Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Friday, 17 November 2017

Happy Friday ! Yeayy

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah diberikan Allah kesempatan untuk terus bernafas dan berbakti kepada anak-anak di sini. Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat. Kejab betul masa berlalu. Dengan cuaca yang sejuk macam ni, fikiran tengah "fresh" cuma mata je agak berat hehe.. Tapi tetap strong untuk mengajar anak-anak. Pengorbanan. You can do anything as long as you've got passion, faith and willing to work hard. ðŸ˜‡ . Hari ni cikgu Paghah nak suka-suka je kongsi cerita. Memotivasikan diri sendiri dan orang lain. hehe.. Salah satu hobi cikgu is to motivate myself. Cari quotes yang best-best dan bila baca rasa semangat betul. hehe..


Salah satu quotes yang hebat dan cikgu suka! 😊 


Wahhh apa yang meriah sangat ni??? Flowers here and there. Banyaknyaaa. Cantik! Meriah! Colourful. Really made my day sebab warna dia yang striking dan bentuk dia nampak macam real flowers . Memandangkan cikgu Paghah ni rose lovers, bila tengok hasilnya yang woww! Susah-susah pun cikgu nak try banyak kali. Mula-mula buat memang tak jadi. Memang rasa stress je sebab tengok video macam senang. Maklumlah kita ni beginner, mula-mula memang payah. Tapi kalau dah minat, payah macam mana pun kita rasa nak cuba jugak belajar dan hasilkan yang terbaik. Kan?

Sama juga macam kita belajar ilmu Allah yang Subhanallah sangat luas dan sangat banyak ni. Kalau kita mudah je putus asa, at the end of the day, we learn nothing. Teringat dulu masa awal-awal cikgu Paghah kerja kat sini. Bila terpaksa pinjam buku rakan sekerja yang memang belajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ni (buku study dia masa belajar), tanya macam-macam sebab tak faham and sometimes duduk dalam kelas pandang buku-buku tu rasa nak nangis sebab susah nak faham hehee.. but Alhamdulillah sekarang dah makin okay cuma masih banyak lagi yang perlu belajar dan ambil tahu.


If you are willing to do more than you are paid to do eventually you will be paid to to more than you do...


Dalam usaha kita untuk tak mudah putus asa, kita kena ada rasa ingin tahu. Effort untuk belajar. Willing to learn walau susah macam mana pun. Pastinya nak buat sesuatu tu bermula dengan minat. Lumrah manusia kan. Kalau tak minat, tak nak ambil tahu. Kalau tak minat, tak nak belajar. Tapi satu perkara yang kita harus tahu, minat tu boleh dipupuk dan disemai perlahan-lahan. Kena ada passion in doing something kalau nak result yang boom ! ðŸ˜‰ . Banyak pulak membebel-bebelnyaa.. Harapnya diri sendiri termotivasilah bila baca ni. hehhehe.. InsyaAllah Aamiin Aamiin Ya Rabb.. ðŸ˜‡ .

Dulu cikgu pun tak terfikir berada di sini sebagai guru tadika tapi buat masa ni Allah kata ni yang sesuai dengan cikgu Paghah dan ni yang terbaik. InsyaAllah Allah sedang persiapkan sesuatu yang lebih baik untuk cikgu Paghah dan jugak sedang melatih cikgu Paghah untuk menjadi "seseorang" di masa akan datang. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Put your trust on Him. Biarlah apa orang nak cakap. Walaupun melukakan hati, cikgu tetap tersenyum meneruskan hari-hari yang mendatang. This is my journey. My adventure. If my ship sails from sight, it doesnt mean my journey ends. It simply means my river bend.

Not everyone will understand your journey. That's fine. It's not their journey to make sense of. It's yours



Oh yee.. Dah bebel banyak kat atas tu, lupa nak beritahu. Hari ni anak-anak playschool ada aktiviti menarik ! Nak tahu aktiviti apa? Kena tunggu post yang berikutnya, hehehe.. Even anak-anak yang trial pun excited nak try. Ermmmm apa agaknya tu ye? Tak sabarnyaaaaa...


 ðŸŒ¸ ...Ceritera Cikgu Farah... 🌸

No comments:

Post a Comment