Every child is a different kind of flowers and all together they make this world a beautiful garden.. :)

Alkindi

Alkindi
Alkindikids

Pages

Saturday, 13 May 2017

Little Scientist: Magik !

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, dapat lari-lari kejab curi masa nak tulis blog. Rindu! Dengan suasana hujan di luar jendela, fikiran yang tenang dan udara yang nyaman.. Excited cikgu Paghah nak share cerita dengan you all. Jam menunjukkan pukul 7.46 pagi. Masih terlalu awal rupanya sebelum bermulanya kelas Intensif Membaca. Oh ye.. Untuk pengetahuan anda, kelas masih berjalan seperti biasa dan sepanjang Ramadhan juga, kelas akan berlangsung seperti biasa. Masih punya kekosongan, jika berminat untuk tahu dengan lebih banyak lagi mengenai kelas ini, jangan segan silu untuk terus pm kami.


Okaylah, hari ni cikgu nak share sikit aktiviti little scientist. Waaahhh.. Seronoknyaa.. Tiap kali cikgu kata nak buat little scientist, nak buat experiment, anak-anak 4 tahun ni teruja sangat-sangat. Bila cikgu tanya nak belajar apa, nak buat little scientist katanya. Lumrah kanak-kanak. Suka explore kan. They play, they learn and they explore together. Jadi, cikgu pun apa lagi. Sama-sama terujalah. Kali ni experiment berkisarkan tentang panas dan sejuk supaya kanak-kanak tahu dan lebih bijak untuk membezakan keduanya.

Jadi, cikgu mulakan dengan teori panas dan sejuk. Masing-masing nampaknya sangat bijak membezakan keduanya. Jadi mudahlah kerja cikgu kan? hehe.. Terus bergerak ke experiment. Anak-anak diberikan setiap seorang sudu bertukar warna. Sebelum tu cikgu dah sediakan 3 cawan. Ada air sejuk dan air panas. Kanak-kanak kena rasa menggunakan deria sentuhan. Guna tangan ! hehe. Bukan celup jari dalam tu tau. Bahayaaaaaaa.. Just suruh anak-anak ni sentuh tepi cawan. Lepas tu tanya diaorang, rasa apaa tuu..

Lepas semua dah sentuh cawan tu, cikgu nyalakan pulak lilin. Kali ni, cikgu Paghah nak kanak-kanak untuk meletakkan tangan mereka berhampiran dengan lilin. Cikgu Paghah ulang ye. Berhampiran dengan lilin BUKAN atas lilin tu. Mau torbakar haa tangan anak orang nanti. Jatuh nilai hantaran untuk anak-anak perempuan cikgu ni hehehehe.. Okay, gurau.


Dah settle semuanya, dan di tangan mereka masih setia memegang sudu bertukar warnakan.. Cikgu pun memulakan magik. Dengan kuasa magik air panas dalam cawan tu tadi, suruh tunjukkan dulu kat anak-anak macam mana nak buat. Masukkan sudu dalam cawan yang berisi air panas, kemudian cikgu keluarkan sudu tu. taaadaaaaa!!!! Bertukar! Sudu cikgu telah bertukar warna. Dari oren ke hijau. Magiknyaa!!!! hehehe. Diaorang pun apa lagi, excited sangat nak celup sudu masing-masing dalam cawan. Jangan risau, cikgu Farah dah sediakan dua cawan yang berisi air panas jadi tak adalah isu tolak menolak kawan dan sebagaimana. Alhamdulillaahh...

Selesai aktiviti, cikgu pun mulalah mengeluarkan kata-kata hikmah cikgu berkenaan langkah-langkah keselamatan. Jangan main api. Api tu bahaya.. Panas.. Kaitkan dengan experiment berkenaan lilin tadi. Macam-macam lah cikgu Farah pot pet pot pet dalam kelas tu. Dengarlah kome-kome semuaa ye.. Cikgu ingatkan sebab cikgu sayang awak-awak semua. Cikgu tak nak apa-apa yang buruk jadi kat awak. Jadi janga diri masing-masing ye! Love love love...








...Ceritera Cikgu Farah...