Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Wednesday, 1 March 2017

Simple Art and Crafts: Ikan Sepit Baju

Assalamualaikum semua!

Apa khabar? Petang-petang ni cuaca mendung je, hujan pulak renyai-renyai dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa buat cikgu rasa mengantuk yang teramat sangat. Perut pun kemain buat konsert dengan tekak yang mulalah mengidam nak makan macam-macam time-time ni.. hehee..

Hari ni Cikgu Farah nak berkongsi aktiviti art and crafts yang cikgu buat dengan anak-anak murid cikgu Farah. Macam-macam dah aktiviti yang kami jalankan. Nak tahu dengan lebih banyak lagi, kenalah rajin follow cerita cikgu Farah ye. Cikgu-cikgu di luar sana yang tengah memerah otak mencari idea untuk buat simple art and crafts dengan anak-anak murid, bolehlah praktikkan aktiviti ni. Seronok tau! Tak perlu keluar duit banyak. Kita guna je apa yang ada.


Apa yang perlu disediakan? Simple je.. 
Gam, gunting, penyepit baju, kertas warna, mata-mata comel tu googly eye by Diy. Murah-murah je kalau carik kat sana. Macam-macam adaa.. Rambang mata dibuatnyaa..

Okay, cikgu Farah suggestkan ikan tu gunting awal-awal kalau anak-anak belum mahir menggunakan gunting. Precaution step kan. Gunting ni bahaya kan.. Jadi awak-awak semua kenalah siapkan awal-awal semua ni supaya tak kelam kabut masa nak buat aktiviti.

Seterusnya langkah mengendalikan aktiviti,
1. Lukis gambar ikan pada kertas warna. Gambar ikan ni depends on size penyepit baju yang awak-awak semua gunakan. Kalau besar, maka besarlah size ikannya. Kalau comel-comel macam cikgu ni, maka comel-comelah juga ikannya ye. hehee. Kertas warna tu ikut suka hati awak nak warna apa. Kalau warna warni pun cantik tauu! 

2. Lepas tu bolehlah gunting ikan tersebut. Masa awak lukis gambar ikan tu, buat sekali garisan melintang kat badan ikan itu. Bahagi kepada dua bahagian. Gunting bentuk ikan dan gunting sekali garisan tengah yang akan membelah ikan tu. hahaa.. Faham tak? hehe

3. Nampak tak ikan tu dah jadi dua bahagian. Bagikan seorang satu. Gamkan pulak kedua-dua bahagian ikan itu pada sepit baju yang awak ada. Satu di atas, satu di bawah. Dah siap!! eehhhhhhh... cop cop cop.. Jangan terlupa pulak googly eyes yang comel-comel belaka tu..

4. Lekatkan googly eyes pada ikan tersebut. Barulah complete. Jadilah seekor ikan. Boleh main sepit2 dengan kawan-kawan ye..

Letih cikgu berkejar-kejaran dengan anak-anak ni kononnya mak ikan nak makan anak-anak ikan. Berlarilah anak-anak ikan ke sana ke mari semasa ia dikejar oleh mak ikan dan vice versa. Cikgu kejar anak murid, anak murid berjemaah kejar cikgu. Tak acciiiiiii.. hahahahha.. Boleh kurus kalau hari-hari cikgu macam ni.. heheh

Simple kan art and crafts ni? Boleh cubaa kat rumah dengan anak-anak, sedara-mara, anak-anak buah, anak-anak jiran. Eh ! hehehehe...

Memandangkan hari aktiviti ni dijalankan, Annesa hadir ke sekolah untuk jumpa kawan-kawan (Aneesa akan berpindah ke sekolah lain) , kami pun menggunakan saat-saat yang ada ni untuk bermain dan menggembirakan hati Aneesa. Mudah-mudahan Aneesa tak lupa kami di sini. Gonna miss you my dear! 

Ketika ini, buat pertama kalinya anak-anak murid cikgu complete depan mata cikgu.. 







Comelkan ? hehe.. Saya suka saya suka saya sukaaaa...

Sekian sahaja pot pet cikgu hari ni. Kita jumpa next entry ok. Macam-macam lagi aktiviti art and crafts yang cikgu Farah nak kongsikan bersama.. :)


...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment