantuan. Bantuan daripada ibubapa. Cikgu mengajar di sekolah, di rumah ibubapa boleh juga luangkan masa untuk turut sama mengajar anak-anak. Dengan kaedah ini anak ini akan berasa bahawa ibubapa dan guru amat mengambil berat akan mereka. Tak perlu lama, tak perlu berjam-jam, dapat dalam 10minit pun sudah memadai. Banyak sangat aktiviti kekeluargaan yang boleh dilakukan di rumah dalam usaha membantu anak-anak belajar. Misalnya, ibu/bapa membacakan buku cerita kepada anak-anak, adakan game yang simple, bermain bersama (permainan yang merangsang IQ anak-anak).


Tips untuk semua, jika mengajar anak-anak, jangan dipaksa mereka. Misalnya, mengajar anak membaca, anak sudah menangis, maka, stop dulu. Jangan dipaksa anak untuk terus membaca. Ini akan mendera emosi mereka, fizikal nampak normal, tetapi dalamannya, emosinya akan terdera. Kalau anak menangis, berhenti dulu, bagilah mereka buat apa-apa, bermain ke nak tidur ke.  Pada sebelah malam, atau keeseokan harinya, sambung semula. Kita mahukan mereka pandai, tapi selitkan perasaan kesian juga pada mereka. Mereka masih kanak-kanak, dunia kanak-kanak ini penuh dengan permainan, dan bermain. Bagi mereka nikmati zaman kanak-kanak mereka. Jangan 'matikan' zaman mereka. Hari-hari dapat belajar, walaupun sekejap, sudah memadai.



Sorotan :











Maka tamatlah Kem Membaca Ekspres-i di SK Malim (:
Assalamualaikum.











>By Teracher Diyanah<






No comments:

Post a Comment