Pages

Saturday, 25 February 2017

Al Kindi Reading Class

Assalamualaikum..

Untuk entry malam ni, kita nak berkongsi dengan tentang program yang berlangsung di Al Kindi pada tahun ni. Banyak program menarik yang bakal menjelang dan yang telah pun kami laksanakan. Untuk bulan February sahaja, dua kelas telah berjaya kami jalankan dan Alhamdulillah mendapat sambutan. Nak tau kelas apa? Jeng..jeng..jeng.. 

Untuk pengetahuan semua, kelas Mandarin dan Kelas Intensif Membaca telah pun berlangsung di Al Kindi. Bagi kelas Mandarin, kelas dibuka untuk mereka yang berumur seawal 4 tahun. Sekolah rendah pun ada tau yang join. Kelas diadakan setiap hari Khamis dan Jumaat, setiap minggu. Berminat nak sertai? Jangan segan silu pm kami untuk pertanyaan lanjut. Yuran serendah RM50.

Dan yang paling best sekali, tadika juga mengadakan satu program khas setiap Sabtu. Program apa ituu??? haaaaa... khas untuk ibu bapa yang..


 Nak improve skills membaca dan mengeja anak-anak?
Risau anak masih belum mengenal huruf?
Khuatir anak tertinggal pelajaran sebab belum menguasai bacaan, ejaan?
Perlukan kelas tambahan untuk anak-anak selain dari bantuan keluarga dan cikgu di sekolah?
Jangan risauu.. Kami sedia membantu..
Khas untuk anda.. 


 Intensive Reading Program
 6-8 years old
(5 years pun boleh join sama )
 BM and English

 Activities
1. Reading is fun
2. Reading intensive (drilling, phonics, express-i)
3. I love books

Good news untuk ibu bapa di luar sana yang berminat untuk menghantar anak anda..


Masih ada kekosongan untuk Kelas Intensif Membaca di Al Kindi.
Pendaftaran masih dibuka! Ye.. MASIH DIBUKAAA


Nak tau apa yang menariknya jika anda bersama kami?



Kelas berkonsepkan FOCUS GROUP  One to one approach. Bukan kelas beramai-ramai seperti di sekolah. Anak-anak lebih fokus dan guru-guru boleh mengikuti perkembangan anak-anak secara individu.

BESTNYAAA!!! sebab..

Tiada caj pendaftaran..
Hanya yuran bulanan RM120 seorang.


TAPI... jika mendaftar adik beradik ATAU mendaftar bersama-sama seorang lagi rakan, kami beri DISKAUN   pula. RM100 sahaja sebulan.


Cepat-cepat hubungi kami di talian 019 3925754 dengan segera. Kami sedia membantu.

 Al Kindi adalah komitment kami  

Nak tahu aktiviti apa yang kami telah jalankan?

Jom kita tgk gambar. Like facebook kami, Tadika Taman Sentosa untuk sentiasa tahu update terkini dari kami. 



Cikgu sebut perkataan, ank murid kena susun guna huruf yg ada. Selain boleh membaca, kenalah mahir mengeja jugakk... 

Jolly phonics! Asyik mengadap buku je, bosan jugakkan. Kita bukak video. Selingan. Belajar mendengar dulu.. Baru kita praktikkan.  




Utk tahap 1, kita akan fokus utk linus. Kita buat past year sama sama. So that, anak-anak boleh faham mcm mana flownya nanti.. InsyaAllah sedikit sebanyak boleh membantu.. 

Thursday, 23 February 2017

Hi guys! Long time no see :)

Assalamualaikum..
Buah hati cikgu. Dari kanan, Naufal, Inas, Arissa, Aneesa, Husna, Ilyas, Zaim dan Eefa.

Lama sangat rasanya jari jemari ckg tak rancak menaip dari satu huruf ke satu huruf kat blog ni. Apatah lagi awal2 tahun ni, semua cikgu serata malaysia mesti sibuk uruskan hal-hal murid kan. Alhamdulillah.. Dikurniakan umur yang panjang, tubuh badan yang sihat dan semangat yang sentiasa hidup untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh ni.

Bagi yang belum mengenali saya, sayalah Cikgu Farah. Cikgu untuk anak-anak 4 tahun atau lebih dikenali sebagai group playschool. Say Hi to Cikgu Farah . Alhamdulillah saya berada di sini sudah hampir 8 bulan. Saya sendiri tak sangka saya dah bertugas kat sini more than half year. Hehe.. Alhamdulillah rezeki kat sini lagi. Tahun ni merupakan tahun pertama saya berhadapan dgn ragam murid sewaktu awal bulan Januari untuk sesi persekolah 2017.

Macam-macam ragam ada. Cikgu tercampak sana sini pun ada gara-gara nak tahan murid supaya tak berlari keluar tadika. ahahaha. Yg menangis kat pintu sekolah, yang menangis dalam sekolah berlari sana sini nak papa. Nak mama.. Nak balik.. Pun ada.. Biasalah budak-budak baru nk kenal sekolah kan. Syukurlah dah masuk pertengahan bulan 2 ni, ragam yang tak nak ke sekolah tu dah makin berkurangan. Malah ada yang dah boleh tersenyum gembira datang ke sekolah. Setakat nangis sikit2 je masa nk berpisah tu biasa.. Dah masuk kelas, dah boleh ketawa, berborak, bergurau, bernyanyi dan menari tau.  Bahagia ckg tengok perkembangan masing-masing.

Tahun ni anak-anak cikgu tak seramai tahun lepas. Tahun lepas boleh dikatakan almost 15 person. Mmg pack kelas ckg. Dengan ragamnya mereka lagi. Terkencing, terberak, termuntah. Allahh.. Sesungguhnya kesabaran Cikgu Farah mmg tahap dewa time tu.. Haha.. Alhamdulillah cikgu mampu melaluinya.. dan cikgu bahagia.

Tahun ni anak murid cikgu 8 orang je. Sepanjang dua bulan ni, masa Aneesa nak pindah barulah anak-anak murid cikgu boleh masuk kelas, duduk bersamaa...  Tinggallah 7 orang je.. Alhamdulillah ckg tetap bersyukur. Kalau masih ada yang di luar sana tercari-cari playschool untuk anak-anak anda, jangan segan silu untuk bertanya. Boleh jugak walk-in terus ke tadika kami. Kami sedia membantu anda..




Cikgu doakan semoga Aneesa sentiasa berjaya walau di mana sahaja Aneesa berada.. Rindu suara Aneesa yang comel tu..


Cikgu Farah akan berkongsi lagi banyak cerita dengan anda semua.. Kalau nak tahu cerita apa yang cikgu nak kongsikan, kenalah stay tuned for the next entry. Pelbagai aktiviti menarik cikgu Farah nak kongsi dengan anda semua..  :)


...Ceritera Cikgu Farah...