Pages

Tuesday, 6 September 2016

Siapa diriku ?

Suasana yang agak riuh dengan suara anak-anak kecil berusia 3 ke 4 tahun memenuhi segenap ruang kelas. Ada yang menyanyi, ada yang berborak, ada yang berlakon.. Masing-masing tenggelam di lautan fantasi dan ada kalanya hanyut di buai imaginasi. Iya, fantasi.. Dunia yang mereka cipta sendiri dan begitu terserlah kebahagiaan,kegembiraan dari raut wajah setiap anak-anak dengan dunia yang mereka cipta.. Jauh dari kesibukan kota dan masalah-masalah yang menyerabutkan minda.

Gambar dinasour yang cikgu cuba lukis dari buku anak-anak murid. Tapi alahai.. nampak macam biawak ada.. macam cicak kubing pun ada. haha..

Sayup-sayup kedengaran suara Cikgu Farah meminta murid-murid mengambil tempat duduk masing-masing sambil membawa helaian kertas yang mengandungi latihan menyambungkan titik-titik nombor bagi membentuk sebuah gambar. Kali ini Cikgu Farah memilih gambar seekor haiwan. Haiwan yang sering dilihat di kawasan-kawasan kampung..

"Okay, semua amik tempat duduk masing-masing.. Siapa tak duduk, cikgu tak bagi ni.." sambil mengangkat helaian kertas tersebut lalu menunjukkan kepada setiap murid-muridnya. Anak-anak mula bergerak pantas mengambil tempat duduk masing-masing. Muka yang dipenuhi dengan senyuman dan gelak tawa sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada setiap mata yang memandang.

"Cikgu, kita nak buat apa tu?"
"Cikgu, cikgu nak lukis apa tu?"
"Cikgu, apa tuu.. apa cikgu buat tu?"

Pelbagai pertanyaan dilontarkan. Wajah yang ceria mula dipenuhi dengan 1001 persoalan. Sambil memegang helaian kertas tersebut, Cikgu Farah mula mencapai marker yang diletakkan di atas papan putih kelas. Tangannya mula melukis sesuatu, menambahkan lagi persoalan di minda anak-anak Al Kindi.

Siapa diriku??? hehhee

"Eh.. cikgu lukis ayamlah.." kedengaran anak-anak mula meneka..
"Eh.. bukan ayamlah.. Tu itik.." suara rakan lain pula mula kedengaran..
"Itu angsalah.. bukan itik.. Cikgu.. tu angsa kan.." suara yang lain pulak mula riuh kedengaran. Masing-masing ingin mencuba nasib untuk meneka.

"Cikgu.. tu itik ke.. angsa.." masih lagi inginkan kepastian..

"Sekejablah..diam dulu.. Cikgu nak fokus ni.. Lukis..nanti tak jadi.." suara Cikgu Farah pula memecah kemeriahan kelas sambil tangannya ralit meneruskan lukisannya. Setelah siap melukis, kertas mula dibahagi-bahagikan seorang demi seorang.

"Okay, semua pandang depan dulu. Cikgu tunjukkan macam mana nak buat.. Tengok gambar ni.. Ni gambar apa ni?"

"Itik.. Angsaa.." anak-anak memberikan jawapan.

"Haa.. ni gambar angsa.. Siapa pernah tengok angsa?" soal Cikgu Farah. Anak-anak masing-masing sibuk mengangkat tangan untuk menjawab. Selepas itu, masing-masing mula membuat latihan yang diberikan. Bagi yang telah siap, mereka dibenarkan untuk mewarna.

"Cikgu, itik warna apa.." 
"Eh.. bukanlah.. ni angsa.."

"Eh kejab kejab.. Cikgu Google dulu ye. Ni itik ke angsa..Itik boleh, angsa pun boleh.." dari satu huruf ke satu huruf tangannya pantas menekan papan kunci telefon bimbitnya..

"Haa.. ni angsalah.. tengok ni, gambar angsa.. Samakan.. Semua orang boleh tengok. Cikgu tunjuk seorang-seorang ye.." sambil menunjukkan gambar angsa tersebut kepada setiap anak murid. Persoalan kini terjawab. Bukan hanya anak murid je confius.. cikgu pun confius dibuatnya. hehee

"Cikgu.. angsa warna apa?" tanya Adrianna
"Warna putih.." jawab Cikgu
"Oh.. biarlah.. Kita nak warna biru.." lantas tangannya terus mewarna angsa tersebut dengan warna biru. Tergelak cikgu dibuatnya. Adriana.. Adriana..

Amsyar pun ikut sama warnakan biru. hehe.. 

"Cikgu, kita dah siap. Boleh bawak balik tak.." tanya anak-anak murid pula

"Boleh.. dah siap, tunjuk cikgu dulu. Lepas tu letak dalam beg.."


Siap sahaja latihan yang diberikan, selalunya yang perempuan pasti akan teruja untuk mewarna lukisan yang diberi. Yang lelaki pula, lebih gemarkan sesuatu yang simple. Siap latihan, tunjuk cikgu, terus simpan dalam beg. Tapi kalau mood rajin tu, diaorang pun nak mewarna sama. hehe..

Siapa diriku? Kalau tengok lukisan cikgu tu.. Cikgu rasa.. Angsa boleh.. Itik pun boleh.. Mana-manalah ye sayang. Tapi in reality, itik dan angsa adalah dua haiwan yang berlainan. Sekian sahaj cerita pendek untuk hari ni. Macam-macam ragam anak-anak Al Kindi.. Cikgu pun sebenarnya memang kayu betul bab-bab melukis ni. Tapi untuk tarik perhatian anak-anak, cikgu gagahkan jugak tangan ni melukis. hehe.. Tu yang kadang-kadang confius. Apalah Cikgu Farah lukis ni. hehe.. Sekian sahaja cerita untuk hari ni.. More to share and more to write. Stay tuned for something awesome. :)

Jom tengok gambar aktiviti anak-anak sepanjang dua hari ni..

Sebelum latihan joint the dots, anak-anak buat latihan dalam buku dulu,.

Cikgu, amiklah gambar kita. hehe.. Effa effa..
Add caption
Pagi pagi datang sekolah dah ambil buku, baca..

Semalam punya latihan. hehe
Suka bergambar anak-anak ni.. Senang cikgu nak suruh diaorg posing. masing-masing dah tau.. hehe

Zaim dah mula mesra dengan kawan-kawan kelas. Masih dalam proses nak ingat nama kawan.. :)


p/s: Cikgu tak sempat nak amik gambar semua org masa buat latihan. Ni pun curi-curi kejab ambil gambar. Jadinya ada gambar-gambar anak2 4 tahun ada yang tak ada untuk entry hari ni.. Obviously, yang lelaki lah. hehe.. Gambar ni cikgu campur dengan aktiviti hari isnin. :)



...Ceritera Cikgu Farah...

No comments:

Post a Comment