Pages

Saturday, 3 September 2016

Cikgu, kenapa? Kenapa? Kenapa???

Assalamualaikum,.

Hai readers Al Kindi Duniaku. Cikgu farah in the house. hehe.. Bertemu lagi kita hari ni dalam entry yg lain pula. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan setiap yang saya tulis dan saya kongsi sedikit sebanyak ada memberi manfaat. Aamiin..

Hi Adni sayang.. hehe

Baiklah, untuk cerita kali ni.. Bertemankan tajuk entry yg penuh persoalan, Cikgu Farah rasa mesti ramai yang tertanya-tanya apa kenapa cikgu tulis mcm tu. Kalau ikutkan, banyak lagi ayat tanya yg cikgu Farah boleh tuliskan tapi cikgu pilih "kenapa". Cikgu, kenapa? Kenapa dan kenapaa.. Kalau nak tau, anak-anak 4 tahun ni sangat suka bertanya dan rajin betul bertanya. Bak kata pepatah melayu,


Malu bertanya sesat jalan. 
Jangan malu-malu nk bertanya ye anak-anak.. hehe..



"Kenapa??" Persoalan yang sentiasa bermain-main di bibir anak-anak tadika terutamanya anak-anak 4 tahun. Boleh dikatakan setiap harilah Cikgu Farah akan berhadapan dengan ayat tanya ni. Kadang-kadang tu sampai satu tahap, saya jadi speechless tak tahu nak jawab macam mana.. Alahai sayang... Banyak benor ayat tanya awak tu ye sayang.. Pening cikgu nak fikir jawapan sampai cikgu rasa soalan awak tu lagi mencabar dari soalan final exam cikgu masa belajar dulu. Hehe..

Memandangkan murid-murid saya ada 11 orang dan kini telah bertambah seorang lagi ahli baru, Zaim namanya.. Boleh dikatakan hari-hari ada je ayat tanya tu. Tapi memandangkan Zaim masih baru lagi kat kelas saya, masih dalam mood nak menyesuaikan diri dengan saya, kawan-kawan dan suasana tadika, ayat tanya tu belum lagi meniti kat bibir Zaim. Tunggu nanti bila Zaim dah mula terbiasa dengan suasana kelas dan sekeliling, cikgu Farah pasti Zaim pun akan jadi mcm rakan-rakan yang sangat rajin bertanya. Hehe..

Dalam ramai-ramai anak murid cikgu, paling rajin sekali lontarkan ayat tanya tu is Adni. Noor Azhan Adni namanya. Kalau dalam kelas, Adni sangat talkative. Dengan kawan-kawan, ada je ceritanya. Kalau buat latihan, rajin tp selalu cakap "cikgu.. penat." Penat-penat pun cikgu suruh siapkan jugak latihan. Heehe.. Biasanya ckg akan duduk sama-sama dgn mereka, buat sesama. Tapi kalau not in mood, cikgu ajak makan pun Adni tak nak. Kalau kat tadika ni, Adni famous dengan nama "Baamm Baamm". Teacher always cakap Bam Bam kat Adni. Hehe.. Masa kali pertama cikgu panggil Adni Bam Bam, kawan-kawan tanya. "Cikgu, kenapa panggil Adni Bam Bam..?" . Tersenyum cikgu mendengar. Short and simple je cikgu jawab. "Sebab Adni tembam. Chubby.. " . Mulalah kawan-kawan pun nak panggil Adni Bam Bam tapi cikgu tak bagi. Cikgu cakap "Kawan-kawan kena panggil Adni, Adni. Cikgu-cikgu je boleh panggil Bam Bam.." Lepas cakap mcm tu, saya fokus semula pada bacaan Iqra anak-anak 4 tahun.

Setiap pagi kelas akan dimulakan dgn bacaan Iqra. Bacaan dilakukan secara bergilir. Sambil mendengar bacaan iqra dari salah seorang anak murid, cikgu terdengar suara anak-anak murid cikgu tanya kawan dia "Siapa buat Balqis? Kenapa Balqis..? Kenapa.." Berulang kali soalan tersebut dilontarkan. Saya mula mengalihkan perhatian kepada mereka. Tengok-tengok, Balqis dah tutup muka dengan tangan, letak kat meja (merajuk..) sambil cakap "Cikgu yang buat kita". Mula-mula terpinga-pinga jugak dibuatnya tp bila teringat Balqis panggil Adni bam bam.. terus saya tergelak. Alahai selembut suteranya hati awak.. terus merajuk sebab cikgu tak bagi kawan-kawan semua panggil Adni bam bam.. Mulalah sesi pujuk memujuk antara cikgu dan anak murid. Hehe..

Merajuk lahai... sensitiff.. hehe

Balqis atau nama diberi Ardi Balqis, seorang yang happy go lucky. Manja manja.. Suka bercerita.. Kalau buat latihan, kejab je dah siap. Pantas. Kalau tgh belajar iqra tu,en mesti akan berhenti banyak kali sebab Balqis nk bercerita. Cikgu layankan je.. Anak-anak kecil ni kalau dia tengah seronok nak bercerita, kita jangan potong cakap dia.. Dengar je apa dia nak cakap. Tunjukkan minat nk dengar. Bagi respond yang baik-baik. Senyum.. Gelak sama-sama. Tunjuk muka excited sangat nk tau. Biarkan dia bercerita apa yang dia nak. Dia rasa seronok, kita pun terhibur. Nak tackle hati diaorg, haruslah kena dgn gayanya. Hehe..

Okay, sambung cerita. Masa dlm kelas, bila belajar iqra. Sejak Adni dah masuk iqra dua ni, hari-hari Adni akan tanya "Cikgu kenapa macam tu? Cikgu kenapa dia macam ni. Kenapa? Kenapa?" ( Huruf jawi mula bersambung dan bergabung. Hehe.. Berbeza masa iqra satu.. Hurufnya satu satu. Terpisah.) Alahai jenuh nak explain kat Adni. Hehe.. Kadang-kadang tu bila cikgu tak pakai skirt labuh, cikgu pakai baju kurung/seluar, pun Adni tanya "Kenapa cikgu tak pakai skirt tu." Sebab cikgu nak pakai seluar. "Kenapa?" . Hehe.. Setiap jawapan cikgu bagi, murid-murid yang bertanya, akan teruskan soalan kenapa? .

Antara "kenapa" yang anak-anak 4 tahun ni pernah lontarkan.

1. Bila Adriana peluk cikgu, Adriana cakap. "Ermm wanginya cikgu. Kenapa cikgu wangi?" Sebab cikgu pakai minyak wangi. "Kenapa?"

2. Bila Zahirah tengok handphone cikgu, "Cikgu, kenapa ckg pakai mcm ni? Cikgu pergi jalan-jalan ke? Kenapa? " (Gambar ckg berbaju kebaya labuh.)

3. Bila anak2 murid tengok orang mesin rumput, "Cikgu, orang tu buat apa."  Potong rumput.. "Kenapa?" Supaya rumput tu pendek. "Kenapa?" Supaya tak ada ular. Tak ada ulat. "Kenapa?"

4. Terlalu banyak kenapa dan kenapa sampaikan cikgu dah tak boleh nk ingat sorang-sorang punya persoalan. Yang cikgu pasti, setiap anak-anak 4 tahun, pernah tanya, ada tanya dan akan sentiasa tanya cikgu "Kenapa dan kenapa" hehee..

Bestfriends forever. hehe
Dunia kanak-kanak sesungguhnya penuh dengan warna warni kehidupan. Terlalu banyak soalan sebab terlalu banyak lagi perkara yang perlu di "explore" oleh mereka untuk terus melangkah ke hadapan. Bertanya merupakan salah satu langkah untuk mereka terus ke hadapan mengenali dengan lebih banyak lagi erti kehidupan. Stay tuned for next entry. More to write and more to share with Cikgu Farah :)


...Ceritera Cikgu Farah...


No comments:

Post a Comment