Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Friday, 26 August 2016

Marah dan denda ;)

*Kemahiran menulis dan menyalin.  dengan cara yang betul dan kemas*

Assalamualaikum dan semoga peroleh keberkatan sempena hari Jumaat yang mulia ini :)

Okay, entry kali ini saya ingin menceritakan tentang "MARAH DAN DENDA". Tipu sangat kalau kita ni sebagai cikgu/ibubapa takde marah anak-anak kan..Tak banyak, sikit mesti ada..huhu.. Nak nak cikgu macam saya ni..^^

Memang saya garang, dan saya juga ada marah serta mendenda murid di sekolah. Macam mana cara saya marah ?? Macam mana cara saya mendenda ?? jeng..jeng..jengg..


Kebiasaannya, apabila murid membuat salah, misalnya memukul rakan mereka, saya akan marah *keraskan suara* dan akan meletakkan murid di 'quite chair'. Apa itu QUITE CHAIR?? Quite chair adalah kerusi yang diletakkan di satu sudut tertentu, kebiasaannya di sudut yang jauh dari kanak-kanak yang lain, dan di sudut tersebut terdapat buku-buku atau poster poster ilmiah. Di tadika ini, quite chair diletakkan di penjuru kelas, murid akan menghadap ke dinding dan dibiarkan selama 5minit! Cukup 5minit, saya akan datang ke murid tersebut, murid akan duduk atas riba saya, saya akan terangkan kenapa saya marah dia, saya jelaskan kepada dia bahwa perbuatannya salah, dan tidak boleh diulang lagi. At the end, saya akan peluk murid tersebut, bisik pada telinga dia,
"cikgu sayang awak. Awak kan budak baik, jangan nakal lagi k, okay hug me"
Lepas di peluk, murid akan okay semula, selepas di marah, murid akan menangis tersedu-sedan, even menangis pun, tetap kena duduk di quite chair :D

Kenapa kena peluk?? 
Memeluk kanak-kanak akan membuat mereka berasa tenang, berasa mereka disayangi, dan membentuk sifat positif dalam diri mereka. Mood mereka akan kembali ceria semula, dan semakin tenang. Kanak-kanak yang sentiasa di peluk, dalaman mereka akan lebih tenang, membesar dalam keadaan yang positif, maka itu, jangan lokek untuk memeluk, mencium anak-anak anda :) Lakukan selalu.

Kanak-kanak yang di marah, mereka takkan tahu kenapa mereka di marah.
Sebab itu, ketika marah kanak-kanak, kita sebagai guru/ibubapa perlu nyatakan kepada mereka kenapa mereka dimarahi.! Jangan biarkan mereka di marah tanpa ada penjelasan yang detail. Mereka akan menjadi 'pelik'. 
Kalau mama marah anak, boleh mendenda mereka, beberapa minit nanti, terangkan kepada anak kenapa dia dimarahi. Mereka perlu tahu kesalahan mereka, mereka perlu tahu bahwa perkara yang salah tidak boleh dilakukan! 
Akan ada orang bercakap nanti
"alaa, budak tu kecik lagi, marah pun apa dia tahu..biar jela dia"
TIDAK.. mereka perlu belajar, dan diajar sedari mereka kecil lagi. Macam pepatah ada kata, nak melentur buluh ni biar dari rebungnya..Kalau dah jadi buluh, dah keras, susah dah nak potong..Tak gituu ?? huhuhu..

Ada sesetengah murid, apabila di marah, dia akan menyendiri, samada di bawah meja, di celah celah almari buku takpun di dalam bilik.. Untuk seperti ini, mereka juga akan dibiarkan selama 5minit, biarkan mereka melayan 'kesedihan hati' mereka, tapi, nanti saya akan datang kepada mereka secara senyap, jauh dari murid yang lain, dan akan diadakan sesi kaunseling *acah acah kaunseling ;p*
Melakukan perkara yang sama, peluk, pujuk, nasihat dan jelaskan. Semua kembalik okay ^^

Saya selalu cakap dengan murid, cikgu marah sebab cikgu sayang. Kalau cikgu tak marah, nanti awak tak belajar. So, sekarang kalau ada murid yang menangis sebab kena marah, akan ada kawan datang pujuk dan cakap,
"Cikgu marah sebab cikgu sayang laa..." *so touched, sob sob*

Mengajar anak-anak ini ada gayanya, bukan sekadar marah semata, tetapi marah biar marah sayang. Dalam marah, ada sayang, dalam marah ada nasihat..

Saya bukanlah pakar, jauh lagi professor ataupun penasihat, tetapi saya berkongsi sekadar yang saya tahu, apa yang saya pelajari ketika mengaji di Kelantan dulu jerr :)

Sorotan cerita hari ini ;

*okay, muka macam ni sebab merajuk dengan teacher Diyanah. taknak buat keje, tapi teacher suruh jugak ;p*


* at the end, Raziq merajuk dgn teacher dan duduk di bawah meja! :D 



Kalau macam ni, merajuknya tak lama, pujuk pujuk sikit, jelaskan kepadanya kenapa teacher suruh buat keje, nanti okay semula.. Happy ending ! ^^





>By Teacher DiyanaH<

2 comments:

  1. Haha.. mmg mcm tu la slalu.. klu dkt rmh suh bdiri pandang dinding.. pastu pujuk blk.. dia penah persoal nape slalu syg mia.. bila jelaskan lpas tu mmg skrg dia slalu wangikn dri mntk kna cium n pluk..

    ReplyDelete
  2. Itulaa.. Kekadang dgn teacher pun dia cakap gtu, asyik dia je kene marah.. Huhuhu.. Dalam hati ada taman, :)

    ReplyDelete