Pages

Thursday, 23 February 2017

Hi guys! Long time no see :)

Assalamualaikum..
Buah hati cikgu. Dari kanan, Naufal, Inas, Arissa, Aneesa, Husna, Ilyas, Zaim dan Eefa.

Lama sangat rasanya jari jemari ckg tak rancak menaip dari satu huruf ke satu huruf kat blog ni. Apatah lagi awal2 tahun ni, semua cikgu serata malaysia mesti sibuk uruskan hal-hal murid kan. Alhamdulillah.. Dikurniakan umur yang panjang, tubuh badan yang sihat dan semangat yang sentiasa hidup untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh ni.

Bagi yang belum mengenali saya, sayalah Cikgu Farah. Cikgu untuk anak-anak 4 tahun atau lebih dikenali sebagai group playschool. Say Hi to Cikgu Farah . Alhamdulillah saya berada di sini sudah hampir 8 bulan. Saya sendiri tak sangka saya dah bertugas kat sini more than half year. Hehe.. Alhamdulillah rezeki kat sini lagi. Tahun ni merupakan tahun pertama saya berhadapan dgn ragam murid sewaktu awal bulan Januari untuk sesi persekolah 2017.

Macam-macam ragam ada. Cikgu tercampak sana sini pun ada gara-gara nak tahan murid supaya tak berlari keluar tadika. ahahaha. Yg menangis kat pintu sekolah, yang menangis dalam sekolah berlari sana sini nak papa. Nak mama.. Nak balik.. Pun ada.. Biasalah budak-budak baru nk kenal sekolah kan. Syukurlah dah masuk pertengahan bulan 2 ni, ragam yang tak nak ke sekolah tu dah makin berkurangan. Malah ada yang dah boleh tersenyum gembira datang ke sekolah. Setakat nangis sikit2 je masa nk berpisah tu biasa.. Dah masuk kelas, dah boleh ketawa, berborak, bergurau, bernyanyi dan menari tau.  Bahagia ckg tengok perkembangan masing-masing.

Tahun ni anak-anak cikgu tak seramai tahun lepas. Tahun lepas boleh dikatakan almost 15 person. Mmg pack kelas ckg. Dengan ragamnya mereka lagi. Terkencing, terberak, termuntah. Allahh.. Sesungguhnya kesabaran Cikgu Farah mmg tahap dewa time tu.. Haha.. Alhamdulillah cikgu mampu melaluinya.. dan cikgu bahagia.

Tahun ni anak murid cikgu 8 orang je. Sepanjang dua bulan ni, masa Aneesa nak pindah barulah anak-anak murid cikgu boleh masuk kelas, duduk bersamaa...  Tinggallah 7 orang je.. Alhamdulillah ckg tetap bersyukur. Kalau masih ada yang di luar sana tercari-cari playschool untuk anak-anak anda, jangan segan silu untuk bertanya. Boleh jugak walk-in terus ke tadika kami. Kami sedia membantu anda..




Cikgu doakan semoga Aneesa sentiasa berjaya walau di mana sahaja Aneesa berada.. Rindu suara Aneesa yang comel tu..


Cikgu Farah akan berkongsi lagi banyak cerita dengan anda semua.. Kalau nak tahu cerita apa yang cikgu nak kongsikan, kenalah stay tuned for the next entry. Pelbagai aktiviti menarik cikgu Farah nak kongsi dengan anda semua..  :)


...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment