Hari ni, saya rasa macam nak share tentang perihal anak anak murid saya (6tahun).. Memandangkan murid saya tak ramai, yakni 4 orang jer, jadinya saya rasa macam nak share tentang perihal setiap seorang..huhuhu.. Kalau murid saya 20 orang, saya rasa saya tak buat entry macam ni, jenuhh ohoii nak bercerita tentang setiap seorang.. hahahahaha ^^
Marissa
Okay, murid saya ada empat, dan hanya seorang saja perempuan, yang selebihnya lelaki. Ibarat sekuntum bunga dikelilingi oleh kumbang kumbang lah gituu...huhuhuu...
Marissa, mendengar kata, seorang yang pengemas, kalau saye minta tolong letakkan buku, tak perlu pesan susun cantik cantik, dia sendiri akan letak dengan kemas, teratur. Buku tu dia susun memang betul je ikut susunan.. Tulisannya sangat kemas, kecuali alau dia nak cepat, tulisan akan jadi haru biru sikit :D Mewarna pun begitu juga, kemas, pandai match warna yang betul..Walaupun dia seorang je perempuan, tapi dia sangat susah untuk menangis..orang kata, hati kental laa.. Seingat saya, sekali saja dia pernah menangis, itupun saya marah dia, lepastu saya keluar kelas *teacher merajuklah konon* saya masuk kelas semula, tengok dia dah menangis..huhu.. terkejut saya, itulah kali pertama saya tengok dia menangis pastu takde dah.. Dan dia juga yang berani berbanding murid lelaki yang lain..huuuu~~
Buktinyaa ?? Murid lelaki lain lari nampak lipas, dia ?? Rilex jer, macam takde apa..Saye sendiri menjerit tengok lipas tu lari terkedek-kedek, dia boleh senyum je -_- *malu teacher*
Marissa ni juga seorang yang pemalu..Ya sangat pemalu, nak nak pada awal persekolahan dulu. Tapi sekarang, kurang dah...Confident level pun dah meningkat sedikit berbanding awal awal sekolah dulu.. Kalau dulu, suruh datang ke depan, dia susah sangat, suruh membaca di depan, dia akan senyum jer, dan tak akan bersuara ! Sekarang, beza dah.. Mampu bersuara selantang murid lelaki yang lain! Yeayy..! I'm a happy mama ^^ hahahaha... Sekarang pun, kalau minta pendapat, dia berani dah untuk mengutarakan pendapat dia.. Tak diam dahh ^^
Sangat manis apabila dia senyum, ada lesung pipit di kedua-dua belah pipi dia.. Memang manis, jealous teacher T_T .
Kalau murid lelaki saya menangis dalam kelas, Marissa lah tukang pujuk..Ayat yang dia guna
"dahhhh, jangan menangis lagi, cikgu marah sebab cikgu sayang awakla..nanti kalau cikgu tak marah, awak tak pandai"
Saya selalu bila jadi macam ni, saya akan perhatikan jer.. Memberi ruang kepada murid untuk selesaikan masalah mereka dengan sendiri..Kalau dah kronik, baru masuk campur ^^
Dan itulah, MARISSA ^^
Ahmad Asyraf
Okay, masuk kepada cerita anak lelaki pulak ^^.
Asyraf, selalu senyum, seorang yang rajin. Kalau saya cakap, "tolong sesiapa tutupkan kipas"
Maka, dialah akan pergi dulu, walaupun selalu berebut dengan yang lain --' Memandangkan dia seorang yang kidal, maka dia seorang yang kreatif! Suka benda yang berwarna warni, dan suka buat hal sendiri. Kalau kawan-kawan suka mewarna sama-sama, tapi dia tidak. Dia tak suka hasil dia sama dengan yang lain, dia akan buat lain yang tak sama macam kawan dia. Ayat yang sinonim yang dia selalu tanya kat saye, "cikgu, cantik tak Asyraf punya?" "cikgu, tadikan...dia kan...taknak kawan Asyraf" . Dan apa yang saya selalu perhatikan, setiap kali masuk kelas selepas amali solat Subuh, setiap murid akan ambil kerusi dan duduk di tempat mereka, tapi Asyraf, dia akan sediakan kerusi untuk saye dulu, baru dia ambil unttuk dia, saya tak minta pun.. mulia pekertinya ^^. Dan, perlakuan itu menjadi ikutan murid yang lain. Sekarang ni kekadang dia yang sediakan kerusi saya, kekadang murid lain pulak. Asyraf juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sangat berbanding dengan awal persekolahan dulu. Bagi saya, perubahannya agak ketara. Membaca sekarang sudah lancar, either english or malay. Kalau sekarang ni, waktu membaca saya akan berikan pelbagai jenis bahan bacaan, dan murid akan memilih sendiri dan membaca secara bebas, sekiranya ada perkataan yang tak tahu, murid akan merujuk pada cikgu. Asyraf juga dah Berani nak suarakan pendapat, kalau dulu, banyak diam, malu lah senang kata nak bercakap ni, hihihi... Waktu mengaji Iqra pun masing-masing pakat berlumba dah sekarang ni..Kejap dia paling depan, minggu depan, yang lain pulak berada di depan. hahaha.. Asyraf pula kalau kena marah dengan cikgu, dia akan kata kat cikgu, "taknak kawan! *sambil memalingkan badan dia kebelakang*, fuhh dahsyat jugaklahh kalau dia dah merajuk :D, lagi dia merajuk lagi saya suka sakat ;p hehehehehe.. Dan dulu, Asyraf ni kalau membaca suara dia slow jer, sayup sayup je..Sekarang dah kuat dahh.. huhuhu.. Waktu solat pun, azan ke iqamat ke, dah kuat, tak perlu dah cikgu suruh kuatkan suara..Such a good boy! ^^
Muhammad Adam Rifqi
Okay, anak lelaki seterusnya adalah Adam ^^, actually dalam kelas, saya kekadang saya panggil dia Rifqi. Agak-agak panggil nama Adam banyak kali tak menyahut, saya panggil pula dengan nama Rifqi...Dan dia akan berleter, "ishhh cikgu ni, panggil Adam laa," "kenapa cikgu panggil kite nama Rifqi??" dan bla bla bla... hahahaha.. Adam, ada senyuman yang manis, dihiasi dua lesung pipit di dua-dua belah pipinya, dia juga merupakan seorang murid yang penuh dengan soalan, dan soalan soalan dia agak ekstrem --' . Selagi tak dapat jawapan, dia akan bertanya, hinggakan buat soalan matematik, dia akan pertikaikan kenapa jawapan nombor 1 dan jawapan nombor 2 tak sama! hahahahaha.. *pening cikgu*
Adam, dia sebenarnya seorang yang pemalu, ya sangattt pemalu..Bila dia malu, dia akan tutup muka dia, pipi jadi merah, dannnn tersengih jer...Kalau keadaan yang terlalu mendesak, muka dia boleh berubah menjadi pucat ! hihihi.. Tapi dalam kelas, so far okay, tak terlalu pemalu, yelaa dalam kalangan kawan kawan je kan..Kalau waktu Morning Circle, dia akan malu bila suruh berdiri..hahaha.. Kalau pada awal persekolahan, dia selalu/mudah menangis, nak nak masa mama dia hantar ke sekolah, boleh dia lari kejar mama dia ;p, tapi sekarang dah tak dah, dia pun susah sangat nak menangis.. Dah pandai bergaul..
Waktu belajar, mudah nak ajar dia, sebabnya dia seorang murid yang cerdas, cepat tangkap apa yang diajarkan..Dan dia sangat suka subjek Matematik!..Kalau bagi berhelai-helai kertas soalan Matematik pun dia enjoy jer buat..
Awal persekolahan dulu, saya ada puji kata dia macam Korea, yelaa rambut panjangnya, menutup mata lagi, kan ala-ala Korea tu..hihihihi.. Dannn sampai sekarang kalau dia ingat, dia akan cakap
"cikgu, muka kite ni ada macam Korea takk? Dulu cikgu ada kata kite macam Korea"
Dankalau saya jawab tidak, dia akan cakap lagi pasal Korea, hingga lah saya mengiyakan yang dia tu persis Korea ! hahaha..
Adam juga merupakan seorang murid yang terlalu teliti ataupun prefectionist..Bukan sikit tapi banyak.. Hinggakan kalau warnanya tercomot sikit, dia akan berusaha untuk padam. begitu juga kalau menulis, tulisannya sangat cantik, tersusun rapi, bulat bulat jer. Boleh dikatakan, setiap benda yang dilakukan mesti cantik. kalau tak cantik dia akan resah.
Tapi, waktu art and craft, biasanya Adam kurang berminat, masuk je waktu ar and craft, murid yang lain sibuk buat, dan Adam akan cakap dengan saya "cikgu, cikgu tolong laa kite ni, kita tak pandai laa nak buat ni" *muka sedih habis* makanya, saye lah yang akan buat bersama dengan dia. huhuhuhu..
Dulu pun, waktu solat, suara dia slow jer, kalau suruh azan, sayup sayup je suara, tapi sekarang Alhamdulillah, lantang dahh ^^ . Molek sungguh.
Muhammad Raziq Zharfan
Okay, anak lelaki yang last, Raziq.. Dalam kelas pun, kalau panggil dua tiga kali tak menyahut, saya akan panggil nama Zharfan pulak, baru laa menoleh..huhu.. Ini pun manis, ada lesung pipit di pipi. Seorang murid yang aktif, gemar bergurau dengan rakan dannn boleh tahan kelakar dia ni..hahaha..
Di tadika ini, Raziq macam Abang Long la, apa dia cakap murid lain senang jer ikut.
Walaupun luar gangster, tapi dalaman dia sangat lembut...Sensitif sangat..Marah sikit, dia akan diam jer, pastu mengalir je air mata..Masa nilah nanti dia akan menyorok bawah meja ke, duduk menyelit celah rak buku ke..Bagi dia layan perasaan,nanti saya pujuk balik, pastu dia okay dah..Kiranya, cepat merajuk, cepat juga lahh baiknya..Manja pun ya juga dia ni...Kekadang saya tengah duduk menyemak buku latihan, nanti tiba-tiba je dia datang, peluk saya dari belakang..hahaha.. Takpun, kalau saya acah-acah marah dia, dia pujuk saya balik, buat suara manja dia tuu, ambil tangan saya diciumnya lahh, dipeluk-peluknya lah..hahahaha...Kelakar je kekadang tuu..Nak marah pun tak jadi.
kalau ketika buat kerja sekolah, saya tegur dia sebab silap, terus terkeluar dari mulut dia "ohhh, sorry sorry cikgu, japp kite betulkan balik". Sejuk jer hati dengar..hihihi
Raziq, excited dalam semua perkara. Senang kata, tak susah laa nak tarik minta dia nak belajar tu..Belajar apa pun, seronok jer dia. Dan dia juga sangat suka tolong kawan dia.. Contoh, dia dah siap kerja tapi kawan tak siap lagi, dia akan cakap "mehh sini laa saya ajar awak" makanya, dialah yang bantu kawan dia.. Kalau dia pun taktahu, baru dia akan bertanya saya.
Walaupun luarannya nampak aktif/lasak tapi dia sangat prihatin. contoh ?? Kalau adik dia menangis, sungguh-sungguh dia datang memujuk..Macam-macam cara dia pujuk adik dia :D Sehinggalah adik dia stop menangis.. Waktu menyusu pun, ada masa masa tertentu, dia akan meriba adik dia..hahaha..sweet sangat ^^
Such a good boy !
Dan,
itulah cerita serba sedikit tentang 4 orang anak saya di tadika ini..hihihi..
Banyak perubahan yang dialami, itu semua berkat pertolongan mama/papa mereka di rumah.
Kalau saya seorang, mahu mati lemas terkapai-kapai saya rasa. hahahah ^^
Alhamdulillah dengan apa yang dikurniakan.
Jumpa next entry, Assalamualaikum.
>By Teacher Diyanah<
No comments:
Post a Comment