Cikgu Farah in the house. Alhamdulillah. Tengah-tengah raya ni kan, sempat cikgu Farah lari jab update blog. Hehe.. Kali ni cikgu Farah nak sambung cerita tentang apa pula aktiviti anak-anak murid cikgu. Baiklah, untuk hari pertama program Cilik Haji ni, anak-anak murid cikgu diberikan aktiviti mewarna dan menulis. Anak-anak 4 tahun ni memang suka mewarna. Nak tgk gelagat mereka sepanjang aktiviti? Jom kita tengok gambar. 😊
Selesai aktiviti menulis, cikgu sambung pulak dengan aktiviti mewarna. Part mewarna ni kalau yang perempuan, excited sangat. Warna warni. Kalau lelaki, tak ramai yang excited. Hehe.. terpaksalah cikgu "pujuk" anak-anak murid cikgu siapkan jugak dengan coklat. Hehe.. nampak je cikgu tunjuk coklat, semua excited nak siapkan. Hehe..
Cikgu.. penat... hehee.. bukan Anas je, yg lain pun. Hehe.. |
Day Two
Untuk hari kedua program, anak-anak murid diberikan aktiviti mewarna sekali lagi. Kali ni gambarnya lagi besar and majoriti anak-anak mengadu penat nak siapkan. Hehe.. alahai anak-anak.. macam-macam telatahnya.. hehee.. Nak bagitau anak-anak ni supaya warna gambar kaabah ikut warna yang betul, terpaksa cikgu amik replika kaabah yang kecil tu, nak bagi anak-anak jelas. Kalau tak, warna warnilah kaabah tu nanti. Hahaa. Jom kita tengok gambar mereka..
Cikgu.. penat... hehee.. letih benar mukanyaa tu.. |
Sempat merajuk diaorg bertiga ni.. hehehe.. |
Selepas aktiviti mewarna, barulah cikgu buat aktiviti tampal menampal. Nampaknya aktiviti yang ni, menarik minat anak-anak 4 tahun. Aktiviti yang ni tak adalah cikgu lepaskan anak-anak buat sendiri. Cikgu buat sama-sama dengan anak-anak. Panggil sorang-sorang datang depan. Aktiviti ni, anak-anak murid menampal rukun Islam. Cikgu menerangkan kepada anak-anak rukun Islam ada 5.. tapi cikgu tak tahulah anak-anak murid cikgu ni ingat lagi ke tak. Hehe..
Disebabkan Adni masa mula-mula jadi role model untuk kekawan tengok macam mana aktiviti ni dilakukan, cikgu terlupa amik gambar.. |
Sekian sahaja aktiviti anak-anak 4 tahun sepanjang program cilik haji. Macam-macam ragamnya.. Tapi menghiburkan. Alhamdulillah, mudah-mudah sedikit sebanyak peroleh manfaat. insyaAllah Aamiin..
...Ceritera Cikgu Farah...
No comments:
Post a Comment