Assalamulaikum….
Hai, nama diberi Nor Habirah..boleh
panggil saya cikgu habirah…berasal dari Melaka…anak jati Melaka. Berkelulusan
Diploma Pengajian Islam & Pembangunan Sumber Manusia di Kolej Universiti
Islam, Melaka. Saya merupakan guru kelas 5 tahun.
Inilah first time saya ada blog, tu pun blog tadika... Hari ini saya nak kongsi
sedikit pengalaman menjadi cikgu tadika.
Bidang perguruan bukan bidang saya. Tidak
pernah terlintas pun nak menjadi seorang
cikgu walau sekadar cikgu tadika tapi disebabkan minat dengan anak – anak kecil,
akhirnya dapat juga. Ada juga yang bertanya"Tak penat ke jadi cikgu tadika??"Tak geli ke cuci najis budak-budak ni"? Senang jek jawapan saya…” Tak ada kerja yang tidak penat. Saya akui
mula-mula tu ada jugak perasaan geli, tapi bila dipikirkan balik sampai bila nak
geli??nanti dah ada anak kena juga buat semua kerja ni. Dan sekarang kerja
mencuci najis ni dah menjadi satu kebiasaaan
bagi saya…
Pada permulaannya memang kekok dan buntu kerana
tiada asas mengajar dan tiada asas menjaga anak-anak kecil seramai 26 orang..
Namun setelah menghadiri pelbagai kursus dan bimbingan dari guru-guru di situ
segalanya berjalan dengan lancar. Teknik-teknik dan kaedah-kaedah yang
dipelajari saya salurkan pada anak-anak didik saya. InsyaAllah saya cuba bagi
yang terbaik untuk anak-anak kecil di Tadika AL Kindi.
Ok lah…rasa nya sampai di sini
jek…jumpa lagi…
No comments:
Post a Comment