Pages

Tuesday, 6 December 2016

Graduation Day Tadika Al Kindi 2016 !


Assalamualaikum wbt semua...Lamaaaaanyaaaaa tak update blog ni...hiihihihi... Cikgu Diyana rindu..huhu..
Busy gamaknya..Nak nak dah hujung tahun, macam macam program ada di tadika ni..
Misalnya, GRADUATION DAY ! 

Yaa, bila ada Graduation Day ni, makanya cikgu-cikgu semua pakat busy..Busy melatih anak-anak AlKindi ini membuat persembahan. Pada Graduation Day AlKindi pada tahun ini agak istimewa kerana bergabung sekali dengan AlKindi Bayan Lepas. Jadinya, jadi lebih meriah..! Ibubapa anak-anak AlKindi Bayan Lepas turut hadir di Melaka ini untuk sama-sama menjayakan Hari Graduasi anak-anak mereka. Tahniah dan terima kasih diucapkan..!! *smile*

Tema Graduation Day pada kali ini adalah 'ANGKASA LEPAS".. Sebab itulah pentas dihiasi dengan pelbagai jenis aliens ^^ , angkasa lepas lah katakan..hehehe.. 
Pada Graduations Day ini, AlKindi Melaka mempersembahkan 4 jenis persembahan, iaitu 

TILAWAH AL QURAN (SURAH AL MULK) 
BERCERITA (KISAH 5 PUTERI) 
CHORAL SPEAKING
TARIAN BOLLYWOOD

Macam mana kami cikgu-cikgu melatih meraka untuk kesemua persembahan ini? 
Secara amnya, kesemua persembahan ini mengambil masa 2 bulan untuk melatih mereka.
Untuk tilawah Al Quran, cikgu mengambil pendekatan dengan setiap hari mengaji bersama murid berkenaa. Untuk surah Al Mulk ini, murid hanya membaca dari ayat 1-10 saja. Persembahan tilawah ini hanya seorang saja murid yang terlibat ini adik Ahmad Asyraf bin Badrul Hisyam. Untuk bagi menastikan murid lancar membaca ayat, cikgu akan melatih murid sikit demi sedikit, apabila sudah lancar kesemuanya, barulah murid membaca terus dari ayat 1 hingga 10. Secara amnya, tidak susah nak training murid untuk lancar membaca Al Quran, cuma memerlukan ketekunan dan pengulangan yang berterusan. Namun, ibubapa adik Asyraf pun ada membantu di rumsh. Jadinya, adik Asyraf ini lebih cepat fasih membaca kerana adanya pengulangan bacaan di rumah. Terima kasih ibubapa Asyraf sebab sama sama membantu cikgu :D

Ahmad Asyraf tengan bertilawah :D


Untuk persembahan bercerita, macam mana murid menghafal skrip-skrip mereka??
Kami menggunakan cara hafalan secara berulang. Dalam persembahan ini, tukang membaca ceritanya adalah cikgu, dan pelakon-pelakonnya adalah anak-anak AlKindi, iaitu Rania Sofea (Puteri Sofea), Raisha Zamiah (Puteri Raisha), Izz Kaisa (Puteri Kaisa), Wan Lamyaa Nuhaa (Puteri Nuhaa) dan Ariesha Adriana (Puteri Adriana). Cikgu akan membacakan cerita, murid diterangkan tentang situasi cerita, dan waktu bila mereka bercakap. Pada mulanya, cikgu akan membacakan skrip dan murid akan mengikut. Untuk pastikan murid dapat ingat skrip mereka, murid akan berulang-ulang membacakan skrip mereka hingga hafal. Lama kemudian, murid sudahpun ingat situasi cerita, apa yang perlu dibuat, waktu bila bercakap dan sudahpun ingat skrip masing masing tanpa bantuan guru ! *yeahhhh.
Untuk mengelakkan ada murid yang lupa skrip, kami buat kaedah "bisik-membisik". Setiap murid dipesan awal-awal, kalau ada kalangan mereka yang terlupa skrip, kawan berdekatan perlu bantu rakan yang lupa dengan membisikkan kepadanya tentang skrip yang sepatutnya dicakapkan..Dan semua saling membantu, nampaka ada je kawan dia lupa skrip, terus kawan bisikkan..huhuhu..*teacher bangga

        https://www.facebook.com/zkea.samsi/videos/10154116117497634/

Klik untuk lihat persembahan bercerita : Pengembaraan 5 Puteri. ^^


Untuk persembahan Choral Speaking, kami pun menggunakan kaedah yang sama, iaitu hafalan berperingkat. Untuk Choral Speaking ini semua murid terlibat. itu yang meriah gamaknyaa..hahaha..Setiap kali berlatih, murid akan mengulang saja bait-bait ayat yang sama bagi memastikan mereka ingat dan ingat gayanya sekali. Apabila sudah lancar part A, barulah pindah ke part B pula. Dan seterusnya berlatih secara penuh dengan gaya. Bagi Choral Speaking, Cikgu Diyana sendiri yang jadi conductor. Cikgu Diyana dengan murid pun macam takde beza..hahahaha. Memang diakui laa, bila membuat latihan ini murid mengadu penat, letih..Tapi kami bagi rehat sekejap pastu sambung semula ;p 
Klik link untuk tengok persembahan Choral Speaking.

                                   https://www.facebook.com/zkea.samsi/videos/10154116138417634/



Untuk persembahan tarian pula, kami biasakan murid-murid dengan lagu dan setiap step diajar berperingkat. Bila murid sudah dapat step 1, beralih pula ke step 2, dan begitu la seterusnya sehingga murid ingat setiap step. Apabila murid dah ingat setiap step, cikgu tak perlu dah nak beritahu step apa yang perlu dilakukan. Secara automatik, murid dengar lagu, mereka sudah tahu step apa yang nak dilakukan. Jadinya, pasang saja lagu, murid boleh membuat pergerakan sendiri. Secara totalnya, semua ini mengambil masa 2bulan latihan, setiap hari lakukan latihan secara disiplin. 


Secara totalnya, memang mengambil masa 2 bulan untuk latihan kesemua persembahan ini. Caranya?? hari-hari kami buat latihan. Walaupun murid-murid mengeluh penat, tapi latihan tetap dijalankan...hihihi
Dan kami bersyukur kerana semua berjalan dengan jaya sekali. Persembahan berlangsung seperti apa yang diharapkan. Syabas untuk anak-anak AlKindi ! *yeahhhh .



Sorotan Hari Graduasi Tadika Al Kindi ;