Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Wednesday, 15 March 2017

Little Scientist: My Body, My Hand, My Foot ^_^

Assalamualaikum.. Hah.. hari ni mood cikgu Farah tersangatlah okay. Jadi cikgu cari balik gambar-gambar aktiviti Little Scientist yang cikgu dah buat sebelum ni untuk share dengan awak-awak di luar sana apa yang menariknya jika anak anda berada di Al Kindi.. 


Setakat ni cikgu Farah baru gunakan 3 tools litttle scientist yang diberikan. Kenapa baru sikit sangat guna ni? Jangan terkejut. Buang segala kemusykilan anda. Untuk aktiviti little scientist ni, bukan sahaja dibekalkan tools untuk experiment malahan ada juga dibekalkan buku aktiviti untuk anak-anak. Jadi cikgu berselang selilah dengan anak-anak. Buat buku dan buat experiment. 

Untuk aktiviti pertama, pembelajaran berkaitan dengan My Body(Badan Saya). Setiap murid diberikan changing face paper. Piper's Face. Sebelum memulakan aktiviti, kanak-kanak diminta untuk mengenalpasti anggota badan seperti kepala, telinga, mulut, mata (bahagian kepala). Sebelum aktiviti dimulakan, kita nyanyi-nyanyi dulu dengan mereka lagu yang berkaitan anggota badan contohnya lagu "Head, Soulder, Knees and Toes"".


Okaylah lepas tu kita main kuiz dengan anak-anak. Tunjuk cikgu mouth? Noseeee? Ears? Eyeeesss? Lepas tu ulang aktiviti tapi kali ni cikgu kena sebut laju sikit. Nak bagi anak-anak peka dengan apa yang keluar dari mulut cikgu. Okaylah, anak-anak dah makin teruja nak mulakan aktiviti little scientist. Silalah edarkan kad muka Piper.


Wah menarik! ada macam-macam emosi yang ditunjukkan. Kalau nak tengok muka anak-anak ni and nak test kefahaman diaorang, cuba suruh anak-anak ni buat muka macam Piper's face jugak.Time tu memang cikgu pun geli hati sebab macam-macam gaya muka ada. Muka sedih macam mana? Muka marah.. marah macam mana? Di samping tu boleh selitkan emosi tu dalam bahasa Inggeris. Sad, angry, surprised, happy. Then test pulak mereka dalam bahasa Inggeris. Seronok tau ! Cikgu Paghah ada rekod video untuk aktiviti ni tapi cikgu kena cari semula video tu. Once cikgu dah jumpa cikgu akan share di sini ye. Kalau ada lagilah dalam simpanan cikgu.



Okay. Habis aktiviti pertama. Sekarang cikgu Paghah nak cerita pulak tentang aktiviti kedua Little Scientist. Untuk aktiviti yang ini, ia berkaitan dengan My Hand (Tangan Saya) . Kanak-kanak akan diberi pendedahan tentang konsep saiz. Kalau aktiviti Piper's Face kita mengenalpasti anggota badan bahagian kepala, sekarang ni kita akan kenalpasti pulak anggota badan bahagian lengan kita seperti tangan, siku dan jari tangan.

 

Sebelum kita mulakan aktiviti, macam biasalah. Cikgu akan bersoal jawab, berbual dengan anak-anak terlebih dahulu. Jadi, kali ni cikgu pun amiklah manila kad yang telah dipotong kemudian cikgu pun lukislah tapak tangan cikgu. Dah siap tapak tangan cikgu, cikgu panggil salah seorang untuk lukis tapak tangannya sebelah tapak tangan cikgu. Sebabnya kan kita tengah belajar tentang konsep saiz jadi cikgu pun nak bagilah contoh kat anak-anak murid cikgu. Dah siap, cikgu pun tanya, 

"Tapak tangan cikgu dengan tapak tangan Arissa, siapa lagi besar?" Secara berjemaahnya mereka menjawab "Sayaaaaaa" sambil angkat tangan.. "Kan cikgu tanya, tapak tangan cikgu dengan Arissa, kenapa jawab saya?" . Masing-masing tersenyum-senyum pandang cikgu. Okaylah cikgu cuba tangan Zaim.. (Lukis tangan Zaim sebelah tangan cikgu) . "Okay semua pandang cikgu. Tangan cikgu dengan Zaim, siapa lagi besar?" Sekali lagi dengan sepakat dan muafakatnya mereka menjawab "Saaayaaaaaaaaa..." sambil angkat tangan tinggi-tinggi.. Hurmmm.. Nampaknya cikgu Farah tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. 

Okay, kita stop dulu. Semua pandang depan. Mulalah sesi lukis melukis gambar-gambar rumah, pokok, kereta. Nak bezakan kecik dengan besar.. Time ni memang betul-betul menguji kesabaran. Suka betul jawab "Saaayaaaa".. Cikgu tanya, rumah ni.. (kat papan putih) dengan rumah ni.. Siapa lagi besar.. "Sayaaaaa" . Takpe. Cikgu keluar kelas, amik stok kotak minuman yang cikgu simpan. Satu besar dan satu kecik. Okay cikgu tanya lagi, dan akhirnya walaupun tak majoriti dapat jawab, diaorg faham jugak konsep saiz. Dan cikgu pun hari-hari kalau boleh akan ulang semula kecim besar kecik besar ni. Yelaa.. satu hari je mana boleh ingat dan fahamkan. Proses pengulangan kena ada.

Pantang cikgu kata nak amik gambar, sampai berdiri atas kerusi, x nampak katanya.. Sabar ajelah.. Padahal selalu dah tu kena marah sebab berdiri atas kerusi, ehhehe.. kali ni mood cikgu okay, cikgu layankan aje. tapi lepas amik gambar, cepat-cepat turun dari kerusi. 




Wah, panjang pulak cerita cikgu kali ni kan.. hehe.. Dan anda? masih di situ untuk meneruskan pembacaan. Alhamdulillah, Terima kasih ye syang-sayang semua.. Okay, kita teruskan dengan aktiviti ketiga yang cikgu dah jalankan. Tools yang ke-3 berkaitan dengan My Foot (Kaki Saya). Masih jugak melibatkan aktiviti mengenalpasti saiz. Kali ni kanak-kanak diberi pendedahan tentang bahagian kaki seperti tapak kaki, jari kaki, buku lali dan lutut. Bila dengar cikgu kata nak buat little scientist, masing-masing terus excited tahap dewa. ahhaha.. Lagi-lagi bila cikgu bawak masuk talam merah tu dalam kelas. Semua jadi tak sabar nak tahu aktiviti ni macam mana.

 

 

 


Tada !!! tapak kaki dah dah siap. Hanya memerlukan kapur, black sugar paper dan bedak. Alamak kenapa kaki Naufal tak nampak tu. Sebabnya lepas Naufal dah buat cetakkan kaki Naufal, Naufal gosok-gosok gambar kakinya atas meja cikgu. ehheeh.. 


 


Okay. Sekian sahaja perkongsian cikgu paghah untuk little scientist.. Next aktiviti, cikgu paghah akan share lagi ye. Masih ada banyak lagi experiment yang kita akan lakukan. Masih banyak lagi yang cikgu akan kongsikan. Nak tahu? Kenalah rajin bukak blog kami.. Moga bermanfaat. Salah silap harap dimaafkan. hehe


...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment