Pages

Monday, 13 November 2017

Express-i ke Phonics? Tak perlu bergaduh 😉

Assalamualaikum semua..

Lama betul rasanya cikgu tak bukak blog. Alahai rindunya nak menulis panjang lebar kat sini. Setengah tahun jugak tak bukak blog. Hehee.. Tak apa tak apa.. Lets start again. Slow slow okay. Hehe.. Hari ni cikgu Paghah nk kongsi cerita tentang anak-anak murid kelas cigu yang Alhamdulillah boleh dikatakan pencapaian yang cukup baik untuk anak-anak seusia mereka.

Kita sedia maklum setiap anak-anak berbeza tahap kefahaman mereka. Berbeza kebolehan, kelebihan dan kekurangan. If you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole live believing it is stupid. Setiap anak-anak murid cikgu sangat berbeza-beza penerimaan dan cara belajar mereka. Ada yang cepat ada yang lambat. Tapi alhamdulillah walaupun setiap mereka berbeza mereka cemerlang dalam bidang mereka sendiri. 😉


Cikgu Paghah mula mengajar pertengahan tahun lepas. Sangat berbeza dgn apa yg cikgu belajar masa kat UiTM dulu. Hehe.. Nak tahu ckg belajar apa? Boleh baca entry pertama cikgu Paghah dalam blog ni. Awal-awal mengajar, anak-anak tahun lepas diberi pendedahan dgn teknik phonics. (Salah satu teknik membaca) . Ckg akui mmg ckg agak terkapai-kapai dan setiap hari kena work hard nak belajar teknik phonics (tahun ni ckg dah kursus dah utk teknik phonics. Lebih faham ).

Hujung tahun lepas, kami diberi kesempatan apabila bos menghantar kami utk join kursus membaca Express-i. Honestly ckg sangat enjoy dgn kursus tu dari awal sampai habis dan tahun ni ckg mula mengajar menggunakan teknik ni. Alhamdulillah anak-anak murid ckg sangat enjoy bila belajar BM. Kalau bg cermin suruh tgk mulut sendiri masa sebut huruf/suku kata masing-masing akan tergelak sendiri. Hehe..

Ada juga dalam kelas ckg yg menggunakan teknik phonics sbb dari awal mmg dah terbiasa dgn phonics. Ckg ikutkan je mana yg murid selesa dan senang nak belajar. Alhamdulillah.. Dalam diaorg bermain, diaorg dpt apa yang diaorg belajar. Hari-hari menyanyi. Hari-hari drilling. Alhamdulillah.. Keberkesanan teknik Express-i selain daripada teknik yang sedia ada.

Cikgu pun tak boleh nak kata ohhh teknik ni bagus. Ohh teknik ni terbaik.. Tidak.. Setiap anak-anak tu tak sama cara diaorang berfikir, belajar. Kepelbagaian teknik tu penting supaya jika kita sedar anak kita tak boleh dengan teknik ni, kita cari alternatif lain. Kita tukar teknik lain. Sebab tu juga sebagai guru tadika, kita kena tahu pelbagai teknik dalam mendidik anak-anak.

Cikgu bukan bekerja seorang. Tanpa bantuan ibu bapa yang sentiasa ingin tahu perkembangan anak-anak dan sama-sama membantu guru dalam mendidik anak-anak syurga ni membuahkan kejayaan bersama. Ckg seronok bila ibu bapa sentiasa tanya mcm mana anak mereka di sekolah. Kami bertukar-tukar cerita dan pendapat malah sama-sama mencari jalan penyelesaian sekiranya ada masalah yang timbul. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya.

Moga ckg sentiasa dapat memberikan yang terbaik dalam usaha ckg menyebarkan ilmu Allah yang luas ni. Moga anak-anak kelak menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.. Aamiin..



Every child is gifted. Their just unwrap their packages at different time. 😉


😇 ...Ceritera Cikgu Farah... 😇

Jom tengok video Husna, Zaim, Eefa. 






No comments:

Post a Comment