Pages

Friday, 30 September 2016

Do you wanna build a snowman? ^_^

Assalamualaikumm..

Hello everybody.. Hehe.. Okaylah. Memandangkan esok cuti.. Dan tidak ada apa-apa program untuk esok, cikgu Farah nak kongsi aktiviti anak-anak 4 tahun hari ni. Memandangkan hari ni hari Jumaat.. Macam biasalah.. Automatik mood santai je.. Happy je.. Yelahh.. Sebab esokkan cuti. Hehe.. Mood relax je.. So, hari ni cikgu nak buat aktiviti yg tidak melibatkan buku. Aktiviti yang more to "Lets Have Fun Together" .



Nak tahu aktiviti apa? 😉

Jeng jeng jeng... Dah ada gambar pun.. Kantoi dah.. Hihi.. Say hellooo to Olaaafff.. Tapi Olaf cikgu ni tak adalah mcm Olaf dalam kartun Frozen tu.. Olaaff cikgu ni Olaaff yang paling simple in the world. Hehe.. Bila masuk kelas, anak-anak murid tengok atas meha cikgu ada gunting.. Ada gam.. Ada kertas warna warni dan yang paling penting sekali ada smiley face. Diaorang punya teruja tu toksah ceritalah. Teruja tahap dewa. Haha (ayat budak2 zaman sekarang) . 

"Wah.. Cikguu nak buat apa tu.. Banyaknya kertas warna warni.."
"Kita nak warna oren. Kita nak warna hijau. Kita nak warna pink. Kita nak warna kuning."

Mula-mula tu cikgu risau jugak kalau yang perempuan ni semua nak pink je.. Tapi Alhamdulillah, tak ada perebutan warna di sini hari ni.. Hehe.. Meriah sungguh kelas cikgu hari ni. Meriah dari biasa.. 




Untuk mengelakkan perselisihan faham sesama mereka, hehhe.. Cikgu Farah bahagikan mereka kepada kumpulan. Kumpulan 1 adalah Adni, Balqis, Zahirah dan Faiqa. Mereka dijadikan contoh untuk tunjuk dulu kat friends macam mana nak buat. Masing-masing teruja dan excited lebih lebih lagi bila nampak hidung Olaf tu.. Kata Balqis, macam carrot kan cikgu.. Hehe.. Kalau dalam cerita Frozen tu, Anna letak carrot tu kat hidung Olaf. Hidung Olaf memang terjadi daripada Carrot. Kan kan kan..

Okaylah, selesai je group pertama.. Group seterusnya pulak. Sepatutnya ada lagi dua kumpulan tapi disebabkan semua dah tak sabar, cikgu sekalikan semua. Buat sama-sama.. Bila buat sama-sama tu.. Memang tak menang tanganlah cikgu.. Masing-masing dah rak sabar nak ada Olaf sendiri bila tengok group pertama tadi dah siap. Tak sempatlah cokgu nak amik gambar group yang selepas ni.. Bila semua dah siap.. Baru cikgu dapat ambil gambar.. Kelam kabut jugaklah tiba-tiba cikgu cari handphone tak jumpa.. Rupa-rupanya anak-anak murid cikgu ni.. dah tolong kemaskan letak dalam buku iqra. Alahai anak-anak.. Terlebih rajin pulak 😅😅😅 .  






Amboi darwish.. Posing kemain.. Diaorang ni memang suka diri atas meja. Bila cikgu kata nak amik gambar, elok elok diri atas lantai, semua semua nak naik atas meja. Risau betul cikgu.. Nak amik gambar pun rasa tak tenang.. Heehhh



Olaf effa tak ada hidung. Hehe.. Cikgu tak perasan langsung. Maklumlah, dah ramai ramai kan.. Petang baru perasan tu pun sebab Rania bagitau.. Hidung effa tak ada.. Hehe..

Atas permintaan mereka. Suruh amikkan gambar. Hehee


Hari ni anak murid cikgu tak cukip kuota.. Adriana balik kampung... Kalau Adriana ada, cikgu rasa kak long tu pun memang excited sangat nak ada Olaf.. Tapi tak apalah. Nanti kak long datang, cikgu buatkan satu lagi untuk kak long okay? (Cikgu memang suka panggil Adriana kak long sebab adriana kan rescuer a.k.a problem solver.. Hehe..Adriana pun redhoo je la bila cikgu panggil kak long.)

Sebelum cikgu log out, hehe.. Hari ni kan.. Rania excited sangat cerita kat cikgu, Rania pakai tudung baru.. Beg baru.. So, dengan excitednya jugak cikgu Farah nak share gambar Rania dengan tudung barunya.. 




Muka stress.. Tp lepas ckg amik gambar, tersengih sengih dia..

***Sebelum Zahirah baca, Rania baca. Jadinya lepas nampak cikgu amik gambar Rania, memasing nak cikgu ambil gambar diaorang jugak.. Hehee.. 

Sekian sahaja coretan Cikgu Farah.. Andai ada terkasar bahasa, mohon dimaafi ye..


🌸...Ceritera Cikgu Farah...🌸


Thursday, 29 September 2016

Kenapa gajah cikgu 2 kaki je?

Assalamualaikum..

Hai.. Cikgu Farah in the house. Hehee.. Sebelum mata ni nak tertutup kan, tiba-tiba cikgu teringat gelagat anak-anak murid cikgu kat kelas tadi.. Lepas makan pagi, anak-anak semua akan meneruskan sesi pembelajaran dengan guru masing-masing. Hari ni cikgu Farah pilih untuk mengajar subjek bahasa Inggeris. Semalam cikgu pilih untuk mengajar buah-buahan dlm bahasa Inggeris.. Hari ni pulak cikgu ajar tentang haiwan.

Macam biasalah, mesti akan ada request untuk cikgu melukis kat papan putih. Bak kata Adriana, "alaa.. Cikgu kena lukis jugak..." . Baiklah, mula-mula tu senang lagi. Gigihlah cikgu melembutkan tangan nk lukis ni.. Semut.. Ikan.. Kucing.. Tiba-tibaa.. Ada pulak elephant.. Dan dengan yakinnya anak-anak 4 tahun suruh cikgu Farah dia ni melukis.. 😅😅😅 . Telan air liuq jab.. Nk melukis.. Cikgu pun google2 la gambar gajah kan. Kot ada yang senang-senang..
Gajah ni lah yang cikgu Farah cuba lukis.. Hehee
Lepas je lukis gambar gajah, anak-anak ni biasalah.. Sangat teruja dgn lukisan cikgu yang biasa2 je tu.. Adriana and the geng tanya.. Kenapa gajahh cikgu ada dua kaki je. 😅😅😅 . Toughh betul soalan ni.. Kenapa ek.. Gajah cikgu dua kaki.. Nak cakap gajah ni tengah duduk ke.. Macam pelik pulak. Nak cakap gambar gajah ni dari pandangan hadapan, takut tak faham pulak.. Lagi banyak kenapanya..hehe.. Cikgu pun mulalah tergelak gelak bila tiba secara automatiknya tercakap "Gajah cikgu ni kencing manis. Dua kaki lagi dah kena potong. Sbb tu ada dua kaki je. Hahahaa"  . Adriana punn mulalah "alaaa cikgu ni.. Betul-betullah.." Hehee..

Gajah ni ada lagu tau.. Gajah berkaki empat, gelek2.. Lepas dah lukis, mulalah sesi menyanyi nyanyi sambil buat gaya.. Amboi.. Bila part "gelek-gelek" tu, majoriti excited sangat. Bukan perempuan je, lelaki pun sama.. Amsyar, anas, dawood, darwish, zaim.. Suka sangat "gelek-gelek" tu.. Haha.. 4 tahun ni kalau dah nyanyi satu lagu, mesti lepas tu nyanyi lagi.. Yelah, kanak-kanak riang kan. Memang suka menyanyi.. Menyanyi tu satu kebahagiaan buat diaorang.. Tu belum kalau cikgu bukak lagu chicken dance.. Memang favourite diaorang la tu.. Ber "chicken dance" 😍

Semalam pula, gambar pisang. Walaupun nk lukis buah pisang tu mcm senang je kan.. Tp sbb cikgu tak berjaya lukis.. Terus Darwish tanya "Tu buah apa tu. Tak macam pisang pun..". Kawan-kawan pun mulalah sesi menggelakkan cikgu secara berjemaah sebab pisang cikgu tak jadi pisang. Jadi pelik. Kikikikiki.. Mulalah cikgu buat muka sedih. Acah-acah merajuk.. tutup muka dengan buku.. Alahai.. Macam-macam ragam bila duduk dengan diaorg ni..



Memandangkan di tadika, anak-anak pun dah mula belajar cakap omputeh sikit-sikit. Contohnya nk pergi toilet dan minum air di dapur. Anak-anak Al Kindi kena cakap omputeh.. Ikut cikgu.. Masa tengah mengajar IQRA, Amsyar nak pergi toilet.. Cikgu pun bolehkan jelah.. Tiba-tiba Amsyar geleng2 kepala.. Cikgu pun boleh pulak loading.. Cikgu tanya kenapa tak boleh.. Pergilah toilet.. Amsyar cakap "tak boleh.. Tak boleh.. Ermmm.. English englishh.." Ohhh.. Barulah cikgu Farah ni faham.. Rupanya Amsyar nk suruh cikgu ajar, cakap dalam bahasa inggeris nak pergi tandas.. 😅 alahainya bagusnya Amsyar ni.. Patut arahan betul.. Memang bersungguh nk cakap English dulu baru pergi toilet. 😂😂😂 .

Okaylah. Sampai sini dulu coretan Cikgu Farah untuk hari ni. Nanti bersambung lagi ye.. 😊




🌸...Ceritera Cikgu Farah...🌸

Wednesday, 28 September 2016

Awak suka cikgu apa??

Assalamualaikum dan selamat malam semua...
Semoga semua berada dalam keadaan yang sangat baik dan dibawah Rahmat-Nya.

Okay, hari ini dalam kelas 6 tahun, saya mencuba sesuatu yang baru..jeng..jeng..jeng..
Okay, selepas semua murid membuat lembaran pengukuhan Bahasa Melayu mereka, saya berikan mereka sehelai kertas yang mempunyai tajuk "CIKGU KESAYANGAN SAYA". Dalam lembaran ini, murid-murid dikehendaki untuk menulis tentang cikgu kegemaran mereka. Sama ada Cikgu Diyanah, Cikgu Habirah atau Cikgu Farah. 
Tujuan ini dilakukan?? 
Memandangkan 6 tahun semua sudah pandai membaca dengan lancar, maka saya ingin melatih mereka untuk membina ayat, mengolah idea dan mengilustrasikan idea mereka untuk dijadikan sebuah cerita.
Ya, agak sukar, pada waktu permulaan ini pun, masih dengan bantuan saya sebagai guru. Namun, saya percaya, dengan ada langkah permulaan, mereka dapat merasai pengalaman, dan ini akan membuatkan mereka akan terbiasa dengan perkara baru ini. 



Jadinya, mereka pun berasa sangatlah teruja nak menulis tentang cikgu kesayangan mereka tu. Saya pun rasa excited jugak, excited nak tahu siapa yang menulis pasal saya..Yang jadikan saya cikgu kesayangannya *confident itu penting* kahkahkah..
Dapat saja kertas, masing-masing tekun menulis..Mula-mula saya intai kertas Marissa, tengok dia menulis tentang Cikgu Farah..Okay lagi, hati tabah lagi.. Intai pula kertas Raziq, ohhh menulis tentang Cikgu Farah juga, saya okay lagi..Intai pula kertas Adam, ehhh Cikgu Farah jugak, dalam hati saya masih cekal lagi..
Sebelum intai kertas Asyraf, berharap agar dia menulis tentang saya, kahkahkah... Bila saya intai, dia ralit bercerita tentang Cikgu Habirah. dan saya rasa eerrmmm....

Benarlah orang kata, 'expectation is the root of heartache'

Dan saya rasa sadis sangat..hahahaha...masih mampu senyum lagi, dalam hati dah siap sedia nak buat 'post-mortem' sorang-sorang murid lepas ni. kahkahkah :p
Namun, setiap daripada mereka ada idea tapi tak tahu macam mana nak terjemahkan dalam bentuk ayat, maka saya yang berikan ayat kepada mereka dan mereka menulisnya sendiri. Dapat saja ayat daripada saya, suka mereka menulis tanpa mengetahui hati saya pada ketika itu *sentap*..hahahahaha ><'

Selepas semua siap, ini hasilnya 

ini Raziq punya.. Ayat romantis habis


ini Marissa punya..

Adam punya.. Adam taknak lukis sebab dia kata dia tak reti lukis :D


Dan ini Asyraf punya. Asyraf sorang saja yang menulis sendiri, means idea dia sendiri, langsung tak bertanya guru..dan paling sweet rasanya sebab dia saja yang biasakan diri dengan nama, kalau yang lain biasakan diri sebagai 'saya' hihihi


Dan ketika saya menanda kertas mereka, mereka berempat duduk bersama di belakang saya dan mereka berbisik sesama mereka *mereka ingat saya tak dengar*
"takde seorang pun tulis pasal Cikgu Diyanah kan??"
"A'ahh...shh shhh diam..nanti cikgu dengar"

Walhal saya dengar dengan jelas sambil baca sendiri apa yang mereka tuliskan. Sentap gamaknya cikgu pada ketika itu...sobbss sobss T_T

Habis menanda, saya tak lengah lagi nak jalankan 'post-mortem' dengan setiap murid...
First, saya panggil Raziq..

C : Raziq, kenapa awak tak tulis pasal cikgu tadi?
R : ermm sebab cikgu pernah ambil kereta Hot Wheel kita, pastu cikgu ambil lego kita, pastu cikgu ambil 
      kad kita, pastu cikgu ada marah kita pastu cikgu bla bla bla  *sangat panjang list yang Raziq bagi, tak
       mampu ingat semua ><*
C : okay, banyak rupanya sebab Raziq tak pilih cikgu tadi..okay okayyy..
R : ada lagi cikgu, pernah sekali tu cikgu blaaa blaa blaa *cikgu tak ingat sebab banyak Raziq cakap*
C : Okayy okayyy, enough.... *hahahahaha kalau tak tahan panjang lagi cerita dia*

Kemudian saya panggil Adam pula
C ; Adam, kenapa tak tulis pasal cikgu tadi ?
A : Sebabbb... haaa sebab cikgu pernah ambil pensil kita, cikgu pernah marah kita, cikgu pernah ambil
      mainan kita, blaaa blaaa *ada yang saya tak ingat, namun listnya tak sepanjang list Raziq :D*
C ; Ohhh,, okayyy cikgu dah faham..

Diteruskan lagi dengan mangsa seterusnya, Marissa
C : Kenapa Marissa tak tulis pasal cikgu tadi ?
M : Sebab cikgu pernah marah kita.
Jawapan yang paling ringkas..haha

Mangsa terakhir, Asyraf.
C : Kenapa awak tak tulis pasal cikgu tadi?
A : ermm... entahlahh..kita pun taktahu *lalu tersenyum dan berlalu pergi*
Jawapan paling ringkas! syabas... ahahaha

Maka, begitulah gamaknya kisah hari ini..
Sentap? Terasa? hahahaha..
Biasa saja.. Mereka masih kecil, apa yang menyenangi mereka itulah yang disukakan..
Menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga, bersyukurlah pada Yang Kuasa nikmat di dunia.

sungguh-sungguh..

khusyuk sangat...


malu sebab ternampak cikgu snap gambar dia..hihi


left handed..


p/s: next lesson, Cikgu Diyanah akan buat lagi task macam ni tapi khas untuk Cikgu Diyanah saja..kahkahkah..Cikgu nak paksa juga mereka menulis tentang cikgu Diyanah *gelak jahat*

Okaylah, nak sambung makan,
babai, Assalamualaikum.



>By Teacher Diyanah<



Dia Semanis Honey ^_^

Assalamualaikum..

Lama pulak rasanya tak berceloteh kat blog ni. 😅  Apa khabar readers? Ingat lagi tak kat cikgu Farah? Hehee... Hari ni cikgu Farah rasa excited sangat nak cerita gelagat anak2  Al Kindi masa birthday cikgu semalam. Birthday cikgu? Alahai.. Terasa tua pulak bila umur makin bertambah ni.. Hehe..

Okaylah, teruskan bercerita lagi.. Nak dijadikan cerita, masa birthday cikgu semalam.. Anak-anak tadika memang tak tahu pun.. Lainlah kalau birthday mereka sesama kawan-kawan. Masa morning talk tu mmg akan nyanyi ramai-ramai kan.. Meraikan mereka. Cikgu-cikgu ni dah besar-besar, idok le nak begitu kan kat tadika. Hehe.. Masa zaman-zaman belajar dulu yelah..

Semalam cikgu Farah bertanggungjawab utk melakukan duty dapur. Jadinya 11.30 atau 11.45 mmg cikgu dah mula ke dapur. Nak bancuh susu. Nak hidang makan. Cikgu2 lain akan tlg tengok2 kan anak-anak murid kelas cikgu Farah. Tengah-tengah leka membancuh susu di dapur, tiba-tiba... Hahahaa..  Tiba-tiba tu yang "mahal" tu.. Dup dap dup dap.. Jantung.. Dengar suara orang nyanyi "Happy birthdayy to youu." Sampai habis..Terus toleh belakang.. Time tu rasa nervous. Rasa excited. Rasa terharuu sangat-sangat. Tak sangka kelas 6 tahun ni boleh tahan sweet sangat bab-bab surprise kan orang ni.. Credit to Cikgu Diyanah sebab cikgu Diyanah lah yang plan nk buat semua tu.. Thanks a lot cikgu Diyanah. 😘😘😘 .


Big heart big lovee. Im so touched.. 


Automatik cikgu Farah touching dengan sendirinya. Ternangis dibuatnya. Hehe.. Habis lagu Happy Birthday, sambung pulak lagu Allah selamatkan kamu.. Dahlah comel sangat.. Siap nyanyi lagi.. Siap ada kad ucapan big heart big love. Oh my God. You guys really awesomee.. Wallahi.. Tak pernah lagi cikgu dapat kad birthday sweet mcm tu tauu..  Dah dpt kad, Raziq pulak bagi surat cinta.. Hehe.. Sejak2 dah expert tulis love.. Sampai ptg ckg dpt surat cinta. Hehe.. Hari ni pun ada lagi.. Comel je Raziq ni.

Apapun, nak cakap Terima kasih banyak2 kat Cikgu Diyanah dan anak-anak muridnya. Really unexpected surprise. You guys really really really made my day. Superb duper awesome. I love youu so much. Moga pertambahan usia ini diberkati Allah. Terima kasih di atas segala ucapan dan doa. Moga Allah memberikan yang terbaik juga buat kalian.. Di dunia dan di akhirat.. Aamiin..





Ni lahh surat surat cintaa cikguu dapat. Sweet sangat kan.. Love love lovee.. 😍😍😍


🌸...Ceritera Cikgu Farah...🌸

Sunday, 25 September 2016

Tengok gigi sikittt ^_____^



Assalamualaikum semua, Teacher Diyanah lagi dan lagi...hihihi
Okay, pada 23 September kelmarin, Tadika Al Kindi telah mendapat lawatan kesihtan daripada Klinik Pergigian Ayer Keroh. Dalam lawatan ini, anak-anak didedahkan dengan cara menggosok gigi dengan betul, cara penjagaan gigi, dan pemeriksaan gigi oleh nurse-nurse gigi..hihihi

khusyuk mendengar nurse berceloteh cara cara nak jaga gigi..hihi





 


Nurse ajar tentang gigi (:


Selepas itu, mulalah sesi pemeriksaan gigi oleh nurse dengan anak-anak Al Kindi..Pada mulanya, ramai takut, yelaaa mereka ingat nurse nak cabut gigi..huhuhu..Walhal nak check saje :D
Tapi, kejap je takut tu semua, lepas tu dah okay dah..Malah yang excited pun ada ! hahaha..
Jom tengok gambar setiap murid ^_^

semangat nak kena check (:


say aaaaaa...

nurse puji gigi Adam sangat cantik.! huhu

Marissa pun dapat pujian gigi cantik dan bersih.





















Masing-masing gembira lepas nurse check gigi..huhuhu.. Selepas saja sesi pemeriksaan gigi, setiap murid diajar pula cara menggosok gigi. Masa ni lah masing-masing excited tunjukkan berus gigi comel masing-masing. Yang lelaki berus gigi Spider-Man nya, yang perempuan pula, banyak gambar Princess...Comel sungguh laa..

sebelum gosok gigi, nurse bahagikan dulu ubat gigi pada setiap murid (:

perempuan tudung masuk dalam, kalau tak habis basah nanti..hihi

menanti dan terus menanti.

anak-anak bujang tengok apa tuuu? huhu

jaguh Al Kindi (:

ikut apa nurse ajar tuu.. aaaaaaa

"awak gosok lah gigi, ikut nurse ajar tu" - Zahirah

brushh..brushh..brushh



Nurse sedang ajar cara menggosok gigi..

sebelum menggosok gigi..ceria je masing-masing



selesai menggosok gigi, maka selesailah lawatan pertama, InsyaAllah akan menyusul lagi dua kali lawatan kesihatan gigi ini di Tadika Al Kindi..InsyaAllah, lawatan seterusnya pihak Klinik Pergigian Ayer Keroh akan mengadakan rawatan pergigian kepada anak-anak Al Kindi..Kalau ada kerosakan, gigi akan di rawat. InsyaAllah..Sebelum pulang, satu borang makluman telah diserahkan kepada ibubapa sebagai makluman tentang tahap kesihatan gigi anak-anak mereka. Selepas ini, InsyaAllah akan lebih banyak aktiviti, yang berfaedah yang akan dijalankan. InsyaAllah..
Sekian sahaja, Assalamualaikum.





>By Teacher Diyanah<