Pages

Friday, 9 September 2016

Si Cilik Naik Haji 😊 : Labbaikallah (Part 1)


Assalamualaikum,

Hai semuaaa. Cikgu Farah in the house. Alhamdulillah cuacaa yang sangat baik seolah-olah mengizinkan keseluruhan program utk berjalan dengan lancar..Nak tahu apa yang menarik minggu ni di Al Kindi? Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan dan sempena musim haji ni, Al Kindi mengadakan program Cilik Haji untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak serba sedikit tentang ibadah haji dan juga memberi anak-anak pengalaman merasai sendiri bagaimana ibadah haji dilakukan. Apa yang perlu dipakai, apa yang perlu di baca dan apa dia rukun-rukun haji yang perlu dilengkapkan supaya kita memperoleh ibadah haji yang mabrur..

Sebelum tu, kita tengok gambar dulu.. Seperti biasa, cikgu Farah memang suka spam gambar. Jadi mamarazi . Hahaa.. Gambar banyak sangat.. Ni gambar yang ada guna handphone cikgu. Ada banyak lagi gambar lain akan di update oleh cikgu-cikgu lain. Stay tuned okayy..

Baiklah, kat bawah ni gambar-gambar sebelum anak-anak memulakan simulasi cilik haji. Cikgu Diyanah sedang memberi penerangan kepada anak-anak Al Kindi, pakaian apa yang perlu dipakai dan bagaimana cara untuk memakai ihram.. Anak-anak al Kindi nampak teruja dan eksaited untuk aktiviti kali ni sama seperti aktiviti kemerdekaan bulan lepas. Hehee







Haji dan hajah dah get ready nak tunai ibadah haji. Hehee.. Comel sangat masing-masing. Bila semua hajah hajah dan haji haji dah siap dengan pakaian ihram masing-masing, kita mulakan dengan tawaf . 7 kali anak-anak murid tawaf sambil baca talbiyah.. Talbiyah pula mereka lebih mudah ingat dengan gaya nyanyian kumpulan nasyid Raihan. Berlagu lagu lah talbiyah berkumandang ketika anak-anak ni melakukan tawaf. Jom kita tgk gambar lagi.

Cikgu Habirah sedang memberi taklimat.. hehee






















Masa ni, tag nama Anas lari ke belakang. Jadi sbg kawan yg prihatin, Amsyar begitu seronok utk menghulurkan pertolongan. Hehee

Cikgu Diyanah bertindak sebagai ketua mutawif utk memastikan semuanya berjalan lancar. Hehe.. Hai Cikgu Diyanah..




Anak anak 4 tahun Al Kindi.. Zahirah tercicir nk bergambar. Seronok sangat join kawan kawan.. 






Si kecik molek sorang ni terlepas flight pertama.. hehee..


Selepas melakukan aktiviti tawaf, anak-anak didedahkan pulak dengan aktiviti Ber Saie dan Melontar Jamrah. Masing-masing sangat teruja dan gembira. Eksaited sangat semuanya.. Cikgu-cikgu yang tengok ni pun rasa seronok.












Selesai kesemua aktiviti, anak-anak Al Kindi berehat-rehat di ruang tamu melepaskan kepenatan masing-masing. Selepas makan pagi barulah anak-anak Al Kindi masuk semula ke kelas untuk menyambung aktiviti seterusnya bersama guru kelas masing-masing.

4 tahun juga tidak terkecuali untuk aktiviti seterusnya. Setiap peringkat umur diberikan modul yang berlainan. Memandangkan anak-anak 4 tahun masih dalam dunia "lets have fun together" , modul mereka lebih ringan dan mudah berbanding anak-anak 5 dan 6 tahun.. Nak tahu apa aktiviti anak-anak 4 tahun dengan Cikgu Farah? Stay tuned for the next entry. 😉

Mudah-mudahan satu masa nanti, dengan izin Allah, saya, cikgu-cikgu yang lain.. anak-anak Al Kindi dan keluarga, juga kepada mereka yang sedang membaca blog ni.. Dijemput menjadi tetamuNya utk menunaikan umrah atau haji.. dan menziarahi makam Rasulullah SAW.. insyaAllah.. Aamiin.. ya Rabb..

P/: Lappy problem malam semalam masa tgh dok eksaited nak update blog.. hari ni gigihkan diri jugak untuk habiskan penulisan guna handphone..  May Allah ease my way..



...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment